Selamat siang dan malam.
Lama sungguh tak menaip, hampir lupa juga yang aku pernah ada blog. Macam dulu, sekali mood dia datang empat@lima blog aku buat. Tapi kalau dah hilang selera, menaip pun berat je tangan..
well, whats new?
Daku dah kawin dah. Alhamdulillah selamat aku diijabkabulkan pada 30 Januari 2014, jam 9.55 malam. Pelik sikit, pukul 9 malam tu aku masih bujang trang-tang-tang, tup-tap lepas sejam aku dah jadi laki orang dah. Lepas sejam lagi, jadi apa pulak, bapak orang? Ish tu takdelah, melampau habis.
Tentang majlis perkahwinan, aku rase apa yang aku buat da cukup simple, cukup pada bajet dan berpandukan sunnah, bukannya bidaah. Aku buat majlis perkahwinan berdasarkan Islam, bukan Melayu. Tak perlu majlis besar2, tak perlu pelamin bagak macam geng2 keturunan raja kawin, tak perlu bersanding bertepung tawar berinai bagai - tak perlu. Sebab tu semua Melayu.
Perasan kan, kalau ada cuti apa2 - cuti raya ke, raya haji ke, deepavali ke, cuti sekolah ke, raya cina ke, tak kira apa2 musim perayaan sekalipun, pasti geng Melayu yang paling beriya. Bukan nak mengutuk, saje je nak bagitau. Kan?
Feeling lepas kawin?
Malam pertama? Memang la. Sape tak fikir benda tu. Tapi yang peliknya, pihak yang menegur kebanyakannya menekankan pengalaman malam pertama sahaja. Sikit2 je yang tgur mengingatkan aku tentang pertambahan tanggungjawab aku lepas 9.55 malam. Balik2 darah manis. Haish.
Tapi kawan, hikmah kawin ni besar. Ko boleh tengok siapa kawan2 ko yang sebenar-benarnya, ko boleh tengok persaudaraan antara kaum kerabat ko sebenarnya terjalin ke tidak, ko boleh perasan yang sebenarnya jiran2 ko nak menolong ke mengumpat, dan macam2. Maka terpulanglah pada kita sendiri untuk menafsirkan yang baik dan yang buruk. Sebab lepas2 ni kita bukan lagi si bujang @ si dara, tapi suami @ isteri orang.
Dan memang tak dinafikan, banyak hak2 kita sebelum kawin dulu akan dinafikan secara langsung. Contohnya futsal selepas pukul 10 malam memang jatuh hukum makruh@haram terus (bagi akulah), atau nak lepak dengan member2 tengah malam (especially dengan berlainan spesies), atau nak keluar shopping sampai RM400-500 one-shot. Banyak woo. Memang dem gile2. Isk.
Apapun, cuba pandang kehidupan selepas kahwin secara menyeluruh, dan insya Allah, kita akan nampak kenapa orang cakap kawin ni seronok. Bukan dari sesetengah aspek je, tapi secara menyeluruh.
p/s : Perlu ingat juga, kahwin bukan kekangan. Sendiri mau, sendiri tanggunglah. Kan?
No comments:
Post a Comment