Tuesday, November 19, 2013

kesian jadi rakyat malaysia - hari2 kena troll dan peras ugut halal

sejujurnya, aku dah sampai tahap menyampah bila fikir pasal kehidupan di malaysia. dulunya bila belajar aku siap promote kat foreigner coursemates bahawasanya malaysia ni boleh dipromotekanlah - makan pelbagai, banyak tempat melancong dan semacamnya. tapi sekarang tak. bila dah bekerja dan deal balik dengan geng2 foreigner ni, aku pulak naik malu.

kenape?

"malaysia masih aman.syukurlah.." -- bayi bersepah, budak2 selamba hisap rokok tengok filem satu warna, pakai tudung sebab trend, tembak menembak macam main polis sentri tapi pakai peluru betul, duit kopi jadi SOP, apa lagi? rasionalisasi ghaib. entah campak ke mane, entah dapat ke tidak balik benda tu.

seminggu ni kecoh pasal isu villa nabila. masuk 30 keluar 7. sorang hilang. susuk ghaib kelihatan. macam2. benda2 macam ni memang rakyat malaysia pro. kalau bab fitnah, bab sebar menyebar tanpa usul periksa memang pro. hakikatnya tak hilang pon, lepak rumah member@girlfriend je. ko tengok, satu malaysia kena troll bodoh2 sebab mamat tu. semua dok maki mamat tu bodoh la apa la, tapi sorang pon tak bising die buat apa kat rumah girlfriend die. ketua polis johor marah banget, sebab kena troll.

tau marah kalau kena troll. tu baru budak yang troll ko da hangen. kerajaan malaysia troll rakyat cemane? bajet rakyat baik hati kaw2 punya?

pemimpin sepatutnya lagi berwibawa dari rakyat, lebih bijak pemikiran dan penilaian, baru ada tanduknya. ni tidak, minggu lepas kecoh yang laki zizie ezette buat perangai tak macam pemimpin. dok haram haram kat dewan semata2 nak potong buah mulut rafizi. satu. no dua macamana rosmah boleh jadi wakil malaysia ke forum berdagangan antarabangsa? setahu aku degree2 die semua cenderahati dari universiti pengipas. pakai duit rakyat, termasuk aku, kaw2 pulak tu. macam halal je macam berkat je pakai duit rakyat.

no 3, cadangan penghapusan kereta 12 tahun - tak selamat katanya, serta hanya motosikal berkuasa tinggi di lebuhraya. kedua2nya membawa tujuan demi keselamatan rakyat.

puii.

berapa ramai rakyat malaysia mampu beli motor berkuasa tinggi? berapa banyak kes kemalangan betul2 disebabkan oleh penggunaan kereta 12 tahun ke atas? ingat beli kereta pakai bulu kaki? sain kontrak 9 tahun, pakai 3 tahun, buang? dey berapa banyak kes eksiden kat malaysia yang paka saga @ wira @ kereta2 otai tu? setahu aku media malaysia memang cover semua isu, berita2 yang disampaikan plak memang tulus beserta ikhlas.

puii puii.

kemon la. aku bukan pesimistik. dari segi pro nya memang ada effect. lambakan kereta kalau tak dihapuskan memang akan meningkat. mungkin 20 tahun lagi kereta2 12 tahun ke atas tu lah yang menyebabkan ruang parkir di malaysia kurang, bukannya kadar kemalangan yang meningkat. cuma biar nampak cerdiklah kalau nak kemukakan usul. dah kata pemimpin.

banyak cara sebenarnya kalau kita betul2 mahu kereta2 otai ni dilupuskan. boleh pakai rebate apa, dari ko membazir duit BRIM 1 2 3 4 5 6 7 tu. hapuskan cukai2 yang tak sepatutnya terhadap pemilikan kereta dan moto. kereta mahal cukai mahal la. kereta murah ala kadar sudah la. upgrade dan repair sikit sistem pengangkutan awam di sini pon cara jugak. ada lagi, boleh fikir banyak lagi, tapi kene ambil kira la jugak buah fikiran kita diambil cakna sepenuhnya ataupun sekadar batuk kahak hijau di tangga sahaja. kalau sekadar batuk kahak di tangga baik tak payah.

kesian jadi rakyat malaysia. kene troll dengan pemimpin sendiri. dok maki2 along potong tangan potong buah macam2 potong, ko punye bos besar makan duit ko selambe ko pangkah dacing jugak. kesian.

silap2 kita pulak jadi pendatang tanpa izin di negara lain dek kerana keberkesanan pengurusan kerajaan malaysia. tak pon kita yang pegi huni villa nabila sebab rumah2 kat malaysia mahal macam haram.

di mana silapnya? pikir dalam2, ketat2 ye.

Sunday, September 29, 2013

Hakikat sebuah otak

Kalau otak kita mampu untuk bersuara, pastinya ia mengerang kesakitan atau keletihan - kerana modua operandinya sama seperti mamak, 24/7. Malangnya ia tidak.

Kalau kita mampu menggunakan 100% kebolehan otak kita, pastikan kita mampu pergi lebih jauh. Teknologi kita mungkin lebih jauh dari alien2 yang menjadikan Bumi kita RnR depa. Mungkin kita sebenarnya alien bg depa. Malangnya ia tidak.

Setiap otak dikhususkan untuk seorang insan, namun corak pemikirannya tak terbatas, senantiasa hadir ruang untuk naik-taraf. Maka kita harus berfikir sedalamnya, dan bukannya untuk diri sendiri sahaja. Sesungguhnya kita mampu, kan?

Kepala otak ko.

Tuesday, June 25, 2013

Syiah dan Harakah

Semua rakyat Malaysia amnya tahu akan Harakah. Apakah Harakah? Harakah ialah akhbar parti pembangkang, umpama Utusan pada UMNO.

Kengkadang aku belek juga benda alah ni, bapak aku peminat tegar. Isu2 yang dibangkitkan bagi aku adil dan telus - maksudnya bukannya semata2 menjilat kaki UMNO dan bukannya politik semata2.

Kenapa Harakah?

Kecoh di Facebook hari ni - Harakah menyokong Syiah. Katanya berita kekejaman Syiah di Syria disembunyikan. Dan macam2. Dan memanglah, kutukan tu mesti timbul dulu, umpamanya rakyat Malaysia tak berotak.

Tolonglah, kalau korang bodoh sekalipon, sembunyikan. Kalau tak boleh diamlah.

Balik ke isu Syiah dan Harakah, ok, kenapa nak bangkitkan sekarang di Facebook? Kalau nak bangkitkan serang je. Sekarang fenomena Syiah hampir memonopoli laman sosial Facebook Malaysia. Membangkitkan di waktu ni bagaikan nak tunjuk Harakah ni memang Syiah. Tak payah tunggu, kalau salah tembak terus.

So Harakah memang Syiah lah?

Tak. Aku berotak. Menuduh tanpa bukti tak jauh bezanya macam memfitnah. Harakah dan parti pembangkang spesifiknya dari dulu lagi selalu dikaitkan dengan Syiah. Pernah dengar dulu ada editor Harakah berfahaman Syiah. Mat Sabu sampai hari ni lagi tak menafikan sebetulnya bahawa dia bukan Syiah. The point is, siasat dan fahami dulu. Bukannya membabi buta.

Clever people will do clever things. It a common sense. Kan? Bijak2kanlah diri anda.

Friday, June 14, 2013

Syria, Hizbullah dan Syiah

Sesungguhnya, entri ini diwujudkan untuk menghasut.

Yes, menghasut anda2 yang membaca supaya tergerak untuk menyokong pergerakan membantah kekejaman rejim Syiah Bashar al Assad ke atas Sunni, secara langsung mahupun tidak. Mohon baca, aku harap sangat dapat wujudkan semangat menentang tu dalam diri korang.

Aku sebenarnya mengantuk lepas solat jumaat siang hari tadi. Maka ruang petang sebelum menunggu pukul 5 tu dihabiskan dengan berborak bersama abang2 operatorlah. Hinggalah sampai ke satu point dimana aku disajikan dengan klip video perayaan Karbala yang ngeri oleh penganut Syiah. Dari situ, kami banyak bersembang lagi perihal Ahmadinejad seorang Syiah, perang Syiah-Sunni dan perarakan membantah kekejaman depan kedutaan Syria lepas solat Jumaat tadi juga.

Sebagaimana korang semua ligat membaca2 info tentang final Piala FA antara JDT dan TRW akhir bulan ni, aku harap korang semua tahu la sedikit sebanyak tentang rejim Syiah Bashar Al Assad. Kalau nak bersembang perihal kekejaman tu memang tak cukup sehari, cukuplah jika aku gambarkan kekejaman mereka tak mengira sesiapa, yang lelaki disembelih, yang perempuan dirogol sebelum dibunuh dan kanak2 ditembak secara langsung bersaksikan ibu bapa mereka sendiri. Cukup kejam. Pemimpin mereka, Hizbullah adalah syaitan yang nyata, menghalalkan darah Sunni dan mengkafirkan sahabat2 Rasulullah S.A.W..

Harapnya korang tahulah jugak yang Ahmadinejad tu seorang Syiah, dan konflik Iran-Iraq tu hanyalah lakonan semata2.

Berdasarkan jumlah status facebook yang dikemaskini lepas pukul 2pm tadi, tak ramai pun sebenarnya yang tahu tentang pergerakan membantah kekejaman Syria ini di Kuala Lumpur hari ini. Daripada artikel yang aku baca di sini, lebih 1000 warga kota hadir bagi menjayakan bantahan aman ini, dengan kawalan dari Polis Diraja Malaysia. Yang menariknya, memorandum yang diusulkan ditolak secara terus oleh kedutaan Syria, dan delegasi kita juga tak dibenarkan masuk. Mereka begitu tegas tak nak berbincang langsung perihal ini, dan ini jelas membuktikan mereka langsung tak ambil peduli tentang stigma dan tanggapan luar berkenaan apa yang berlaku di Syria. Memang teruk.

Lagi satu, apsal PAS sahaja yang hadir? Mana PR? Mana DAP? Mana BN? Mana mereka2 yang sepatutnya mengepalai diorang di kedutaan Syria tu? Diorang tak kesah? Mungkin.

Sebetulnya, kita semua kena peka tentang benda2 sebegini. Kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan bermacam laman sosial yang boleh dijadikan medium penyebaran info2 semasa. Harapnya kita dapat tunjukkan sokongan yang padu sebagaimana yang kita lakukan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru2 ni, insya-Allah.



p/s : dan iman aku still paling lemah lagi. hmmmm

Wednesday, June 12, 2013

Fact no. one

The quickest way on how to measure how much did we lost because of smoking as well as how bad our health because of smoking.

It almost top already. Salute.

Sunday, June 9, 2013

Peluh tak sempat kering..

Tersenyum ambe sorang2 tengok mamat burger kat bawah flat.Seronok tengok die lawan arus.

Seronok tengok die tak lepak men gitar bawah blok ngan budak len.

Seronok tengok die semangat jual burger. Kekadang time hujan die temenung lame aku tengok, rokok jadi "member lepak".

Seronok tengok die peras keringat cari rezeki halal. Peluh tak sempat menitik, kering depan dapur burger.
Panas sekejap je, katenye.

"sakit sket je..", sembang die bile ditanya untung banyak tak hari ni.

Motivasi dan inspirasi ad je kat mane2. Dari membeli burger, aku bakar lagi diri sendiri, rajin siket, kalau mamat burger bleh takkan aku bleh kantoi. Kan?

"k bang, daging spesel rm2.80 siap."

Tuesday, June 4, 2013

Lembik@malas?

Jam 430 pagi tadi, aku bangun, kerana terpaksa ke stesen bas shah alam untuk ambil tunang aku yang baru pulang ke KL dari Kelantan. Memang MALAS nak tinggal bantal selimut.

Jam 530 pagi tadi, aku singgah 7-11, belikan diri sendiri setin Red Bull. Sebab rasa semacam LEMBIK gile. Alhamdulillah lepas minum larat la jugak nak angkat kelopak mata.

Jam 630 lepas hantar tunang balik aku pun maralah ke blok sendiri. Lalu la surau bawah blok. Diri tersentap sendiri, tengok 3 mamat muda sebaya aku sanggup mengimarahkan surau kecik tu. Sorang membaca tazkirah, 2 orang tekun mendengar. LEMBIK@MALAS? Bukan. Rasa MALU GILA.

Perlahan aku gerak ke atas, cuba dapatkan satu tu. Kalau tak boleh dua puluh tujuh, dan tak berusaha nak dapatkan satu tu, tak taw la nak cakap pa.

Wednesday, May 29, 2013

Duit free

Bukan senang nak dpat duit free. Sekarang macam2 cara ad untuk cari duit, buat blog dapat duit, review artikel dapat duit, macam2. Paling senang nk dapat duit free, jadi menteri kat Malaysia, bawah UMNO. Kan? Bukan berpolitik, cuma berkias.

Tapi aku bukan nak jadi menteri. Takut aku berucap depan ramai2. Mungkin 20 orang dewasa, atau 30 budak2 lepas kot. Lebih2, sorilah. Aku cuma berblogging pasal isu aku dapat duit free.

Kat mana? Kat tempat kejelah. Kalau korang biasa dengan term manufacturing mesti korang taw stock check, auditing ngan inspection. Biasanya untuk satu2 event dia akan shutdown plant. Tapi kilang aku shutdown hampir seminggu untuk dua continuous function ; audit dan inspection. Dan aku selaku trainee baru kat sini kompemlah takkan dilibatkan secara direct dalam hal penting sebegini. Maka hampir setiap masa lah aku melepak di office.

Dan hasilnya, apa yang korang baca nilah. Post baru, dan gaji free - temporary je. Haha.

P/s: ni da panas bontot dah ni bile bos tenung lame2. Cau.

Friday, May 24, 2013

"...tapi itu banyak seksi.."

Bertudung itu indah. Dari sebuah artikel yang aku baca dari FB, bertudung tu berfaedah. Kerana:

#memelihara wajah2 yang cantik dan melindungi mereka dari ancaman rogol dan seumpamanya.
#memelihara wajah2 yang kurang cantik@berjerawat@cacat, dan melindungi diri mereka dari cacian dan ejekan.
#satu ibadah sebenarnya bagi wanita, express-and-free way to earn easy pahala.

Pernah aku bersembang dengan satu pekerja bangla dan myammar di kilang dulu, perihal orang bertudung. Persepsi mereka sudah cukup mencerminkan betapa bertudung ni bagus. Bagi mereka, bertudung ni memberikan satu tanggapan bahawa wanita tersebut "baik". Mereka kurang menyakat wanita bertudung dan sesetengahnya boleh menghormati golongan2 sebegini. Eloklah beginikan?

Tapi tu DULU. Bukan sekarang.

Kalaulah bertudung tu "baik", maka yang tak bertudung? "kurang baik" @ "jahat", katanya.

Aku tembakkan lagi soalan; " kalau pakai tudung tapi seluar jean ketat, baju nampak ketiak ngan tali bra?"

"itu banyak seksi woo..baekkkkk punya.."

Perhatikan perbezaannya. "baik" dan "baekkkk". Nampak?

Nak ajak berfikir, bukannya nak mengutuk. Tak salah kan?

Monday, May 20, 2013

Jangan Ludah Ke Langit

Ramai yang maki, sikit yang puji. Dikutuknya bebal, tapi langsung tak kenal.

Jangan jadi katak bawah tempurung, kang tak pasal ko makan lesung. Selidik betul2 dulu, kepala batu.

Tahniah adam adli - respek sebab berani menyuarakan pendapat. Betul salah nanti kita kira, asalkan kita rajin bersuara.

Tuesday, April 9, 2013

Upacara mengangkat diri sendiri

Ok macam mana kita nak mengenal pasti bahawa sesungguhnya kita telah dinaikkan pangkat? Adakah bila kita selalu dipanggil untuk bermesyuarat sampai 2@3 jam? Tak. Adakah bila kita sudah diberi tanggungjawab yang besar maka dengan secara langsungnya kita adalah dari golongan yang berstatus besar sudah? Tidak juga.

Bagi aku, bila kita diappraised personally, being incremented personally by the bos itself, or publicly informed in a meeting@gathering, thats when kita betul2 naik pangkat. Not when u r in situation mentioned earlier.

Camon la. Respect people as they do towards you. Jangan perasan lebih2. Tak bermakna ko rapat ngan bos ko power. Tak bermakna bos asyik sembang ngan ko ko terus dapat free authority. And tak bermakna ko rapat ngan bos suddenly u know everything.

Jangan buat orang menyampah ngan kita. Bila kita bekerja dalam satu team memang ad ketua dan memang ad pekerja. Tapi perasaan hormat jangan buang. Simpan btul2.

Dan sebetulnya, lepas dua tahun setengah aku bekerja, kalau kita tahu segalanya tentang apa yang kita mahu orang buat, perasaan hormat tu akan timbul sendiri. Respect is to gain. Dont force it.

Sendiri mau ingat. Mulut mau jaga. Terlajak perahu bisa diundur, terlajak kata APTB.

Saturday, April 6, 2013

Kebenaran dibogelkan

Pernah korang disapa pakcik@makcik tua menjual keropok? Atau pakcik@makcik buta jual tisu? Atau korang pernah nampak mereka menyapa orang len dan bukannya korang?

Well, did u guys buy that thing? Boleh pakai diorang ni ke?

Ad orang yang beli, ad orang yang just bagi duit tanda simpati, ada yang just angkat tangan - "xpe2..", dan ADA YANG BUAT TAK TAHU JE. Betul, ni smua karenah manusia, tak siapa yang memaksa. Tapi pernah tak kita terfikir mereka dipaksa untuk berbuat begitu, bukannya rela?

Sama kes dengan adik2 kecik yang jual buku agama sampai 2 3 pagi kat stesen minyak.

Why I bother bout this? Kerana kali ini kebenarannya dibogelkan. Aku dapat tengok jawapan persoalan aku di atas secara langsung.

Alkisahnya minggu lalu aku bawak buah hati aku ke Bank Islam seksyen 18 Shah Alam, kira2 pukul 11pm lah. Sementara menunggu dia membuat urusan di bank, aku ternampak kelibat seorang pakcik menunggu di depan bank bersama beberapa bungkusan kerepek. Cukup tua, aku agaklah, ni bukan pakcik ni tapi dah sampai pangkat datuk. Still menjual kerepek diumur begini, kompem sedih tengok. Pukul 11pm still tunggu depan bank, aku da stat pikir pelik dah. Takkanlah sindiket..

Tak berapa lama kemudian, datang satu van putih. Dalamnya semua warga emas. Dan pakcik tadi bingkas bangun, tapi melihat betapa bongkoknya dia, aku sendiri  nak stop engine kereta kejap dan pegi tolong dia. Bila masuk je van, seorang lelaki terus meminta duit dari pakcik tadi. Dan semuanya dah terjawab. Ini semua sindiket. Ini semua realiti. Sumpah aku mengucap panjang lepas van tu pergi.

Persoalannya, korang rasa wajar tak korang beli apa yang dijajakan oleh mereka selama ini? Dan atas dasar apa kita beli?

Terkejut, sedih, marah, semua ada.

Wednesday, April 3, 2013

Seronoknya pi pasar malam!

Seronoknya pi pasar malam. Boleh tengok makcik2 pakai legging tunjuk lemak. Ingatkan ayam je yang belemak. Siap boleh belaga lagi. Ui seghonoknye.

Seronoknye pi pasar malam. Boleh jalan sekejap berenti lame. Tak payah pikir orang belakang nak jalan ke nak celah ke. Boleh la aku habiskan laksa yang aku beli tadi tu on-the-spot. Ui seghonoknye.

Seronoknye pi pasar malam. Bukan boleh dapat harga baju kain seluar dengan harga lebih murah, bahkan dapat tempias air liur geng2 penjual pasar malam. Bukan senang nk dpt. Ui seghonoknye.

Puii..seghonok ape. Tak agak2 langsung.

Tuesday, April 2, 2013

Dua tahun untuk satu keputusan. Berbaloikah?

Membuat sesuatu keputusan bukannya mudah. Satu keputusan yang bagus memerlukan perincian dan pemerhatian dari segala sudut kemungkinan. Satu keputusan yang bagus juga perlu mengambil kira pendapat dan pandangan dari pihak yang berbeza. Barulah hasilnya boleh diterima pakai.

Selepas dua tahun berlalu, akhirnya aku bersedia untuk bertukar kerja. Mengapa dua tahun? Banyak alasannya. Salah satunya perasaan curiga aku sendiri. Dalam tempoh tersebut, aku tahu sebaik2nya tentang potensi sebenar, kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Selebihnya disebabkan keadaan. Aku memang tak mampu untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Tak sanggup aku untuk lari dan membiarkan penggaji aku terkontang kanting bersusah payah. Tak syok.

Tapi lari jugak kan?

Ye, sebab tulah aku bilang membuat keputusan bukannya mudah. Bekerja untuk siapa? Diri sendiri? Duit? Nak kawin cepat? Jawapan paling ideal bagi aku ialah untuk mak ayah aku. Jasa dioranglah yang paling susah untuk dibalas, oh maaf, memang tak dapat dibalas. Dan sesungguhnya keputusan untuk bertukar kerja ni memang berkait rapat dengan perancangan masa depan untuk mereka, dan aku juga.

Bos aku pernah cakap, "Degree is just an access. Ultimately, you are the one who decide your future." Memang tepat.

I am using my degree to access a better future. Whether its worth or not, I have to gamble. Life's a risk, isn't?

Dan jangan lupakan sejarah. Sejarah mencorakkan kita hari ini, dan melupakannya pasti boleh memutihkan kita semula. Pasti.

Sunday, March 24, 2013

Perihal politik dan..

..politik lagi. Semua barang skang politik. Paper ni politik, paper tu pon same - headline len sket je. Bukak tv pon same - tak abes2. Nek nyampah. Muak. Boring.

Kite boleh tgk patternnye. Kalau politicians dah start amek cakna, kalau diorang da start amek berat bilamana biasanya diorang tak, kalau diorang da stat tabur duit, jambatan biasa da stat berbungkus ngan corak biru hijau merah..haa..musim mengundi da mai da tu.

La ni memang dah lagu tu dah.

Bukan nak berat sebelah, tapi nampak sangat sekarang macam tu. Rakyat tak bodoh, rakyat lebih pandai sebenarnya, walaupun bukan semua. Tunggulah. Harap Tuhan tolong kita k. Dia Maha Mengetahui.

Kenapa mengarut politik ni? Xde. Menyampah sangat tengok diorang dok bertegang urat, maki hamun hari2. Serius nyampah.

Saturday, February 16, 2013

facebook akan mati?

gempak je kan tajuk artikel ni. hehe. kene pandai pilih tajuk, baru ngam..

anyway, pagi ni aku terbaca satu post di blogger, particularly dari blog ben ashaari, tajuknya ke-tidak-relevan-an blog. pada blogger2 skalian dan sesiapa yang baca ni jenguk2lah ye.

secara kasarnya, ia menceritakan tentang persepsi bahawa blog ni dah tiada maknya lagi. owh man and woman, memang tak relevan lah. pada aku blog2 macam ni jalan je, tak pernah mati. walhal aku siap set satu had di blog aku sebab terlampau banyak post per day. sape la yang cakap blog ni dah berkubur..

bukan nak menggalakkan kita ni berblogging. aku blogging sebab aku minat benda2 macam ni. dan bagi aku, mencari maklumat tentang sesuatu bukanlah hanya di Internet, tapi lebih OK dari blog2 kerana lebih terperinci. banyak sangat bantuannya; aku cari maklumat tentang servis kereta dari blog, aku cari resepi untuk memasak dari blog, aku cari tips nak saving kahwin dari blog, untung kot. sapa lagi yang boleh cakap blog ini terkubur? fikir dulu sebelum cakap. bukan marah, cuma tak mahu sesiapa nampak bodoh.

blog ni macam medan untuk membuku-teks-kan buah fikiran. dan buah fikiran manusia ni terlalu banyak, selalu berubah. macam2 boleh tulis, dari info2 berguna hinggalah info yang buat korang muntah darah bila bace -- macam hair dryer hilang lepas tu update kat blog sampai bejela2 tulis, ha tu kompem muntah darah, bagi aku la.

jangan cakap saja. facebook takkan mati? ok cuba kira brape ramai member korang yang still pakai friendster? banyak? wuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails