Tuesday, March 6, 2012

Lawak Ke Der


lawak ke der punya poster

Sejak 4 5 tahun yang lepas, aku rasa wajarlah untuk dinyatakan disini bahawa program realiti televisyen a.k.a. AF, Mentor dan sebagainya mula memonopoli carta faveret Malaysian. Memang betul. Sangat betul. Dan apa yang betul tidak ada yang salah melainkan betul belaka ialah semua tu jadi karut@turun pangkat apabila program realiti televisyen berkisarkan lawak dan komedi hadir. Kan? Program Raja Lawak sedikit demi sedikit telah berjaya menyesarkan program2 realiti laen. Syabash beti.

Serentak dengan itu, bermulalah pembanjiran program realiti lawak sebegini dalam Malaysia. Dari Raja Lawak pegi ke Maharaja Lawak. Pegi lagi ke Maharaja Lawak Mega (kureng). Muncul Jozan Show. Rancangan Nabil tu -- Lu Pikirlah Sendiri, siap dengan filem lagi, tapi fail habis. Spoil bak kata Adnan Sempit. Selebriti2 dari rancangan sebegini juga tidak kurang popularnya, mungkin lebih popular dari bintang2 AF. Syabash syabash. I loike.

Gahnya sambutan Malaysian terhadap program lawak dapat kita sendiri saksikan, apabila persembahan2 lawak sempoi lagi selambe ini diadakan di Istana Budaya. Memang....umph. Aura Istana Budaya ni memang pedas, populariti kita tu umpama didarab dua andainya pentasnya sudah kita jejaki. Dan untuk program Lawak Ke Der, lokasi persembahan ini adalah yang terbaek aku rasa. Ini kerana Lawak Ke Der ini dibintangi sendiri oleh nama2 besar dalam industri komedi tanah air -- Zizan dan Johan, Harith Iskandar, Afdlin Shauki dan lain2 lagi. Ngam sangat. umph.

Ringkasnya, persembahan Lawak Ke Der ni diadakan di Istana Budaya sekitar 3hb sehingga 12hb Februari 2012. Reaksinya sangat positif. Sangat. Aku sebenarnya baru sahaja hari ini tengok persembahan tersebut (Youtube a mane lagi) sorang2, tetapi jujurnya aku yakin bahawa sesiapapun tetap akan terus tergelak setiap kali video tu dimainkan. Kecuali jikalau seseorang tu dah tengok hampir beratus kali memanglah boring, tu aku confirm jugak. Dan tak syoklah kalau aku spoilkan video tersebut, sesiapa yang mahu lagi banyak tengok sendirilah. Dan kalau korang dah tengok pun silalah tengok lagi. Tak salah kalau nk gelak lagi, cuma gelak tu berpada2lah, jangan sampai mengganggu ketenteraman orang len. Kan?

Kat sini aku hanya sertakan video2 yang bagi aku layan. Nak lagi bukaklah Youtube sendiri. Pandaikan?


intro pun da sakit perut.


Jozan part 1.


Jozan part 2.


Jozan part 3.


Harith Iskandar part 1.


Harith Iskandar part 2. Salute habis.



p/s : Macam ketinggalan plak, lewat sebulan.

2 comments:

  1. salam brader

    lawak2 Malaysia makin bagus. bagi aku bukan sebab pelawak ni tak lawak tapi tak diberi peluang cam Os dan Abon.

    cukup2la program nyanyian yang lahirkan artis megi kembang. last2 jadi pelakon kayu yang hilang lepas belakon satu dua drama ataupun jadi cover mangga je dok menggigil dalam kolam..

    melawak ni susah.
    kadang dah prepare lawak tapi bila "live" jadi tak lawak.


    tabik spring sama otai2 lawak semua.

    ReplyDelete
  2. wsalam.

    Memang. Melawak sebenarnya jauh lagi susah dari menyanyi. Tu bukan auta, tu fakta.

    Artis "megi kembang" memang dah berpeleseran dah dalam negara. Bukan stakat tu, baju pon nak "kembang".

    Sadis2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails