Saturday, May 12, 2018

Cabaran bapak anak lebih satu

Bila bujang, lain.
Makan minum tidur mandi topup bayar bil cuci kipas siling, semua aturan sendiri.

Dah kahwin, lain.
Dah ada anak, lagi lain.
Dah anak dua, lagi lagi lain.

Lagi lagi lagi lagi lagi lain tu maksudnya lagi lagi lagi lagi susah ke?

Bergantung kepada kepala otak ko sendiri, kalau korang cakap susah tapi sebenarnya korang punya toleransi tu tahap mega rendah, itu baik cakap dalam hati.

Pendapat aku?

Sembang sini habis sinilah kan, aku anggap benda ni macam cabaran. Aku berani sumpah, cabaran nak handle anak-anak, aku ulang lagi, nak handle anak-anak memang di tahap yang sangat berbeza dgn cabaran nak handle anak sorang. Sangat lain!!!

Semua part dia kacau, jangan ingat aku kelentong. Dengan bersepah rumahnye Didi ade upinipin ade littlepony lagi tak campur sayur plastic mahai dia time masak tu, dengan cebisan biskut atas TV pon ade, kejap2 anak-anak korang datang inform pampers dah bocoq, berebut mainan, dengki sorang hisap susu ni pon nak jugak padahal baru je susu, nak baju same la tak nak corak same ngan kakak lagi.

Kalau kepala boleh pecah, siap bernanah dh kepala aku. Tak sampai shari pun...

Tapi kan,

Challenge accepted!!!

Wednesday, March 14, 2018

Berpijak di bumi sendiri

Lengan itu kadang2 perlu dicubit,
Biar kita sedar yang sakit tu ada,
Biar kita ingat kita di alam nyata.

Hidup tu penuh dengan tanggungjawab,
Makin lama sepatutnya makin beradab,
Berani buat dan tanggung, berani hadap.

Dugaan datang dan pergi,
Selalunya leceh, kadang2 menyirap,
Gentle reminder, ingat pada Tuhan itu kena  kerap.

Mengungkit dan mengkritik,
Orang lain dah sentuh bulan, kita masih bela itik,
Berubahlah, itukan tak pelik.

Sepatutnya meniti ke depan, bukan melangkah ke belakang.
Slow pun xkesah, aiman tak kesah.




Friday, September 12, 2014

bukan kertas UPSR je bocor, tapi...

salam dan selamat pagi.

hari sabtu yang sempoi, cuaca di shah alam sejuk, sempoi je. memang selimut tu berat je rase hari ni.

bukan tu je yang berat, ade lagi.

apa?

berat hati le. hari ni sepatutnya jadi hari yang menggembirakan, budak2 yang ambil UPSR sepatutnya enjoy sakan dengan famili. ada yang sepatutnya pegi bercuti, lagi2 hari Selasa depan cuti, mesti ramai yang annual leave hari Isnin tu supaya boleh cuti laagi panjang. sepatutnya.

tapi nak buat camne.

paper Sains bocor.

bukan tu je, paper Matematik dan BI pon karam.

hatrik.

ape lagi yang bocor?

poket. duit booking hotel bukan PIBG refund balik.

lagi best, ditunda ke 30 Sept. apekehe lame bebenonye? takde backup paper ke?

memang fishy abes.



sabo la ye adik2. bukan sekali kertas periksa bocor di Malaysia ni, bukan UPSR je, PMR, SPM sume dah rase. cuma tahun ni masuk Whatsapp, high-tech sikit.

yang penting target tu jangan lupa, UPSR 2014 5A dalam genggaman, Insya ALLAH!


p/s : taun lepas kecoh dapat hadiah kereta mini cooper bila dapat 5A kan...

Thursday, August 28, 2014

nak jadi doktor ke?



salam. 

dulu, bila kita tanya budak2 - "adik besar nanti nak jadi ape?", kita boleh senyum bila dia kata nak jadi doktor. kalau budak2 tu adik@anak kita, kembang pulak hidung ye.

sekarang lain. kalau aku sendiri, kalau budak2 jawab nak jadi doktor, aku tak taulah leh senyum ke tak. kalau budak2 tu adik@anak aku, termenung panjang kot. kenapa?

ni apa yang aku tahu la pasal isu doktor di malaysia. kalau salah betulkan aku.

1. dulu ya, nisbah doktor dengan pesakit mungkin 1: 1000 atau lebih. sedangkan untuk sesebuah negara maju, sekurang2nya 1 : 500. dan target malaysia di zaman 2020 nanti nak 1 : 400. sebab tu dulu kita ada isu kekurangan doktor.

2. tapi kita ni bukan negara besar. daripada 1600 pelajar yang dapat 4.0 png, jumlah tempat yang ditawarkan cuma 400 lebih je. mungkin berkait rapat dengan fasiliti latihan perubatan kita. tapi isunya lagi 70% nak campak mana? demand banyak, supply sikit.

3. ekoran itu, lambakan kursus perubatan di IPTS pun dikesan. kalau ikut corak sekarang, nak promote pun ada lagu iklan masing2 dah, memang bukan nk ajar orang, lebih pada nak berniaga gayanya. akhirnya, bila dikira balik, kita ada graduan dari IPTA, IPTS dan dari luar negara jugak. banyak tu. ni baru lambakan graduan, bukan doktor lagi.

4. pastu? graduan banyak, tapi tempat sikit. kat malaysia bukannya setiap kampung ada hospital besar. nak cari klinik pon kadang2 ke kampung sebelah. so posting macam mana? satu hospital bukan leh tampung 100 HO pun sekaligus. nak dapat APC pun bukan cam dulu, kalau tak silap skang 2@3 tahun kene keje ngan gomen dulu, baru leh pikir nak bukak klinik sendiri ke hape ke. haa inilah lambakan kedua namanya.

5. pastu? dah belajar 5 tahun takkan nak tunggu turn je. nak baya hutang belajar lagi. maka ramai la pi mohon jadi doktor locum kt klinik2 biasa. ha yang ni aku nk highlight ni. kalau takde APC kenapa ada majikan boleh terima je diorang keje jadi doctor jugak? bukan aku nak merendahkan diorang ni. cuma end user kat sini rakyat biasa cam aku ni. kalau aku sendiri mungkin aku bleh lagi terima. tapi kalau da masuk isu nk hantar mak ke ayah ke anak ke, kompem aku fikir dulu dua tiga kali bila aku tau doktor tu takde APC. maaf la, tapi kalau mekanik kereta pon tak berkualiti memang aku teragak nak hantar kereta pi bengkel dia.

6. belum kira lagi dengan sistem penilaian untuk HO sendiri. 3 tahun tak habis HO, KO. alasannya jadi 3 tahun untuk lahirkan HO berkualiti. tahi. politik hospital ko nak letak mana? Ade je MO ke specialist yang tak puas hari canang berita tak elok pasal HO, aku keje bukan doktor pun tau, kualiti pebendenya. posting plak berapa kali aku pun tak tahu dah. extension pon aku rase lama, mungkin paling kurang 3 bulan. kalau camtu, camna bro? takkan la belajar 6 tahun, HO 3 tahun, pastu tak lepas, camna?


 sebab tu la aku termenung. oh malaysiaku. lusa cuti merdeka dah. hakikatnya masih lagi terkongkong dengan kaki dan tangan sendiri. oh malaysiaku sekali lagi.


Wednesday, August 27, 2014

Haru

lepas solat saje bukak facebook sekejap.

pastu nampak ni:


terus aku:


tahniah rosmah. 

bukan sebab u dapat pangkat tertinggi dalam gadis minangkabau.

tapi boleh buat aku facepalm pagi2 lagi.

"saje bukak facebook sekejap"?

ha memang sekejap. tak tipu.


Monday, August 25, 2014

debaran bakal bapa

assalamualaikum.

lama betul blog ni tak terusik. macam dah jadi prosedur rasmi je update blog 2 minggu sekali.

walaubagaimanapun, bila rasa dan masa tu kena, maka tak salah untuk aku berbicara kat sini. sekadar mencuit sikit, berkongsi sikit, padanlah kan.

debaran bakal bapa? haaaa.

kenapa tetiba? takde la tetiba sangat. cuma sukacita dimaklumkan minggu ni merupakan minggu ke-20 kandungan bini tercinta. dan sewajarnya pemeriksaan penuh terhadap bayi ni boleh dilakukan la pada waktu camni - sempurna tak bayi itu, keadaan jantung, otak, pundi kencing, pertumbuhan dan segala bagailah. debaran bakal bapa tu sebenarnya diolah dari rasa gugup first-time aku ni, harap2 semua selamat, takde cacat celanya, insya Allah lancar check up tu hendaknye.

gambar sewaktu minggu ke-15 dulu.


err.

cuma aku pernah terfikir.

selalunya bila check up memang aku akan upload gambar scan, or update status kat FB, sebab aku dah terbiasa camtu. ikhlas aku cakap memang aku nak berkongsi kegembiraan kami suami isteri, dan ahli keluarga ada yang menanti perkembangan first baby aku ni. lagi2 mak bapak aku sendiri - cucu pertama katakan.

entah macam mana boleh terlintas yang kot2 apa yang aku post/update pasal baby aku tu ada guriskan hati sesetengah wanita yang tak mampu mengandung lagi? manalah tau, sebab jujur aku cakap, isteri mana tak nak zuriat sendiri kan. lebih2 lagi pada yang ada pengalaman gugur, perit tu tak payah cakap lah.

Di sini, kami suami isteri tabik pada mereka yang tak putus asa untuk berusaha dapatkan zuriat mereka dan insya Allah pasti ada hikmah di atas sesuatu ujian dari-Nya. doakanlah zuriat pertama kami selamat dilahirkan, sempurna dilahirkan dan selamat ibu dan anaknya, INSYA ALLAH.

till next time, assalamualaikum.

Monday, June 2, 2014

pengertian sempurna yang sempurna

assalamualaikum.

apa itu sempurna? secara ringkasnya, sempurna bagi aku bermaksud tiada cacat celanya, atau lengkap.

itu dari segi definisinyalah.

perkaitan dengan entri ni? untuk aku - padat. semenjak dua menjak memang aku banyak berfikir ke arah tu. sampaikan aku mungkin sedikit keliru tentang apa yang aku patut faham tentang sempurna.

maksudnya?

aku dah jadi seorang suami lima bulan lepas, dan sekarang usia kandungan isteri dua bulan lebih sudah. mungkin kalau nak dihuraikan dari segi penyatuan, insya Allah aku harap aku dah menyempurnakan hidup isteri aku, dan sebaliknya juga. Harapnya rezeki aku juga murah, sebab Allah dah beri aku satu anugerah yang bakal mencukupkan kriteria dalam pembinaan keluarga aku sendiri. besar sungguh erti sempuna di situ. mungkin nampak hampir sempurna, tapi hakikatnya semua baru nak start. jangan main2.

perubahan sikap? ada. aku fokuskan pada perubahan sikap aku sendiri, lagipun ni blog aku kan?

hidup lepas kahwin memang lain. aku tak lagi bujang, jadi aku kene usah buang tabiat2 bujang, kalau tak aku memang kerap berperang. kurangkan futsal, kurangkan lepak, kurangkan rokok, bnyakkan masa di rumah, duit tak boleh sesuka hati nak tabur, kurangkan marah, bnyakkan toleransi - banyak tu! lepas isteri confirm mengandung, lagilah. Semua kena double-dose. nasib baik tak hilang kelakian, kalau tak rosak anak kedua.

dan apa makna sempurna kalau hari2 kita gaduh laki-bini? aku cakap jujur ni, bukan emosi si isteri sahaja yang pantang diusik, ego suami pun harus disecure sebetulnya, barulah senang nak capai kesefahaman rumah tangga. umumnya memang kita perlu berjaga-jaga dengan emosi perempuan period atau wanita pregnant, tapi dalam kebanyakan cerita, si suami kerap@cepat melenting bila dicabar perempuan yang emosi tadi. penderaan fizikal mungkin jika berlarutan, maka pandai2lah suami belajar menjadi air, supaya mudah padamkan api kemarahan dalam rumah tangga.

bila isteri mengandung, secara rasminya suami bakal menjadi Mr. Mama dengan kontrak plus-minus sembilan bulan - kebanyakkannyalah. penderaan zahir dan batin (WOW!) secara berterusan boleh jadikan si suami gila - yes, buat aku jadi gila!!! Sudahlah waktu luar rumah kurang (penderaan emosi), kene tolong basuh baju, masak, lipat kain, beli barang dapur, vacuum rumah dan macam2 lagi (penderaaan fizikal). Tapi perlu diingatkan, si suami yang jadikan si isteri begitu. sendiri buat sendiri tanggung lah. barulah kita tahu perit jerih si isteri, baru sempurna experience yang kita collect  dari kehidupan berumahtangga, dan barulah keputusan yang kita buat lebih adil dan tepat.

sendiri buat sendiri tanggung lah, kan?

assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails