Wednesday, February 23, 2011

Hampir... Salah Makan

Pagi2 da kene da. Adush.

Hari ni aku pegi breakfast paling awal -- lapar sangat. Sebelum subuh alarm henset bunyi. Lepas subuh alarm perut plak bunyi. Terpaksa a tunaikan kewajipan tu -- mana bleh sambung tido perut lapaq weih!

So 714am camtu aku pegi a Apollo (mamak berhampiran). Dan seduduknya aku di situ, datang satu macha baru amek order. Sebab die bukan macha biasa yang amek order ngan aku so aku xleh a cakap "biase", sebaliknya "teh o suam, roti bakar satu". Dan aku pon menunggu sambil baca paper Kosmo -- ini baru btol adat orang bekerja. hehe.


Dan air teh aku sampai. Mesti a air dulu. Kan?

Slurrp~~

MasyaAllah ------- layan! Pagi2 da terasa nikmat-Nya. Hehe..


Dan roti bakar aku pon sampai. Tapi kan, aku order satu, asal datang due pinggan? Takkan mamak ni baik hati sangat nak bagi roti free pepagi buta. Baru nak tanye macha tu trus lari. Orang baru kan, mesti bnyk keje sket dari orang lame. Tapi aku tak tunggu lama. Panggil macha len trus. Lapa nih, mana leh biar.

"Macha"
"Ya bos"
"Ni kenapa dua pinggan ni? Order satu je"

pastu die sembang bahasa dia sket, spatah haram aku xpaham, dan cakap:

"Oh bos ni satu u punya satu sebelah u punya sori2"

Dan sebelah aku adelah satu pakcik kepala botak separuh tersenyum kat aku. Aku pon senyum balik. Naseb bek tak termakan due pinggan, mampu kot time lapa2 camni.



p/s : Kalau senyum tak ikhlas simpan je lah bang. Saye lagi tak kesah kalau abang tak senyum. Hehe.




Sunday, February 20, 2011

Inovasi Dalam Pembuatan Rokok

Aku ingatkan Dunhill ada kuarkan flavour baru. Tgk kotak cam pelik. Rupanya tetap Dunhill Menthol -- sebab tu kale temanye hijau kot.


Aku tertarik btol dengan imej kotak rokok Dunhill ni. Bukan gambar bayi merah tu. Tapi lining hijau tu. Macam wallpaper laptop pon ade. Style.


Tapi bile pusing blakang, tengok ade satu note kecik. Ni bukan rokok normal ni. Ada laen sket kott.


Hmm. Menarik. Aku tak brape paham, tapi aku rase lepas ni xyah bakar2 filter dah. Cuma tekan dan korang akan dapat sedutan yang lagi pekat. Dulu bakar sebab nak lagi keras. Haa nah amek ko inovasi ni. Terima kasih kepada pengeluar Dunhill -- rajin btol diorang nak kita laagi cepat mampos. Haha.


p/s : Macam ni pon ada kaa.

Berbaloi ke?

Lama tak hapdete. Sungguh lama. Jangan dimarah -- hamba pacal hina, kemalasan itu tetap wujud walau sekelumit.

Hadoi -- pembuka bicara da sedap da. Ok. Apa yang berbaloi?

Jujurnya, entri ini ditimbulkan oleh salah seorang rakan Facebook aku berikutan status FB terbarunya. Perihal yang mungkin 4 tahunnya belajar dan ribu-ribu duit habes untuk purpose tu adalah sia-sia. Kerana bidang kerjanya sekarang mungkin berbeza dengan apa yang dia belajar dulu.

Dalam tu. Sebab aku sendiri dah bekerja dekat 6 bulan da, dan bidang kerja aku pon tak berkait langsung dengan apa yang aku belajar. 4 tahun sebagai budak jurutera kimia dan buat masa ni, aku memegang jawatan sebagai seorang ahli kimia sahaja. Beza, memang berbeza. Pergh ni ayat SenHeng ni. haha.

Kepada kawan aku yang tersayang,

Pertamanya, aku bukan gay. Aku sayang ko sebagai seorang kawan, bukan sebagai seorang lelaki yang menaruh perasaan terhadap seorang lelaki jugak. Keduanya, jangan pikir macam tu. Betul. Mungkin, kalau skali pikir a, yang memang kerja kita skang memang lari dari apa yang kita belajar. Mungkin kita da tersimpang sket. Tapi kita tak sesat. Kita bekerja beb. Kita cari pengalaman. Dan setahun dua pengalaman pon sebenarnya da cukup untuk kita menaikkan harga diri kita di depan eksekutip2 dan panel2 interview tu.

Jangan skali2 fikir kita dah membazir banyak masa dan wang kalau kita berada dalam situasi camni. Keje skang nak dapat susah beb. Dan diorang takkan hire someone yang hanya ada satu skill sahaja. Dan untuk tujuan ni lah kita boleh mencuba bidang kerja bidang2 len kalau apa yang kita btol2 nak tu tak dapat. Macam aku sendri, walaupun ditawarkan keje sebagai seorang ahli kimia sahaje, aku bedal. Slen jadi seorang ahli kimia, aku juga diangkat menjadi seorang supervisor di kilang aku. Tapi kan, terase rendah diri gak a bile kawan2 sume dah pegang title engineer. Tapi bile pikir2 balik, sumpah aku rase genk2 aku takleh wat keje yang aku buat skang. Hahaha. Untungnya tetap jatuh kat aku, aku bukan je ade 1 year experience sebagai seorang chemist lepas stahun bekerja, tapi juga 1 year exp dalam QA, QC dan supervising. Multiskill. Style.

Biar susah dulu, senang nanti2lah. Kan?

Mane2 keje pon, ada susa, ada senang. Bidang apa tak penting sebenanye beb, yang penting apa yang kita dapat dari situ. Apa yang kita belajar, apa yang kita peroleh sepanjang tempoh kita bekerja. Dan ingatlah, Tuhan tu Maha Adil, rezeki kita tetap ada di mana2 pon, atas kita je macamana nak tuai sampai dapat hasil tu.



p/s : aku nak title engineer gak beb!


Monday, February 7, 2011

Jangan Kalah kepada Marah

Dalam hidup ni memang banyak dugaan.
Masalah tu, masalah ni.
Serabut tu, serabut ni.
Kalau nak selesai semua skaligus susahlah.
Boleh, tapi susah.
Dan jangan nak marah2 saje.
Ini semua jadi ada sebab.
Takde sebab Tuhan saje2 je bagi ujian.
Kene double-check.
Mungkin kite semayang tapi tak khusyuk.
Mungkin kite bace Bismillah tapi lupe nak bace Alhamdulillah.
Mungkin kite rase kita buat tapi hakikatnya kite tak. Mungkin.

Apa yang penting jangan kalut2.
Sebab kalut tu akar serabut.
Kite rilek2, tenang2 kalau ada masalah.
InsyaAllah -- harapnya semua jadi mudah.

Ok? layan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails