Friday, December 23, 2011
Mukabuku
Salam. Syukurlah aku larat lagi nak mengemaskini blog ni. Syukur.
Satu soalan mukadimah, bagaimana rasanya andai tak bertemu kekasih hati dalam tempoh yang lama (bukan untuk yang long-distance relationship lah) ? Rindu amatkah? Dan bagaimana pula kalau kita dapat berjumpa dengan rakan lama -- katakan sekurang2nya 10 tahun terpisah? Bagi aku, bukan rindu yang jadi jawapan untuk soalan kedua, tapi keutamaan aku memang jatuh pada perjumpaan kedua tu dulu. Rela aku korbankan masa untuk berjumpa si dia semata2 untuk bertemu rakan itu. Pada akulah.
Dan Tuhan Maha Pengasih. Aku berkesempatan bertemu seorang rakan lama, 15 tahun jarak kami terpisah. Dan semuanya bermula dari Facebook. Inilah jawapannya bila ada yang bertanya apakah kepentingan Facebook. Terima kasih Mark Zuckerberg. Haha.
Perjumpaan itu sudah pasti bukannya berakhir dalam satu jam sahaja. Alhamdulillah, kami berdua masih sihat, masih kenal kaum keluarga masing2, dan paling penting, teruja untuk bertemu. 15 tahun cukup besar jumlahnya, tapi kami tak banyak berubah. Masih begitu dan masih begini.
Facebook bukan sesuatu yang buruk. Setahu aku, benda2 social sebegitu -- Facebook, Twitter, Foursquare, Myspace demi kepentingan yang positif. Aku konfem bab tu. Tapi kitalah yang menyalahgunakannya. Dan aku konfem jugak perihal statement kedua tu. Yakin dan pasti.
Gunakan otak untuk sesuatu yang berguna. Sudu pun boleh membunuh sebenarnya, sedangkan tujuan asalnya hanyalah dicipta untuk memudahkan kita makan. Macam2.
p/s : Facebook lagi. Baru jumpa satu member lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment