Tuesday, April 9, 2013

Upacara mengangkat diri sendiri

Ok macam mana kita nak mengenal pasti bahawa sesungguhnya kita telah dinaikkan pangkat? Adakah bila kita selalu dipanggil untuk bermesyuarat sampai 2@3 jam? Tak. Adakah bila kita sudah diberi tanggungjawab yang besar maka dengan secara langsungnya kita adalah dari golongan yang berstatus besar sudah? Tidak juga.

Bagi aku, bila kita diappraised personally, being incremented personally by the bos itself, or publicly informed in a meeting@gathering, thats when kita betul2 naik pangkat. Not when u r in situation mentioned earlier.

Camon la. Respect people as they do towards you. Jangan perasan lebih2. Tak bermakna ko rapat ngan bos ko power. Tak bermakna bos asyik sembang ngan ko ko terus dapat free authority. And tak bermakna ko rapat ngan bos suddenly u know everything.

Jangan buat orang menyampah ngan kita. Bila kita bekerja dalam satu team memang ad ketua dan memang ad pekerja. Tapi perasaan hormat jangan buang. Simpan btul2.

Dan sebetulnya, lepas dua tahun setengah aku bekerja, kalau kita tahu segalanya tentang apa yang kita mahu orang buat, perasaan hormat tu akan timbul sendiri. Respect is to gain. Dont force it.

Sendiri mau ingat. Mulut mau jaga. Terlajak perahu bisa diundur, terlajak kata APTB.

Saturday, April 6, 2013

Kebenaran dibogelkan

Pernah korang disapa pakcik@makcik tua menjual keropok? Atau pakcik@makcik buta jual tisu? Atau korang pernah nampak mereka menyapa orang len dan bukannya korang?

Well, did u guys buy that thing? Boleh pakai diorang ni ke?

Ad orang yang beli, ad orang yang just bagi duit tanda simpati, ada yang just angkat tangan - "xpe2..", dan ADA YANG BUAT TAK TAHU JE. Betul, ni smua karenah manusia, tak siapa yang memaksa. Tapi pernah tak kita terfikir mereka dipaksa untuk berbuat begitu, bukannya rela?

Sama kes dengan adik2 kecik yang jual buku agama sampai 2 3 pagi kat stesen minyak.

Why I bother bout this? Kerana kali ini kebenarannya dibogelkan. Aku dapat tengok jawapan persoalan aku di atas secara langsung.

Alkisahnya minggu lalu aku bawak buah hati aku ke Bank Islam seksyen 18 Shah Alam, kira2 pukul 11pm lah. Sementara menunggu dia membuat urusan di bank, aku ternampak kelibat seorang pakcik menunggu di depan bank bersama beberapa bungkusan kerepek. Cukup tua, aku agaklah, ni bukan pakcik ni tapi dah sampai pangkat datuk. Still menjual kerepek diumur begini, kompem sedih tengok. Pukul 11pm still tunggu depan bank, aku da stat pikir pelik dah. Takkanlah sindiket..

Tak berapa lama kemudian, datang satu van putih. Dalamnya semua warga emas. Dan pakcik tadi bingkas bangun, tapi melihat betapa bongkoknya dia, aku sendiri  nak stop engine kereta kejap dan pegi tolong dia. Bila masuk je van, seorang lelaki terus meminta duit dari pakcik tadi. Dan semuanya dah terjawab. Ini semua sindiket. Ini semua realiti. Sumpah aku mengucap panjang lepas van tu pergi.

Persoalannya, korang rasa wajar tak korang beli apa yang dijajakan oleh mereka selama ini? Dan atas dasar apa kita beli?

Terkejut, sedih, marah, semua ada.

Wednesday, April 3, 2013

Seronoknya pi pasar malam!

Seronoknya pi pasar malam. Boleh tengok makcik2 pakai legging tunjuk lemak. Ingatkan ayam je yang belemak. Siap boleh belaga lagi. Ui seghonoknye.

Seronoknye pi pasar malam. Boleh jalan sekejap berenti lame. Tak payah pikir orang belakang nak jalan ke nak celah ke. Boleh la aku habiskan laksa yang aku beli tadi tu on-the-spot. Ui seghonoknye.

Seronoknye pi pasar malam. Bukan boleh dapat harga baju kain seluar dengan harga lebih murah, bahkan dapat tempias air liur geng2 penjual pasar malam. Bukan senang nk dpt. Ui seghonoknye.

Puii..seghonok ape. Tak agak2 langsung.

Tuesday, April 2, 2013

Dua tahun untuk satu keputusan. Berbaloikah?

Membuat sesuatu keputusan bukannya mudah. Satu keputusan yang bagus memerlukan perincian dan pemerhatian dari segala sudut kemungkinan. Satu keputusan yang bagus juga perlu mengambil kira pendapat dan pandangan dari pihak yang berbeza. Barulah hasilnya boleh diterima pakai.

Selepas dua tahun berlalu, akhirnya aku bersedia untuk bertukar kerja. Mengapa dua tahun? Banyak alasannya. Salah satunya perasaan curiga aku sendiri. Dalam tempoh tersebut, aku tahu sebaik2nya tentang potensi sebenar, kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Selebihnya disebabkan keadaan. Aku memang tak mampu untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Tak sanggup aku untuk lari dan membiarkan penggaji aku terkontang kanting bersusah payah. Tak syok.

Tapi lari jugak kan?

Ye, sebab tulah aku bilang membuat keputusan bukannya mudah. Bekerja untuk siapa? Diri sendiri? Duit? Nak kawin cepat? Jawapan paling ideal bagi aku ialah untuk mak ayah aku. Jasa dioranglah yang paling susah untuk dibalas, oh maaf, memang tak dapat dibalas. Dan sesungguhnya keputusan untuk bertukar kerja ni memang berkait rapat dengan perancangan masa depan untuk mereka, dan aku juga.

Bos aku pernah cakap, "Degree is just an access. Ultimately, you are the one who decide your future." Memang tepat.

I am using my degree to access a better future. Whether its worth or not, I have to gamble. Life's a risk, isn't?

Dan jangan lupakan sejarah. Sejarah mencorakkan kita hari ini, dan melupakannya pasti boleh memutihkan kita semula. Pasti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails