Tuesday, April 2, 2013

Dua tahun untuk satu keputusan. Berbaloikah?

Membuat sesuatu keputusan bukannya mudah. Satu keputusan yang bagus memerlukan perincian dan pemerhatian dari segala sudut kemungkinan. Satu keputusan yang bagus juga perlu mengambil kira pendapat dan pandangan dari pihak yang berbeza. Barulah hasilnya boleh diterima pakai.

Selepas dua tahun berlalu, akhirnya aku bersedia untuk bertukar kerja. Mengapa dua tahun? Banyak alasannya. Salah satunya perasaan curiga aku sendiri. Dalam tempoh tersebut, aku tahu sebaik2nya tentang potensi sebenar, kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Selebihnya disebabkan keadaan. Aku memang tak mampu untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Tak sanggup aku untuk lari dan membiarkan penggaji aku terkontang kanting bersusah payah. Tak syok.

Tapi lari jugak kan?

Ye, sebab tulah aku bilang membuat keputusan bukannya mudah. Bekerja untuk siapa? Diri sendiri? Duit? Nak kawin cepat? Jawapan paling ideal bagi aku ialah untuk mak ayah aku. Jasa dioranglah yang paling susah untuk dibalas, oh maaf, memang tak dapat dibalas. Dan sesungguhnya keputusan untuk bertukar kerja ni memang berkait rapat dengan perancangan masa depan untuk mereka, dan aku juga.

Bos aku pernah cakap, "Degree is just an access. Ultimately, you are the one who decide your future." Memang tepat.

I am using my degree to access a better future. Whether its worth or not, I have to gamble. Life's a risk, isn't?

Dan jangan lupakan sejarah. Sejarah mencorakkan kita hari ini, dan melupakannya pasti boleh memutihkan kita semula. Pasti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails