Saturday, March 10, 2012

Kesan daripada Cuti Sekolah


Cuti sekolah dah pun bermula dari 10 hingga 18 Mac 2012. Semua budak sekolah kompem senyum sampai ke telinga. Cikgu2 pun macam dah malas nak mengajar bile sampai tarikh 9 Mac tu. Betul. Ini memang trend dari dulu sampai sekarang. Esok cuti, hari ni mane la nak pulun sangat -- sibuk bagi assignments ngan homeworks je. Lagi2 cikgu yang buat business kat sekolah. Ngalahkan Dr. Rozaimi. Adoi.

Yang menariknya aku cuma perasan dah mula cuti sekolah time 10 Mac tu sendiri. Jalan2 yang biasanya sesak bila lalu kawasan sekolah jadi lengang. Biasalah, dah keje. Dulu adelah excited sket, sekarang excitednya lain. Dulu excited sebab aku masih budak sekolah lagi, sekarang excited sebab aku masih bujang. Betulkan wahai mak bapak sekalian? Jangan tipu....berdosa. Budak2 cakap "kalau tipu cikgu cakap masuk neraka".

Bukan apa, sekadar nak sembang2 je berkenaan cuti sekolah ni dari pandangan dan perspektif yang berbeza. Antara panel2 aku hari ni:

Budak sekolah
Tak payah cakaplah kot. Budak sekolah mane tak suka bila cuti, kebanyakannyalah. Tak payah bangun pagi, boleh tido awal tengok cerite Cine hari Isnin malam, boleh tido sakan, boleh keluar makan angin, boleh lepak ngan member2, boleh itu boleh ini. Macam2.

Mak bapak
Ada bagus ada tak. Yang bagusnya tak payah hantar ngan amek anak pegi balik sekolah dah. Leh lepak umah sekejap sebelum pegi keje, dan boleh balik lambat sket. Yang tu je kot aku rasa kebaikannya. Banyak con dari pro. Budak2 memang pro bab2 tido lambat time cuti sekolah ni, samada tengok tv kaw2 atau keluar malam ngan kengkawan. Dan korang bukan ibubapa yang baek kalau korang lepas tangan bekenaan benda tu. Dan bila musim cuti sekolah, mesti nak jalan2. Duit memang nak kene simpan, walau korang nak tak nak. Dah ada anak memang payah sket. Kan? Kate sayang anak.

Pasangan2 nak kahwin
Memang timing ni lah yang dicari. Kalau boleh seminggu cuti hari2 ade majlis kahwin. Hari ni walimatul urus jiran ni, esok jiran tu, luse kampung sebelah sammmpai habis cuti sekolah. Mane meriah kalau kita buat majlis kawin hari bekerja, semua akan cari hari minggu kalau boleh -- ramai sket boleh hadir. Kalau time cuti sekolah? Lagilah. Satu kampung datang. Memang meriah. Lagi meriah lagi korang suke. Lagi banyak duit ko habis. Haha. Takpe. Korang buat kerja bagus, mendirikan masjid. Menjauhkan maksiat, kan? Alhamdulillah. Bukan ape, untungnya jatuh kat orang lain jugak. Hari2 makan free.

Shopping mall dan kawasan rekreasi
Ko masuk Mid Valley jumpe budak sekolah. Ko still jumpe budak sekolah even ko masuk The Mines atau KB Mall atau Star Parade. Ni kalau tak dibendung awal2 akibatnya memang teruklah, harap2 mak bapak controllah anak masing2 ya, cukup2lah aku tengok budak2 zaman sekarang yang dah rosak akhlak. Bukan semua, tapi masih ada dan tak pernah kurang. Sunway Pyramid pun kompem padat ngan famili2, dan semua port, semua tingkat kat air terjun Tekala@Gabai@mane2 pun mesti penuh kalau ko lambat. Ni semua kenyataan. True stories. Aku nak berhibur pon susah. Nasib baek tengah bulan. Leh saving sket.

Macamlah tulah Malaysia. Tipikal. Bukan cuti sekolah je, satu hari cuti umum pon kaw2 keluar. Kena hari pekerja 1 Mei tu, lagilah. Mak bapak anak semua cuti. Takpelah, bila lagi nak camtu kan. Harapnya silaturrahim dan hubungan sesame keluarga tu dapat kita ngamkan lagilah bila tiba waktu2 sebegini, insyaAllah.


p/s : Tempat2 futsal penuh jugak. Tu yang aku paling geram. HUH!

1 comment:

  1. ish. sampai ke sini pon nak masuk iklan jugak. lawak2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails