Tuesday, November 19, 2013

kesian jadi rakyat malaysia - hari2 kena troll dan peras ugut halal

sejujurnya, aku dah sampai tahap menyampah bila fikir pasal kehidupan di malaysia. dulunya bila belajar aku siap promote kat foreigner coursemates bahawasanya malaysia ni boleh dipromotekanlah - makan pelbagai, banyak tempat melancong dan semacamnya. tapi sekarang tak. bila dah bekerja dan deal balik dengan geng2 foreigner ni, aku pulak naik malu.

kenape?

"malaysia masih aman.syukurlah.." -- bayi bersepah, budak2 selamba hisap rokok tengok filem satu warna, pakai tudung sebab trend, tembak menembak macam main polis sentri tapi pakai peluru betul, duit kopi jadi SOP, apa lagi? rasionalisasi ghaib. entah campak ke mane, entah dapat ke tidak balik benda tu.

seminggu ni kecoh pasal isu villa nabila. masuk 30 keluar 7. sorang hilang. susuk ghaib kelihatan. macam2. benda2 macam ni memang rakyat malaysia pro. kalau bab fitnah, bab sebar menyebar tanpa usul periksa memang pro. hakikatnya tak hilang pon, lepak rumah member@girlfriend je. ko tengok, satu malaysia kena troll bodoh2 sebab mamat tu. semua dok maki mamat tu bodoh la apa la, tapi sorang pon tak bising die buat apa kat rumah girlfriend die. ketua polis johor marah banget, sebab kena troll.

tau marah kalau kena troll. tu baru budak yang troll ko da hangen. kerajaan malaysia troll rakyat cemane? bajet rakyat baik hati kaw2 punya?

pemimpin sepatutnya lagi berwibawa dari rakyat, lebih bijak pemikiran dan penilaian, baru ada tanduknya. ni tidak, minggu lepas kecoh yang laki zizie ezette buat perangai tak macam pemimpin. dok haram haram kat dewan semata2 nak potong buah mulut rafizi. satu. no dua macamana rosmah boleh jadi wakil malaysia ke forum berdagangan antarabangsa? setahu aku degree2 die semua cenderahati dari universiti pengipas. pakai duit rakyat, termasuk aku, kaw2 pulak tu. macam halal je macam berkat je pakai duit rakyat.

no 3, cadangan penghapusan kereta 12 tahun - tak selamat katanya, serta hanya motosikal berkuasa tinggi di lebuhraya. kedua2nya membawa tujuan demi keselamatan rakyat.

puii.

berapa ramai rakyat malaysia mampu beli motor berkuasa tinggi? berapa banyak kes kemalangan betul2 disebabkan oleh penggunaan kereta 12 tahun ke atas? ingat beli kereta pakai bulu kaki? sain kontrak 9 tahun, pakai 3 tahun, buang? dey berapa banyak kes eksiden kat malaysia yang paka saga @ wira @ kereta2 otai tu? setahu aku media malaysia memang cover semua isu, berita2 yang disampaikan plak memang tulus beserta ikhlas.

puii puii.

kemon la. aku bukan pesimistik. dari segi pro nya memang ada effect. lambakan kereta kalau tak dihapuskan memang akan meningkat. mungkin 20 tahun lagi kereta2 12 tahun ke atas tu lah yang menyebabkan ruang parkir di malaysia kurang, bukannya kadar kemalangan yang meningkat. cuma biar nampak cerdiklah kalau nak kemukakan usul. dah kata pemimpin.

banyak cara sebenarnya kalau kita betul2 mahu kereta2 otai ni dilupuskan. boleh pakai rebate apa, dari ko membazir duit BRIM 1 2 3 4 5 6 7 tu. hapuskan cukai2 yang tak sepatutnya terhadap pemilikan kereta dan moto. kereta mahal cukai mahal la. kereta murah ala kadar sudah la. upgrade dan repair sikit sistem pengangkutan awam di sini pon cara jugak. ada lagi, boleh fikir banyak lagi, tapi kene ambil kira la jugak buah fikiran kita diambil cakna sepenuhnya ataupun sekadar batuk kahak hijau di tangga sahaja. kalau sekadar batuk kahak di tangga baik tak payah.

kesian jadi rakyat malaysia. kene troll dengan pemimpin sendiri. dok maki2 along potong tangan potong buah macam2 potong, ko punye bos besar makan duit ko selambe ko pangkah dacing jugak. kesian.

silap2 kita pulak jadi pendatang tanpa izin di negara lain dek kerana keberkesanan pengurusan kerajaan malaysia. tak pon kita yang pegi huni villa nabila sebab rumah2 kat malaysia mahal macam haram.

di mana silapnya? pikir dalam2, ketat2 ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails