Saturday, January 30, 2010

saemsaem

Saem = kawan. Maaflah kalau tak paham. Bukan aku nak bagitau aku orang Kelantan, tapi aku cume nak tambahkan pengetahuan bagi sape2 yang tak tahu je. Tak salah, kan?


Kawan @ saem @ member @ ape saje yang ko panggil, sebenarnye kompleks. Sangat kompleks. Bile ko da lame hidup dan lame berkawan, ko tau la ape maksud aku.


Ade member yang boleh merajuk berminggu2 walaupun sebabnye terlalu kecil, tak kira laki atau pompuan.

Ade member yang hipokrit, member ajak takleh, awek ajak die boleh ajak plak member yang ajak awal2 tadi.

Ade member yang bising kalau makan tak ajak, tapi kalau die makan sorang die tak ajak pon.

Ade member yang asyik tak puas hati, tapi tak penah bagitau pon.

Ade member yang cakap lebat, tapi buatnye tak lebat pon.

Ade member yang selalu kutuk blakang, tapi die sendiri pon same.


Tu pasal mak aku cakap, len orang len perangai. Tak boleh layan sume orang macam care kite layan. Ade orang puas ati, ade orang tak.

Betul2.

Tapi, kalau korang pusing camne pon, bagi aku, kalau korang member, korang tetap member. Bukannye aku cakap lebat, tapi member a tempat kite mintak tolong kalau mak ayah takde. Kekadang ade yang sanggup bergantung kat member daripada bergantung kat mak ayah, dan contoh yang aku boleh bagi adalah orang yang sangat rapat ngan aku, kalau korang tak caye lah..



p/s : cari member gune rokok. haha jadi kot.



Wednesday, January 27, 2010

Kuasa Facebook Bukan Mainan


Diharapkan segelintir (harap2lah) daripada sesiapa pun yang membaca artikel ini tahu mengenai kewujudan sebuah majalah muzik yang tak asing lagi bagi pemuzik2 Malaysia - ROTTW. Banyak perkembangan muzik tanah air, kritikan2 yang sedap dibaca (bukan hipokrit maksud aku) disalurkan melalui ROTTW. Dan bersembang mengenai ROTTW, ada satu segmen di dalamnya yang aku sangat fancy, dikenali sebagai segmen "Tumbok Rusok". Bunyinya agak pelik, mungkin menakutkan bagi sesetengah kaum pondan, tapi bagi aku ia satu segmen yang selalu mencoretkan senario yang jujur dalam industri muzik, tak kira dalam atau luar, kebanyakannya dalam. Dan isu pada bulan ni sangat2 menarik minat aku - the power of SPAMMING.


Aku tak beranggapan bahawa rakyat Malaysia hari ni terlalu bebal/bodoh. Golongan2 sengal seperti mereka yang menggayakan fesyen tudung beserta baju Baby-T dan seluar sendat sememangnya masih berpeleseran sehingga ke hari ini, tetapi aku rasa tak wujud golongan yang terlalu buta IT sehinggakan terma "spamming" tu masih mengelirukan bagi mereka. Dan aku juga tak tahu bape ramai yang kenal Simon Cowell, tapi kepade sesiapa yang tak mengenali mamat omputih nih, die ni sebenarnye salah satu pengkritik musik serta mastermind program realiti TV popular di UK (Britain Got Talent, X Factor dll). Tapi untuk kebenaran, sebenarnya ramai yang tak berapa menggemari Simon ni. Aku pun termasuk -HAHA. Sehinggakan ada yang sanggup membuat satu pakatan di Facebook untuk mengajak komuniti2 online untuk memuat turun lagu Race Against The Machine supaya tiada lagi lagu buatan Simon berkumandang ketika Krismas. Dan berjaya pulak tu!!!

Point aku sebenarnya belum bermula pun lagi. haha. Artikel ni sebenarnya lebih menjurus kepada penggunaan Facebook untuk meraih kuasa/undi bagi menyokong buah fikiran sesetengah komuniti. Bukan satu je contoh yang boleh aku berikan berkenaan fenomena ni, tapi banyak. Komuniti bencikan Fasha Sandha yang telah mencecah angka 40,000 ahli tidak pernah berkurang, bahkan bertambah2 dari hari ke hari. Memang pon. Aku pon menyampah. Komuniti G.E.M.U.K. - Gagasan Excited Man United Kalah pon ade!! Lagi satu contoh, kalau korang ada add artis2 malaysia ataupun mana2 personaliti tv, model k hape k, kalau korang perasan lah, semuanya pernah cuba meraih undi melalui Facebook. Program bersama slot2 TV seperti MHI @ Nona pon diajaknya tengok semata2 dia ade di situ. Memang betul cakap segelintir member aku, nak jadi artis sekarang bukannya susah. Ade rupa, ada pakej, ada duit, tahu bagaimana nak menggunakan hype2 di Internet untuk melebarkan sayap mereka, dah cukup! Kan?

Fikirlah sendiri, kenapa artis2 Malaysia sendiri pun tak segan silu mengutuk industri muzik tanah air mereka. Bukan semuanya betul, namun bukan semuanya tak berasas.




p/s : Bak kata pepatah dari kumpulan Mamu - "Facebook ada Farmville."

Sunday, January 24, 2010

Nasib Badan Tak Sepadan..

Orang cakap, "kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya". Betol. Sangat wajar untuk berbicara demikian. Sebab aku baru je kene macam tu. Disebabkan exam, semue aktiviti aku tertunggak; jamming, futsal, mcm2 lah. Yelah len a kalau aku ni genius nak mampus boleh a buat bodoh je kalau exam nak dekat. Jadi plan untuk celebrate lepas exam tu berlambak2 a. Nak buat ni, nak buat tu. Naek kematu kepale, baru planning. Rase sengal lak. Haha. Dah a uni aku bagi cuti memang btol2 sehari a, last exam hari Sabtu, pastu Isnin stat kelas. Ahad je cuti. Nak nangis pon ade, bile check cuti sehari je. Nasib2. Pepehal pon, kasi exam habes dulu..

Belum pon sempat abes exam, aku da rase da plek smacam je. Kuat bersin, itu pon jadi time last paper tu. Da a susah last paper tu, ngan aku rase tak sedap badan lak, memang aku da pikir satu kemungkinan je. DEMAM. Bukan nak doa ape, tapi memang aku demam pastu! Ya Allah! Ape yang aku da buat ni... Ni mesti ade sesape dalam bilik exam yang sebarkan virus ni.. Entah2 lecturer tu kot yang jalan2 buat inspection, sambil2 sebar virus. Jahat dowh aku. Har har.

So that`s it. Aku? Demam. Enjoy? Haram. Ape yang aku buat semalam, (hari ni aku dah sembuh lah! Otai2!!) pakai baju 4 lapis, dengan kain pelikat, dengan selimut, tutup sumber pencahayaan dan angin, tutup pintu bilik, da siap da pon keranda penyembuhan aku. Wahaha. Dari pagi Ahad smpi malam semalam aku buat begitu, campur dengan aktiviti jogging untuk mengeluarkan peluh, terima kasih kepada Shafiq kerana teman dan belanja air limau suam. Thank you! Sauna buatan sendiri memang terbaek untuk aku sembuhkan demam. Alhamdulillah, aku berhasil menyembuhkan demam aku dengan kadar yang pantas (dan seterusnye menulis artikel ini). Selamat mencube ye.

Nak g kelas malas betol a... Tapi aku da bayar yuran. Kesian kat MARA, bayar penat2 tapi aku tak pegi. So kene pegi a. Alah, nanti kene bayar balik gak.. Haha. Babai.


p/s : Layan GUITAR PRO dulu sebelum g kelas!!

Sunday, January 17, 2010

Penangan ExaM!!

Korang suke exam? Haha - Sape suke exam bai? Budak2 nerd boleh a cakap lebat. Ade chance nak kene sebat a kalau bising2 camtu. Pergh. Tapi tengok tabiat budak2 studi memacam (bahase pe ni??!) ragam ade. Macam ni a macam tu a. Yang stay-up berjaga mata ada. Cakap pepagi ni tenang, sedap studi. Pastu lelap 10 - 20 minit sebelum subuh. Lahabau. Bek tunggu subuh dulu. Islam sungguh kawan aku. Yang cakap nak tido awai nak bangun awai esok pon banyak. Cakap berapi2, tengok2 bangun lagi lambat dari aku yang stay-up. Nak buat cemane, usahkan simbah air, simbah api pon tak tentu bangun lagi. Lagi2 kalau tengahari hujan. Pergh. Rase macam studi tu lagha je. Rase cam meje studi tu diperbuat dari tilam, bantal, selimut serta kipas lantai je. Hak2.

2 bende yang aku nyesal minggu ni:
  • Aku tengok Chelsea menang 7-2 tu, tapi boleh tetido time Man Utd score. Apekah exam telah menjadikan aku seorang fan the BLues??
  • Asal Caca (gambar) tak tersingkir minggu ni dari Raja LAwak? Kenape JD?


p/s : mate bengkak, pecah kepale otak, result tak gempak2 gak. bek botak.

Monday, January 11, 2010

Bakar Masjid???

Korang semue mesti taw kes serang-bakar yang tengah jadi isu panas di Malaysia skang. Isu yang aku rase korang semue termasuk student2 yang tak usik paper atau tengok TV patut ambil tahu sebenarnye. Sebab isu ini secara tak langsungnye mendedahkan mentaliti rakyat Malaysia skang. Aku taw, mesti ade orang yang pikir, mungkin masjid akan jadi sasaran plak lepas ni. Kalau jadi btol, aku kompem lah ade rakyat Malaysia yang sepatutnye kene buang negara. Serius!

Semalam aku terbace artikel yang diposkan oleh sifu gitar aku, Julian. Aku rase korang patut bace artikelnye (and i am promoting it) ---> klik sini. Termenung aku bace artikel tu. Terharu. Hiba. Aku bukannye bekas tok imam ataupun bilal surau MRSM aku dl, ternyata ilmu agama aku tak de a tinggi sangat, tak bangge langsung pon haha. Jadi aku taknak cite a pasal hukum pe suma tu kat sini. Yang aku nk highlightkan kat sini, hubungan sesama Malaysian. Skang ni da ade golongan anti-Christian atau anti-Muslim kat Malaysia? Aku harap takde. Serius aku harap takde. Sebab berdasarkan member aku -- "I am a Muslim and Islam doesnt teach me not to be friend with people from other religion". Betol. In fact, aku sendri blaja gitar dengan Julian, and obviously die bukannye Muslim. Aku men futsal ngan sume jenis kaum. Aku tak nampak langsung mane silapnye. Die jatuh aku tolong. Dan aku jatuh, die tolong balik. "Die" tu boleh jadi sape2, selagi mane die anggap aku kawan, selagi tu aku akan tolong. PERGH!!

Kepada kawan2 sahabat taulan, jangan a jadikan isu ni satu penghalang untuk berkawan. Tolong a. Onegaishimasu.


p/s : Great article by Julian. Bravo2!

Thursday, January 7, 2010

Nota-nota ku sayang

Exam tinggal kurang seploh ari je lagi. aku siap leh update blog. haha. bangun awal2 pon bukannye reti nak studi terus. layan sangat awek ko tu. men lagu tu, men lagu ni. tukar tune lak. mampos. sedar2 nak semayang jumaat da. bagus a ko ni arip.

Semenyih panas skang. pergh. petang2 lepas makan tu kl lepak dalam bilik alamatnye tetidor a tu. peratusan untuk tertido amat tinggi, mungkin lebih 50%.bantal selimut jadi pujaan. pastu ade ati nak tido awal malam.ape yang ko studi hari ni wahai pelajar??

Kepada sesiapa yang bace entry ni, terima kasih kerana sudi dengar repekan hambe. hoho. munkin anda sedang memaki hambe, tapi seperti yang hambe katekan tadi. hambe merepek je. dan hambe yakin bukan hambe sorg je yang berbuat begitu di blog. berjuta2. hambe join da club je.


p/s : roti celup tlor pon sodap.

Sunday, January 3, 2010

Peningkatan Atau Pendedahan?


Selamat tahun baru kepada semua rakan taulan yang mengenali hambe. Moga2 tahun 2010 ni bakal menjadikan diri kite lagi bagoos dari tahun lepas, insyallah. Hambe pon da kene stat studi ni. Exam belakang punggung je. Jadi tak sedap duduk lak.

Tahun 2010 banyak kontroversi, banyak isu. Banyak isu yang mengiringi 2010, buruk2 semue. Sambutan tahun baru kalau ditonton di kaca televisyen pasti nampak meriah. Ya meriah - bunga api lagi, konsert lagi. Cukup happening. Tengok SMS member2: " weh asal tak turun? gempak dowh sini!!" - diorang memang layan. Nak lagi layan? tengok berite utama tv3 (maaf aku layan tv3 je, berita diorang terkini dan cukup mutakhir walaupun pro-UMNO) tarikh 01.01.10 tuh. Baru ko tau meriah ke tak meriah. Lebih 100 pasangan dicekup gara2 overdose meraikan tahun baru. Yang sampai nak terjun bangunan nak lari dari JAIS pon ada. Melayu sekarang cukup berani. Kalah bangsa lain. 1Malaysia kot - hampeh. Tu yang pakcik aku cakap, tahun baru ni bagus. Penanda tepat tentang tabiat remaja Malaysia - terutamanya Melayu. Aku bukan anti-Melayu, cuma hiba sedikit.

Sape sokong 1Malaysia? Sape? Maaflah. Kawan2 hambe semue kutuk konsep tu, termasuk hambe. Sebab? Sebab konsep tu sebenarnye da cukup lapuk da - yakni konsep perpaduan. Bertahun SEMUE PM kita cube semai konsep tu. Tapi bila najib amek alih, keluar a 1Malaysia - konsep yang dibesarkan2 tapi smue orang taw. Macam nak name je, so bile generasi mude bace balik buku sejarah nanti ada a die tulis sape yang asaskan 1Malaysia - tu pun kalau diorang bace buku sejarah a, hambe tengok merempit siang malam je. Gila politik hambe hari ni. wah wah.

Budget 2010 teruk. Tu yang aku dengar dari jiran2 umah aku. Katenye gula naek harga 20sen. Roti naek harga gak. PERMATA - di bawah kelolaan rosmah,organisasi hambe sendiri pon tak jelas organisasi ape ni, tapi dengarnya peruntukan untuknya adalah 100 juta. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" - satu lagi konsep yang entah ape2 entah.

Hambe seakan2 da hilang sentuhan musik. Masih bermain musik lagi, ligat jugaklah. Tapi hambe banyak terlepas gig2 besar. Rock The World 9 baru2 ni pon tak pergi. Saosin dan Paramore datang Asia, tapi aisey tiket same mahal cam budget 2 minggu makan hambe. Rugi a kalau pegi. Nak menangis pon ade dowh.


p/s : tahun baru - aras penunjuk hari kiamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails