Sunday, February 20, 2011

Berbaloi ke?

Lama tak hapdete. Sungguh lama. Jangan dimarah -- hamba pacal hina, kemalasan itu tetap wujud walau sekelumit.

Hadoi -- pembuka bicara da sedap da. Ok. Apa yang berbaloi?

Jujurnya, entri ini ditimbulkan oleh salah seorang rakan Facebook aku berikutan status FB terbarunya. Perihal yang mungkin 4 tahunnya belajar dan ribu-ribu duit habes untuk purpose tu adalah sia-sia. Kerana bidang kerjanya sekarang mungkin berbeza dengan apa yang dia belajar dulu.

Dalam tu. Sebab aku sendiri dah bekerja dekat 6 bulan da, dan bidang kerja aku pon tak berkait langsung dengan apa yang aku belajar. 4 tahun sebagai budak jurutera kimia dan buat masa ni, aku memegang jawatan sebagai seorang ahli kimia sahaja. Beza, memang berbeza. Pergh ni ayat SenHeng ni. haha.

Kepada kawan aku yang tersayang,

Pertamanya, aku bukan gay. Aku sayang ko sebagai seorang kawan, bukan sebagai seorang lelaki yang menaruh perasaan terhadap seorang lelaki jugak. Keduanya, jangan pikir macam tu. Betul. Mungkin, kalau skali pikir a, yang memang kerja kita skang memang lari dari apa yang kita belajar. Mungkin kita da tersimpang sket. Tapi kita tak sesat. Kita bekerja beb. Kita cari pengalaman. Dan setahun dua pengalaman pon sebenarnya da cukup untuk kita menaikkan harga diri kita di depan eksekutip2 dan panel2 interview tu.

Jangan skali2 fikir kita dah membazir banyak masa dan wang kalau kita berada dalam situasi camni. Keje skang nak dapat susah beb. Dan diorang takkan hire someone yang hanya ada satu skill sahaja. Dan untuk tujuan ni lah kita boleh mencuba bidang kerja bidang2 len kalau apa yang kita btol2 nak tu tak dapat. Macam aku sendri, walaupun ditawarkan keje sebagai seorang ahli kimia sahaje, aku bedal. Slen jadi seorang ahli kimia, aku juga diangkat menjadi seorang supervisor di kilang aku. Tapi kan, terase rendah diri gak a bile kawan2 sume dah pegang title engineer. Tapi bile pikir2 balik, sumpah aku rase genk2 aku takleh wat keje yang aku buat skang. Hahaha. Untungnya tetap jatuh kat aku, aku bukan je ade 1 year experience sebagai seorang chemist lepas stahun bekerja, tapi juga 1 year exp dalam QA, QC dan supervising. Multiskill. Style.

Biar susah dulu, senang nanti2lah. Kan?

Mane2 keje pon, ada susa, ada senang. Bidang apa tak penting sebenanye beb, yang penting apa yang kita dapat dari situ. Apa yang kita belajar, apa yang kita peroleh sepanjang tempoh kita bekerja. Dan ingatlah, Tuhan tu Maha Adil, rezeki kita tetap ada di mana2 pon, atas kita je macamana nak tuai sampai dapat hasil tu.



p/s : aku nak title engineer gak beb!


1 comment:

  1. hahaha..ouch panas beb..ape2 pon thanks la..seyes ly dowh..rendah diri giler..nak jumpa member pon segan..

    tapi betol gak ko ckp..aku kat sini byk yang aku train diri sendiri..how to comunicate ngan org..how to handle people dan kite nyer emotion bila situasi tegang..camner nak multiskilll..mmg banyak..


    tapi lagi skali..kadang2 bila tgk member yang dah kedepan..terasa pilu gak..dorang yang sama-sama study stay up, men dota, buat koswork..tiba2 jauh tinggal kita kan..

    ape2 pun bersyukur gak..thanks weh.. i leb u too..!! auwww..(erkk terpanjang lak komen nih)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails