Saturday, April 6, 2013

Kebenaran dibogelkan

Pernah korang disapa pakcik@makcik tua menjual keropok? Atau pakcik@makcik buta jual tisu? Atau korang pernah nampak mereka menyapa orang len dan bukannya korang?

Well, did u guys buy that thing? Boleh pakai diorang ni ke?

Ad orang yang beli, ad orang yang just bagi duit tanda simpati, ada yang just angkat tangan - "xpe2..", dan ADA YANG BUAT TAK TAHU JE. Betul, ni smua karenah manusia, tak siapa yang memaksa. Tapi pernah tak kita terfikir mereka dipaksa untuk berbuat begitu, bukannya rela?

Sama kes dengan adik2 kecik yang jual buku agama sampai 2 3 pagi kat stesen minyak.

Why I bother bout this? Kerana kali ini kebenarannya dibogelkan. Aku dapat tengok jawapan persoalan aku di atas secara langsung.

Alkisahnya minggu lalu aku bawak buah hati aku ke Bank Islam seksyen 18 Shah Alam, kira2 pukul 11pm lah. Sementara menunggu dia membuat urusan di bank, aku ternampak kelibat seorang pakcik menunggu di depan bank bersama beberapa bungkusan kerepek. Cukup tua, aku agaklah, ni bukan pakcik ni tapi dah sampai pangkat datuk. Still menjual kerepek diumur begini, kompem sedih tengok. Pukul 11pm still tunggu depan bank, aku da stat pikir pelik dah. Takkanlah sindiket..

Tak berapa lama kemudian, datang satu van putih. Dalamnya semua warga emas. Dan pakcik tadi bingkas bangun, tapi melihat betapa bongkoknya dia, aku sendiri  nak stop engine kereta kejap dan pegi tolong dia. Bila masuk je van, seorang lelaki terus meminta duit dari pakcik tadi. Dan semuanya dah terjawab. Ini semua sindiket. Ini semua realiti. Sumpah aku mengucap panjang lepas van tu pergi.

Persoalannya, korang rasa wajar tak korang beli apa yang dijajakan oleh mereka selama ini? Dan atas dasar apa kita beli?

Terkejut, sedih, marah, semua ada.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails