Sunday, February 28, 2010

Senario aku di musim kemarau

OH PANAS!

Semakin hari semakin bahang.
Bile da bahang, maka kelenjar peluh smakin aktif.
Bile da smakin aktif, smakin basah baju saye.
Bile da smakin basah, smakin kuat basuh bajulah jawabnye.
Bile kuat basuh baju, kuat pakai air lah.
Bile kuat pakai air, bil naek a.
Bile bil da naek, kos per individu makin naek a.
Lepas tu sume buat muke.
Poket makin lame makin ringan.
Makan makin lame makin segan.
Megi je manjang.
Sume muke ketat nak tunggu duit scholar bulan depan masuk.
Aigoo.
Bile da masuk senyum.
Beli itu beli ini.
Keluar sane keluar sini.
Da takde duit baru nak lepak umah balik.
Bile lepak rumah panas a.

OH PANAS!



p/s : panas tu kire ok. kalau kene gempe bumi macam kat Chile ngan Haiti tu?

Friday, February 26, 2010

Semenyih Syurga Bangla

Hari ni da hari Sabtu da. Btol. Aku da terlambat shari nak ucapkan selamat menyambut hari Maulidur Rasul. Lambat shari je. Nak wat cane. Da skang baru aku update blog... Kekadang ade orang tu seminggu lagi awal dah wish da bende2 camnie. Bukan aku nak salahkan diowang wish awal2, tapi tak salahkan kalau aku nak wish jugak daripada tak wish langsung. Kan?

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul. Bagi mereka yang lupe tu, berazamlah taun depan tak jadi cam taun ni lagi. Alhamdullillah da wish da..

Jumaat kalau cuti adalah hari yang agak malang a bagi aku yang berada di Semenyih. Surau@masjid di sini tak besar sangat, semayang Jumaat biasa pon da pack. Siap berebut ngan budak lagi. Kene pulak hari Jumaat cuti, macam semalam. Lagi a. Sambutan semayang Jumaat tu jadi cukup luar biasa. Dua tiga kali lagi ramai. Macam terpikir lak, diorang ni hari Jumaat keje rajin sangat ke sampai tak semayang Jumaat?? Benci pon de. Ramai sangat. Bukan satu masjid je. 3 masjid lak tu. Alah, ni bangla ramai ni.

Bapak2 yang bawak anak semayang Jumaat skali jage a btol2, da a ngacau time smayang, lepas tu time nak balik ramai2 tu boleh die biar je anak je jalan sesorang. Sedar2 da hilang baru nak tampal poster.



p/s : Yang ponteng pon ade kowt, sebab dalam kepala otak dah pikir da hari cuti kompem ramai orang.. Senang2 je rase api neraka kan? Hebat2.

Wednesday, February 24, 2010

Cermin dan Double-Sided Tape.

Semue bende nampak seswai untuk dijadikan contoh untuk mengandaikan sesuatu.
Macam cermin dan double-sided tape.
Kenape?

Kerana item2 di atas mampu membuatkan aku berzikir pada-Nya.
Kerana item2 tersebut membuatkan aku sedar aku insan tipikal yang tak mampu nak puaskan hati smue orang.
Kekadang kite berusaha untuk membuatkan keadaan jadi lebih baek, tapi hakikatnya untuk sesetengah orang sahaja.

Sangat2 susah sebenarnya untuk puaskan hati smue orang! Maybe the toughest challenge we will face for the rest of our life! Tu dia..

Kerana tu aku cakap aku ni umpama cermin, hanya ada satu side, tapi da cukup untuk layan satu@sesetengah pihak sahaja.
Aku bukannya macam double-sided tape, boleh pakai untuk due2 bahagian, ya walaupun due tapi anggaplah macam smue. Kate DOUBLE-sided tape.



Jadi lah marker permanent. Terus lekat di hati. Bukannya stappler, seems strong but temporary only.

p/s : Entry lepas semayang subuh ni buat aku rase cam tengah bagi kuliah subuh lak. Amin.

Aku tak bapuk lah!


Bodohnye korang kalau korang tak kenal Chef Wan. Chef tersohor kat Malaysia. Paling tersohor. So tak salah sangat kalau aku kate aku nak blajar memasak ngan die. Die power dowh. Bukan masalah laki ke pmpuan yang layak bab2 masak ni, masalahnya keinginan, kemampuan dan kesungguhan tu jauh lagi penting. Tu dia... Ayat mahal tu. Alah, aku berani bet a ade je anak dara yang langsung tak reti masak. Lagipon kalo korang tengok kat kedai makan, kebanyakan tukang masak adalah lelaki.


Ulang lagi? Lelaki.

Ulang lagi? Kebanyakannya lelaki.

So? Takyah malu kalau nak blaja masak. Malu pegi tanam kepala dalam tanah a. Biasanya
ostrich buat camtu a. Haha eh ostrich bahase Melayu ape e?? Burung kasawari??


Memasak ni best. Betol best. Bukannye aku nak cakap aku bapuk ke hape, tapi memasak tu satu kebolehan yang sangat2 menguntungkan kalau lelaki belajar. Da a kalau keje berat tu kite yang buat, keje masak pon kite bwat, pergh! Mantap dow. Haa pastu jadi suami mithali a ko. Jadi Mr. Mama a ko. Padan muke. Blaja lagi masak. Haha.




p/s : Rajin masak, malas basuh. Ni memang bukti aku laki sejati. Haha.

Tuesday, February 23, 2010

The throat sighs!

Its the end of February, and again every time when it comes to this kind of situation, almost all my friends were in financial problems. Oops, including me! It's really a bad expression on people face realizing you have no more money in your wallet@purse. Sometimes you don't have to check, just remember what have you spend within the month and automatically your throat sighs~~~ yeah it happen to me dude!!

Your parents may be the savior this time.
Maybe they`ll give you some if you`re really rich.
Maybe they`ll lend you some, but don't forget the payback time or they`ll scold you.
Maybe they`ll scold you first, and give a little afterward.

Or..
Maybe they`ll not giving any!!! and Ask you to start saving! ----- well that`s my case.
They will not consider it anymore. Don't pretend to act cute or throw some nice promises, as they know you not a kid anymore. Yeah. Kids usually don't have blog, so I am either teenager@adult. I am teenager for some situation and an adult for another situation. Haha.



Maybe I'll try start saving. But not now!!


p/s : Just for this month! sigh~~

Monday, February 22, 2010

Puzzle Dow

Amalan jogging tu sangat baek sebenanyer, tak kesah a kalau kite jogging 2 round je shari, tapi mesti beristiqamah, baru dada lagi tinggi dari perut.

Kasut futsal boleh mencerminkan personaliti orang, aku rase a.

Urgh.. Lapar a plak.


Baru ingt nak plan itu ini, bile cucuk duit aku terpaksa wat dono jelah.

Orianthi layan, tapi aku rase sesetengah solo die mngarut sangat @ show-off.

Sakit kepale bile ko tido lewat tapi bagi lewat jugak,walaupun ko da tido cukup 6 jam dari pukul 6 sampai 12 am.

Aigoo!!

Ni merepek nih.


p/s : Ade sape faham?

Saturday, February 20, 2010

Minum Air Masak Sampai Muntah

Peliknye otak aku berfungsi.

Pada mulanya, aku tercekik sket time makan nasik goreng tadi. Maklumlah bile aku da masak sedapnye aku sendiri pon leh tercekik, sedap punye pasal............. Ok lah aku tipu aku tak amek air pon tadi time makan. Dan akhirnye aku tercekik. Air dicari, namun bekas air masak aku cume mampu membekalkan secawan sahaja. Mai secawan, kate iklan di TV.

Ape aku ni air masak pon takde. Nak kate takleh beli maka masuk neraka a aku. Air RO seposen pon aku da tak larat minum. Ni kan plak kalo ko spend RM3.50. Bukan stakat dapat air RO sebanyak seliter setengah, malahan ko boleh dapat stok untuk minum sampai muntah, dan cuci pakai stok tu lagi. Duit lebih daripada ko beli air masak tu macam2 ko boleh shopping. Rokok, sebagai contoh. Haha. Siap leh futsal ag. Siap leh jamming ag. Sape ckp tak best minum air masak? Long-term effect tu ade kowt.

Duit lagi a. Lagi satu masalah kewangan. Aku sendiri pon susah nak saving. Nak kate kos sara hidup tinggi bukan aku dok kat JEpun pon. Kat Malaysia ag, cume name Semenyih tu kerap kali aku ucapkan dengan respon berkerut pada dahi pendengar. "semenyih?? katne tu?" owh sungguh malas nak bgtaw skali ag..

Ape aku melalut ni? Aku tercekik je pon.


p/s : Aku minum air masak e, bukan air paip-si merangkap air jernih berklorin dari paip tu. Sekian.

Thursday, February 18, 2010

Cam Pompuan Lak Rasenye.

Camne perasaan pompuan e bile setiap kali nak timbang berat? Takut nak terime kenyataan? Mesin tu rosak, sebab berat korang tak sepatutnye camtu? Kalau mesin tu rosak takleh cakap ape a... Kalau tak? Haha. Terime a kenyataan. Korang da gemuk. Atau makin kurus. Atau dalam kes aku, apsal tak naek2 walau makan cam singa puasa sebulan.

Lebih kurang same a aku rase keadaan di atas bilamana aku nak amek result aku petang tad. Datang dengan muke slamber, chewing gum dalam mulut, nak mintak result. Tengok tutor aku ade berlari, tapi pas amek result, tak sabar nak lari dari bilik kecik berhawa dingin tu. Pergh! MEmang tak dijangka langsung. Jatuh bergolek2, bukan stakat jatuh ditimpa tangga, ni jatuh ditimpa tangga ngan orang2 skali. Aku rase cam toreh muke ni memang tak berdarah kowt time tengok result tu. Senyap seminit, dengan tutor aku pon memahami kejatuhan mendadak aku tu.

Lepas tu aku blah, ye a nak tunggu ape. Tunggu kat luar a tengok result member. Agak senang ati bile smuenye lebih kurang. Haha weh aku tak doakan korang jatuh, aku cume rase kurang sket tekanan bile semuenye camtu. Hisap rokok lagi, down to earth.

Balik umah pikir panjang. Muhasabah a kunun. Rejuvenasi a konon. Siap pikir modal nak letak dalam blog. haha. Perlu ke aku satu sesi muhasabah untuk menjadikan diri aku ni lebih baek dari sem lepas - untuk score lagi tinggi? Aku rase tak cukup. Aku kene ade satu sesi merenung perkara2 sengal yang aku buat dulu. Bukan ape, mane taw boleh diimprovekan menjadi satu sumber inspirasi - tapi duit terbang. Cucuk lagi. Pegi TESCO lagi.

Result da camtu kowt, ape boleh buat? Awek kate lupekan. Forget the past, temporarily. Mak kate nak buat cemane. Strive better for this new sem. Member kate jom lepak minum. Aku on!!


p/s : tido sepanjang hari untuk ilangkan stress, hasilnya = insomnia skang dan post ini.

Thursday, February 4, 2010

ponteng pon leh blogging ape!!

Orang kate dah kene baru nak bertindak. Malaysia cam tulah, da jadi sekali baru nak amek tindakan. Bukan reti nak amek tindakan awal2. Prevention is better that cure lah, ape lah.. kejar angsa lagi bagus daripada dengar pemimpin2 Malaysia membebel camtu.

Banyak bende yang kite takleh elak dari terperasan. Maksud aku, ade je bende yang korang tak tahu, tahu hari ni. Ko kekadang tak sedar meje ko berabuk SANGAT2. Ko kekadang takleh pasan yang ko ni macam da setahun lebey tak kemas loker. Ko takleh bajet sangat kawan ko akan layan ko camtu je dari dulu sampai skang. Bukan aku nak korang prejudis kat member sendiri, tapi kekadang tindakan die @ kite boleh ubah sesuatu dalam hubungan korang. Akan ade jugak perubahan @ sesuatu yang kite tak sedar.

Tengok aku sudey. Dah tiga minggu start sem baru baru nak sedar takleh men2 dah. Macam tak pasan je aku ni dah sem last dah. Padahal dalam due tige bulan lagi nak grad dah. Bagus2. Naseb baek mak aku tak layan blog2 ni. Kalau tak panas telinge. Kompem. Ceramah perdane die pergh.. thumbs up beb!!!

Aku jugak baru perasan meje aku bersepah gle. Dengan MEF form beterabur a, buku a, notes sem lepas a, chopstick (!) a, higlighters aku a. Patut a aku tak jumpe stapler aku, padahal stapler aku agak gedabak gak saiznye.. Lantas cemane ntah aku hari ni bersemangat waja meletihkan diri aku untuk kemas semue. Ye semuenye. Kemas separuh2 ape kelas. Tak cemerlang gemilang terbilang a aku.

Tapi bagi aku kan, rejuvenasi sepatutnye berlaku acap kali, bukan sekali. Ko kene sedar2 hari2, bukan hari2 a, yang ko kene buat sesuatu untuk improvekan sesuatu, tak kire ape a. Macam istiqamah a. Macam continuous assessment. Haa. Baru ko ni selalu fresh, walaupun ko melantak megi je saban hari.


p/s : megi pon megi a. da pokai ko nak assess cemane ag. makanan bukan leh pau cam rokok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails