alhamdulillah, dah sebulan lebih aku jadi laki orang. banyak benda yang berbeza, yang perlu diubah, yang perlu dikekalkan - semuanya untuk kesenangan masa depan. kalau mahukan perubahan tapi diri sendiri masih di takuk lama, itu bodoh namanya.
memetik ayat aku diatas, kaitkan dengan tajuk entri hari ni, ha bende tulah aku nak tulis sekarang. apa yang berbeza --> bentuk badan aku, yang perlu diubah --> bentuk badan aku yang terbaru, yang perlu dikekalkan --> bentuk badan lama aku. mari kita kupas sama2.
sebelum kahwin, bentuk badan aku normal, mungkin sedikit kurus - sedikit penampakan tulang rusuk dan saiz seluar (29-30) jadi bukti. selepas kahwin, aras perut aku lagi tinggi dari dada, tiada penampakan tulang rusuk dan aku mampu pakai seluar saiz 32. dan ini semua hanya SEBULAN selepas kahwin. menakjubkan bukan? kepala hotak.
kita boleh cari sendiri di internet kenapa mengapa dan bagaimana kita boleh jadi begitu selepas kahwin. secara ringkasnya, aku kecikkan skop pencarian punca kepada dua faktor utama ; saintifik dan gaya hidup.
saintifiknya :
- cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalam badan lelaki, yang membawa kepada kenaikan saiz seluar si suami yakni fenomena buncit.
- pengeluaran air mani yang meningkat (aktiviti seks selepas kahwin) bermakna jumlah hormon testoteron berkurangan dalam badan. kadar metabolisme badan pon akan turun menurun maka lemak/kalori dalam badan lebih susah dibakar. buat stock extra je dalam badan.
- lebihan hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan menyebabkan penghasilan2 otot juga berkurang.
- makan minum si suami terjaga bilamana ada kehadiran isteri. maka tabiat makan-kenyang-pastu-tido-riang pon diamalkanlah.
- tak perlu gusar sudah pasal market diri sendiri.
- dapat bini yang suka cuba resepi baru HARI2 dan tak berapa pandai bajet masak untuk si suami, asyik terlebih je. si suami pon senyum sampai ke telinga makan 3 pinggan je everytime.
- waktu senggang berkurang -- sibuk dengan bini dan anak2. dulu sebelum bujang hari minggu je futsal bola padang ragbi siang dan malam. lepas kawin futsal sekali dalam 2 bulan. kesian perut.
benda ni menyusahkan?
oh tidak. jangan fikir macam tu. nampak bangang.
kalau kita kuat makan lepas kahwin, pastikan kita pon kuat bersukan juga lepas kahwin. perlu ingat, definisi bersukan bukan hanya pada outdoor activities sahaja. skipping pon boleh apa, buat 20 minit sehari pon ok. jogging lagi la, dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak2 disamping membakar lemak.
bab makan tu, mintaklah bini masak makanan berkhasiat - banyak sayur, kurang lemak, kurang minyak, minum air masak, macam2 lagi. kalau suami dah mintak takkanlah bini nak tolak, lagi2 yang dimintaknya benda bagus.
ok cantek sangat. apa aku buat sekarang just minum air masak je - jogging pon tidak, futsal pon kurang, makan nak menambah je. brilliant. takpa2 esok masih ada. haha
p/s : bila nak stop rokok ni..
No comments:
Post a Comment