Sunday, January 24, 2010

Nasib Badan Tak Sepadan..

Orang cakap, "kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya". Betol. Sangat wajar untuk berbicara demikian. Sebab aku baru je kene macam tu. Disebabkan exam, semue aktiviti aku tertunggak; jamming, futsal, mcm2 lah. Yelah len a kalau aku ni genius nak mampus boleh a buat bodoh je kalau exam nak dekat. Jadi plan untuk celebrate lepas exam tu berlambak2 a. Nak buat ni, nak buat tu. Naek kematu kepale, baru planning. Rase sengal lak. Haha. Dah a uni aku bagi cuti memang btol2 sehari a, last exam hari Sabtu, pastu Isnin stat kelas. Ahad je cuti. Nak nangis pon ade, bile check cuti sehari je. Nasib2. Pepehal pon, kasi exam habes dulu..

Belum pon sempat abes exam, aku da rase da plek smacam je. Kuat bersin, itu pon jadi time last paper tu. Da a susah last paper tu, ngan aku rase tak sedap badan lak, memang aku da pikir satu kemungkinan je. DEMAM. Bukan nak doa ape, tapi memang aku demam pastu! Ya Allah! Ape yang aku da buat ni... Ni mesti ade sesape dalam bilik exam yang sebarkan virus ni.. Entah2 lecturer tu kot yang jalan2 buat inspection, sambil2 sebar virus. Jahat dowh aku. Har har.

So that`s it. Aku? Demam. Enjoy? Haram. Ape yang aku buat semalam, (hari ni aku dah sembuh lah! Otai2!!) pakai baju 4 lapis, dengan kain pelikat, dengan selimut, tutup sumber pencahayaan dan angin, tutup pintu bilik, da siap da pon keranda penyembuhan aku. Wahaha. Dari pagi Ahad smpi malam semalam aku buat begitu, campur dengan aktiviti jogging untuk mengeluarkan peluh, terima kasih kepada Shafiq kerana teman dan belanja air limau suam. Thank you! Sauna buatan sendiri memang terbaek untuk aku sembuhkan demam. Alhamdulillah, aku berhasil menyembuhkan demam aku dengan kadar yang pantas (dan seterusnye menulis artikel ini). Selamat mencube ye.

Nak g kelas malas betol a... Tapi aku da bayar yuran. Kesian kat MARA, bayar penat2 tapi aku tak pegi. So kene pegi a. Alah, nanti kene bayar balik gak.. Haha. Babai.


p/s : Layan GUITAR PRO dulu sebelum g kelas!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails