Sunday, July 11, 2010

B.O.L.A. – Buat Orang Lupa Allah

Aku jumpe kat Internet quote ni. Btol ke? Renung2 kan..

Selamat.. err.. entah. Aku pun tak tau nak kate ape. Heh. Ini mungkin sekali bahana lama tak blogging, pasti. Lame sangat dah aku tak blogging. Puncanya masih tak dapat dikenalpasti, tapi malas memang jadi faktor utama. Haha. Hidup aku sekarang pon bukannya sebagai seorang pelajar lagi. Ya. Aku sudah tamat belajar. Tunggu waktu grad saja om. Tidak ada sudah hidup sebagai seorang pemuzik, hidup sebagai seorang pemain futsal tegar. Pokoknya aku harus mencari matlamatnya, ya, aku patut mulakan usaha mencari untuk apakah aku hidup skang. Pendek kata, aku nak keje ape lepas ni? Ada cadangan?

Tenggelam timbul, turun naik, sebenarnye da banyak sangat benda yang jadi kat aku. Kalau nak cerita tu sah2 takleh buat dalam satu entry je. Naek bosan korang. Dari hal cari keje, hal kene tuduh mencuri, Piala Dunia 2010 ni lagi, macam2. Haha. Tapi aku rase baek aku bagi pendapat aku tentang Piala Dunia 2010 kat South Africa ni dulu. Sebab ade le sorang due kawan aku sound, blog ko tu dah besawang da, update a sket.. Prihatin tol. Mengalahkan aku. Apa2 pon, terima kasih genk. Takpe aku tak marahnye ko skodeng blog aku. Heh..

So, sape tgk final smalam? (AKU3X!!!)

Haha. Netherland VS Spain – Iniesta jadi hero lagi. Walaupun menang dengan kelebihan satu gol saje, namun kemenangan ni sebenarnya cukup untuk melakar satu sejarah penting dalam bola sepak Sepanyol kerana setelah bertahun dikecewakan, akhirnya mereka berjaya menempatkan satu bintang di logo negara mereka. Ya, satu bintang untuk satu kejuaraan Piala Dunia. Gempak beb! Dan ternyata di sini Belanda hanya mampu menjadi penggamat suasana Piala Dunia sahaja, hakikatnya termasuk tahun ni da 3x depa tak menang2 kat final Piala Dunia. Oranje lah sangat, Matador gak gempak!

Rating match?

Bese2 je, kate orang Ganu 'atah tong' – maksudnya boleh tahanlah. Sebab? Match semalam memang sengit, walaupon gol Iniesta tu hadir pada minit ke 116, tapi bagi aku match tu sengit, penuh dengan foul, yellow-card die macam unlimited – nak bagi bagi je, dan tak berhenti counter-attack. Pada hemat aku yang tak hensem ni, kad yang banyak dalam sesuatu match menandakan referee tu tak best sangat, tapi berdasarkan gaya permainan Belanda yang memang cibai semalam, memang aku bersetuju, walaupun bukan semua, dengan keputusan Howard Webb, pengadil botak penuh kontroversi dari England ni. (England mane weh?? HAHA) Belanda memang men kasar kaw-piaw semalam, de Jong tendang Alonso stail Eric Cantona pon leh dapat kad kuning je. Bukan tendang stail Eric Deco kat TV tuh, ni memang deserved sangat red card. Tapi akhirnya dapat yellow je, misteri dowh. van Bommel pon patut da lame da kuar padang, faul die sikit punye banyak, mau patah kaki Iniesta tu ditendangnya. Tapi untuk fan-fan Belanda, aku tak berat sebelah. Aku taw, Iniesta memang patut dapat kad merah sebab tolak balik van Bommel time ET. Yang kes Robben dengan penaltinye tuh, die memang tak patut dapat penalty, sebab die ade gak pijak Casillas time tuh. Tapi Belanda sepatutnye dapat a free-kick satu berdasarkan cara Puyol menggomol Robben sebelum tu. Da aku rase Heitinga memang masuk perangkan Iniesta, die tarik sket je Iniesta (kot), tapi kantoi plak. Walk away a jawabnye. Cill a guys, nak buat cemane, refereenya tak lain tak bukan Howard Webb. Memang Howard Webb. Aku memang cukup anti a die ni, kalau sape fan Man Utd taw a. Heh..

Tapi fan-fan Piala Dunia ni style. Macam2 perangai ada. Member aku frust Paraguay tak leh g final, katenye tak dapat tgk Paraguay No.1 Fan Larissa Riquelme stripped. Adoiyai, jangan risau genk, aku terbace die still nak strip jugak. So alert2 sket lah. Haha.

Spiderman berlambak2. Ke Invisible Man?


Macam2 ada. Takyah amek Torres, Lampard ngan Messi jadi icon. Ni paling ses-wai.



Hai sape la tak nak pegi tengok kalau stadium penuh dengan model2 camni bai…



Tu dia Larissa… Die melalak, korang terbeliak! Kan?


p/s : Tido tak tentu time Piala Dunia. Apa2 pon, aku da hapdete blog! Haiyakk!!

2 comments:

  1. salam

    lama tk menulis bro?

    aku nk klik like yg part tajuk tu...hahaha

    ReplyDelete
  2. wsalam.
    aah -- rindu haha
    well banyak sngat benda jadi, ikut a blog kl nak taw. tactic2.
    btw its really great to have some1 followin ur blog even da BERABAD gle tak hapdete.
    thank you!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails