gempak je kan tajuk artikel ni. hehe. kene pandai pilih tajuk, baru ngam..
anyway, pagi ni aku terbaca satu post di blogger, particularly dari blog ben ashaari, tajuknya ke-tidak-relevan-an blog. pada blogger2 skalian dan sesiapa yang baca ni jenguk2lah ye.
secara kasarnya, ia menceritakan tentang persepsi bahawa blog ni dah tiada maknya lagi. owh man and woman, memang tak relevan lah. pada aku blog2 macam ni jalan je, tak pernah mati. walhal aku siap set satu had di blog aku sebab terlampau banyak post per day. sape la yang cakap blog ni dah berkubur..
bukan nak menggalakkan kita ni berblogging. aku blogging sebab aku minat benda2 macam ni. dan bagi aku, mencari maklumat tentang sesuatu bukanlah hanya di Internet, tapi lebih OK dari blog2 kerana lebih terperinci. banyak sangat bantuannya; aku cari maklumat tentang servis kereta dari blog, aku cari resepi untuk memasak dari blog, aku cari tips nak saving kahwin dari blog, untung kot. sapa lagi yang boleh cakap blog ini terkubur? fikir dulu sebelum cakap. bukan marah, cuma tak mahu sesiapa nampak bodoh.
blog ni macam medan untuk membuku-teks-kan buah fikiran. dan buah fikiran manusia ni terlalu banyak, selalu berubah. macam2 boleh tulis, dari info2 berguna hinggalah info yang buat korang muntah darah bila bace -- macam hair dryer hilang lepas tu update kat blog sampai bejela2 tulis, ha tu kompem muntah darah, bagi aku la.
jangan cakap saja. facebook takkan mati? ok cuba kira brape ramai member korang yang still pakai friendster? banyak? wuu...