Friday, May 24, 2013

"...tapi itu banyak seksi.."

Bertudung itu indah. Dari sebuah artikel yang aku baca dari FB, bertudung tu berfaedah. Kerana:

#memelihara wajah2 yang cantik dan melindungi mereka dari ancaman rogol dan seumpamanya.
#memelihara wajah2 yang kurang cantik@berjerawat@cacat, dan melindungi diri mereka dari cacian dan ejekan.
#satu ibadah sebenarnya bagi wanita, express-and-free way to earn easy pahala.

Pernah aku bersembang dengan satu pekerja bangla dan myammar di kilang dulu, perihal orang bertudung. Persepsi mereka sudah cukup mencerminkan betapa bertudung ni bagus. Bagi mereka, bertudung ni memberikan satu tanggapan bahawa wanita tersebut "baik". Mereka kurang menyakat wanita bertudung dan sesetengahnya boleh menghormati golongan2 sebegini. Eloklah beginikan?

Tapi tu DULU. Bukan sekarang.

Kalaulah bertudung tu "baik", maka yang tak bertudung? "kurang baik" @ "jahat", katanya.

Aku tembakkan lagi soalan; " kalau pakai tudung tapi seluar jean ketat, baju nampak ketiak ngan tali bra?"

"itu banyak seksi woo..baekkkkk punya.."

Perhatikan perbezaannya. "baik" dan "baekkkk". Nampak?

Nak ajak berfikir, bukannya nak mengutuk. Tak salah kan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails