Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Qurban

Pernah satu ketika aku tersenyum sorang bila terkenangkan hari raya Aidiladha. Tersenyum kerna teringatkan satu lawak ringkas yang bermula dari pertanyaan adik bongsu aku. Adik bongsu aku pernah bertanya apa perbezaan antara hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha dan hari raya korban. Sambil memerli, aku menerangkan hari raya korban sebenarnya sama dengan hari raya aidiladha, tiada bezanya. Jangan ko tanye pulak ape beza hari raya aidiladha dengan Zaquan Adha. Makan tangan jawabnye.

Pentingkah sifat ikhlas dalam diri kita? Penting! Jangan jadi hipokrit, berpura ikhlas hanya di khalayak ramai walhal bakhil tahap dewa. Ikhlas penting dalam bersedekah. Jangan bersedekah semata-mata mahu menjaga air muka. Jangan. Dosa oi.

Apesal tetiba ungkit bab ikhlas ni?

Senario pagi aku sewaktu menyambut hari raya korban cukup mudah. Mungkin kerana tidak pulang ke kampung untuk menyambut bersama keluarga, aku ditimpa ujian getir. Berganda beb. Sehari sebelum hari raya korban yakni semalam aku demam. Beserta selsema dan sakit tekak (berkahak). Itu dah naya dah. Sehari bersauna dalam rumah, malamnya aku dah segar sedikit dan mahu keluarlah mencari makan. Satu lagi ujian -- tayar motor pancit pulak. Mane nak cari pomen memalam bute, lagi-lagi esok raya, kompem tak bukak bengkel. Adei. Ujian Allah tu peritt. Tapi mujur ada kereta rakan, semua jadi selamat.

Dan pagi ini aku ke masjid berdekatan, mahu menunaikan solat sunat Aidiladha. Entah macam mana aku boleh sampai awal sangat, alang-alang dah sampai pantang aku berundur. Tinggallah aku di sana, mungkin mencari pahala lebih. Hehe. Sembahyang raya di Masjid Bukit Kuda memang meriah kot, manakan tidaknya, bukan Melayu sahaja ada, bahkan geng-geng Indon, Jawa, Bugis dan Bangla pun ada. Meriah la sangat. Haha. Takpa, mereka datang nak sembahyang, tidak salah malah digalakkan sebenarnya. Kan?

Dalam kesibukan pagi tadi, aku ternampak sekumpulan Bangla masuk ke masjid dan duduk kira-kira 2 saf di hadapan. Kemain bajunya, berseri-seri. Tapi yang menariknya, mereka setiap seorang menabung RM2 dalam tabung bergerak masjid sedangkan pakcik-pakcik Melayu kita ni tampak selamba saja bila tabung tersebut lalu di depan mereka. Buat derk je. Seringgit dua pun susah ke pak cik oi?

Aku tersenyum saja melihat itu. Dan kembali sambung tidur. Haha. Dan seterusnya ke seksyen 24. Ke rumah sepupu, makan nasi minyak dan melayan keletah anaknya - gebu oi! Dan balik semula ke rumah, sambung makan ubat dan kembali berehat. Cukuplah macam ni. Amin.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Islam di seluruh dunia. Peace yo!!


Yang ni pun demam jugak. Hepi time dapat handset je. Iffat o iffat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails