Tuesday, June 25, 2013

Syiah dan Harakah

Semua rakyat Malaysia amnya tahu akan Harakah. Apakah Harakah? Harakah ialah akhbar parti pembangkang, umpama Utusan pada UMNO.

Kengkadang aku belek juga benda alah ni, bapak aku peminat tegar. Isu2 yang dibangkitkan bagi aku adil dan telus - maksudnya bukannya semata2 menjilat kaki UMNO dan bukannya politik semata2.

Kenapa Harakah?

Kecoh di Facebook hari ni - Harakah menyokong Syiah. Katanya berita kekejaman Syiah di Syria disembunyikan. Dan macam2. Dan memanglah, kutukan tu mesti timbul dulu, umpamanya rakyat Malaysia tak berotak.

Tolonglah, kalau korang bodoh sekalipon, sembunyikan. Kalau tak boleh diamlah.

Balik ke isu Syiah dan Harakah, ok, kenapa nak bangkitkan sekarang di Facebook? Kalau nak bangkitkan serang je. Sekarang fenomena Syiah hampir memonopoli laman sosial Facebook Malaysia. Membangkitkan di waktu ni bagaikan nak tunjuk Harakah ni memang Syiah. Tak payah tunggu, kalau salah tembak terus.

So Harakah memang Syiah lah?

Tak. Aku berotak. Menuduh tanpa bukti tak jauh bezanya macam memfitnah. Harakah dan parti pembangkang spesifiknya dari dulu lagi selalu dikaitkan dengan Syiah. Pernah dengar dulu ada editor Harakah berfahaman Syiah. Mat Sabu sampai hari ni lagi tak menafikan sebetulnya bahawa dia bukan Syiah. The point is, siasat dan fahami dulu. Bukannya membabi buta.

Clever people will do clever things. It a common sense. Kan? Bijak2kanlah diri anda.

Friday, June 14, 2013

Syria, Hizbullah dan Syiah

Sesungguhnya, entri ini diwujudkan untuk menghasut.

Yes, menghasut anda2 yang membaca supaya tergerak untuk menyokong pergerakan membantah kekejaman rejim Syiah Bashar al Assad ke atas Sunni, secara langsung mahupun tidak. Mohon baca, aku harap sangat dapat wujudkan semangat menentang tu dalam diri korang.

Aku sebenarnya mengantuk lepas solat jumaat siang hari tadi. Maka ruang petang sebelum menunggu pukul 5 tu dihabiskan dengan berborak bersama abang2 operatorlah. Hinggalah sampai ke satu point dimana aku disajikan dengan klip video perayaan Karbala yang ngeri oleh penganut Syiah. Dari situ, kami banyak bersembang lagi perihal Ahmadinejad seorang Syiah, perang Syiah-Sunni dan perarakan membantah kekejaman depan kedutaan Syria lepas solat Jumaat tadi juga.

Sebagaimana korang semua ligat membaca2 info tentang final Piala FA antara JDT dan TRW akhir bulan ni, aku harap korang semua tahu la sedikit sebanyak tentang rejim Syiah Bashar Al Assad. Kalau nak bersembang perihal kekejaman tu memang tak cukup sehari, cukuplah jika aku gambarkan kekejaman mereka tak mengira sesiapa, yang lelaki disembelih, yang perempuan dirogol sebelum dibunuh dan kanak2 ditembak secara langsung bersaksikan ibu bapa mereka sendiri. Cukup kejam. Pemimpin mereka, Hizbullah adalah syaitan yang nyata, menghalalkan darah Sunni dan mengkafirkan sahabat2 Rasulullah S.A.W..

Harapnya korang tahulah jugak yang Ahmadinejad tu seorang Syiah, dan konflik Iran-Iraq tu hanyalah lakonan semata2.

Berdasarkan jumlah status facebook yang dikemaskini lepas pukul 2pm tadi, tak ramai pun sebenarnya yang tahu tentang pergerakan membantah kekejaman Syria ini di Kuala Lumpur hari ini. Daripada artikel yang aku baca di sini, lebih 1000 warga kota hadir bagi menjayakan bantahan aman ini, dengan kawalan dari Polis Diraja Malaysia. Yang menariknya, memorandum yang diusulkan ditolak secara terus oleh kedutaan Syria, dan delegasi kita juga tak dibenarkan masuk. Mereka begitu tegas tak nak berbincang langsung perihal ini, dan ini jelas membuktikan mereka langsung tak ambil peduli tentang stigma dan tanggapan luar berkenaan apa yang berlaku di Syria. Memang teruk.

Lagi satu, apsal PAS sahaja yang hadir? Mana PR? Mana DAP? Mana BN? Mana mereka2 yang sepatutnya mengepalai diorang di kedutaan Syria tu? Diorang tak kesah? Mungkin.

Sebetulnya, kita semua kena peka tentang benda2 sebegini. Kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan bermacam laman sosial yang boleh dijadikan medium penyebaran info2 semasa. Harapnya kita dapat tunjukkan sokongan yang padu sebagaimana yang kita lakukan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru2 ni, insya-Allah.



p/s : dan iman aku still paling lemah lagi. hmmmm

Wednesday, June 12, 2013

Fact no. one

The quickest way on how to measure how much did we lost because of smoking as well as how bad our health because of smoking.

It almost top already. Salute.

Sunday, June 9, 2013

Peluh tak sempat kering..

Tersenyum ambe sorang2 tengok mamat burger kat bawah flat.Seronok tengok die lawan arus.

Seronok tengok die tak lepak men gitar bawah blok ngan budak len.

Seronok tengok die semangat jual burger. Kekadang time hujan die temenung lame aku tengok, rokok jadi "member lepak".

Seronok tengok die peras keringat cari rezeki halal. Peluh tak sempat menitik, kering depan dapur burger.
Panas sekejap je, katenye.

"sakit sket je..", sembang die bile ditanya untung banyak tak hari ni.

Motivasi dan inspirasi ad je kat mane2. Dari membeli burger, aku bakar lagi diri sendiri, rajin siket, kalau mamat burger bleh takkan aku bleh kantoi. Kan?

"k bang, daging spesel rm2.80 siap."

Tuesday, June 4, 2013

Lembik@malas?

Jam 430 pagi tadi, aku bangun, kerana terpaksa ke stesen bas shah alam untuk ambil tunang aku yang baru pulang ke KL dari Kelantan. Memang MALAS nak tinggal bantal selimut.

Jam 530 pagi tadi, aku singgah 7-11, belikan diri sendiri setin Red Bull. Sebab rasa semacam LEMBIK gile. Alhamdulillah lepas minum larat la jugak nak angkat kelopak mata.

Jam 630 lepas hantar tunang balik aku pun maralah ke blok sendiri. Lalu la surau bawah blok. Diri tersentap sendiri, tengok 3 mamat muda sebaya aku sanggup mengimarahkan surau kecik tu. Sorang membaca tazkirah, 2 orang tekun mendengar. LEMBIK@MALAS? Bukan. Rasa MALU GILA.

Perlahan aku gerak ke atas, cuba dapatkan satu tu. Kalau tak boleh dua puluh tujuh, dan tak berusaha nak dapatkan satu tu, tak taw la nak cakap pa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails