Friday, September 12, 2014

bukan kertas UPSR je bocor, tapi...

salam dan selamat pagi.

hari sabtu yang sempoi, cuaca di shah alam sejuk, sempoi je. memang selimut tu berat je rase hari ni.

bukan tu je yang berat, ade lagi.

apa?

berat hati le. hari ni sepatutnya jadi hari yang menggembirakan, budak2 yang ambil UPSR sepatutnya enjoy sakan dengan famili. ada yang sepatutnya pegi bercuti, lagi2 hari Selasa depan cuti, mesti ramai yang annual leave hari Isnin tu supaya boleh cuti laagi panjang. sepatutnya.

tapi nak buat camne.

paper Sains bocor.

bukan tu je, paper Matematik dan BI pon karam.

hatrik.

ape lagi yang bocor?

poket. duit booking hotel bukan PIBG refund balik.

lagi best, ditunda ke 30 Sept. apekehe lame bebenonye? takde backup paper ke?

memang fishy abes.



sabo la ye adik2. bukan sekali kertas periksa bocor di Malaysia ni, bukan UPSR je, PMR, SPM sume dah rase. cuma tahun ni masuk Whatsapp, high-tech sikit.

yang penting target tu jangan lupa, UPSR 2014 5A dalam genggaman, Insya ALLAH!


p/s : taun lepas kecoh dapat hadiah kereta mini cooper bila dapat 5A kan...

Thursday, August 28, 2014

nak jadi doktor ke?



salam. 

dulu, bila kita tanya budak2 - "adik besar nanti nak jadi ape?", kita boleh senyum bila dia kata nak jadi doktor. kalau budak2 tu adik@anak kita, kembang pulak hidung ye.

sekarang lain. kalau aku sendiri, kalau budak2 jawab nak jadi doktor, aku tak taulah leh senyum ke tak. kalau budak2 tu adik@anak aku, termenung panjang kot. kenapa?

ni apa yang aku tahu la pasal isu doktor di malaysia. kalau salah betulkan aku.

1. dulu ya, nisbah doktor dengan pesakit mungkin 1: 1000 atau lebih. sedangkan untuk sesebuah negara maju, sekurang2nya 1 : 500. dan target malaysia di zaman 2020 nanti nak 1 : 400. sebab tu dulu kita ada isu kekurangan doktor.

2. tapi kita ni bukan negara besar. daripada 1600 pelajar yang dapat 4.0 png, jumlah tempat yang ditawarkan cuma 400 lebih je. mungkin berkait rapat dengan fasiliti latihan perubatan kita. tapi isunya lagi 70% nak campak mana? demand banyak, supply sikit.

3. ekoran itu, lambakan kursus perubatan di IPTS pun dikesan. kalau ikut corak sekarang, nak promote pun ada lagu iklan masing2 dah, memang bukan nk ajar orang, lebih pada nak berniaga gayanya. akhirnya, bila dikira balik, kita ada graduan dari IPTA, IPTS dan dari luar negara jugak. banyak tu. ni baru lambakan graduan, bukan doktor lagi.

4. pastu? graduan banyak, tapi tempat sikit. kat malaysia bukannya setiap kampung ada hospital besar. nak cari klinik pon kadang2 ke kampung sebelah. so posting macam mana? satu hospital bukan leh tampung 100 HO pun sekaligus. nak dapat APC pun bukan cam dulu, kalau tak silap skang 2@3 tahun kene keje ngan gomen dulu, baru leh pikir nak bukak klinik sendiri ke hape ke. haa inilah lambakan kedua namanya.

5. pastu? dah belajar 5 tahun takkan nak tunggu turn je. nak baya hutang belajar lagi. maka ramai la pi mohon jadi doktor locum kt klinik2 biasa. ha yang ni aku nk highlight ni. kalau takde APC kenapa ada majikan boleh terima je diorang keje jadi doctor jugak? bukan aku nak merendahkan diorang ni. cuma end user kat sini rakyat biasa cam aku ni. kalau aku sendiri mungkin aku bleh lagi terima. tapi kalau da masuk isu nk hantar mak ke ayah ke anak ke, kompem aku fikir dulu dua tiga kali bila aku tau doktor tu takde APC. maaf la, tapi kalau mekanik kereta pon tak berkualiti memang aku teragak nak hantar kereta pi bengkel dia.

6. belum kira lagi dengan sistem penilaian untuk HO sendiri. 3 tahun tak habis HO, KO. alasannya jadi 3 tahun untuk lahirkan HO berkualiti. tahi. politik hospital ko nak letak mana? Ade je MO ke specialist yang tak puas hari canang berita tak elok pasal HO, aku keje bukan doktor pun tau, kualiti pebendenya. posting plak berapa kali aku pun tak tahu dah. extension pon aku rase lama, mungkin paling kurang 3 bulan. kalau camtu, camna bro? takkan la belajar 6 tahun, HO 3 tahun, pastu tak lepas, camna?


 sebab tu la aku termenung. oh malaysiaku. lusa cuti merdeka dah. hakikatnya masih lagi terkongkong dengan kaki dan tangan sendiri. oh malaysiaku sekali lagi.


Wednesday, August 27, 2014

Haru

lepas solat saje bukak facebook sekejap.

pastu nampak ni:


terus aku:


tahniah rosmah. 

bukan sebab u dapat pangkat tertinggi dalam gadis minangkabau.

tapi boleh buat aku facepalm pagi2 lagi.

"saje bukak facebook sekejap"?

ha memang sekejap. tak tipu.


Monday, August 25, 2014

debaran bakal bapa

assalamualaikum.

lama betul blog ni tak terusik. macam dah jadi prosedur rasmi je update blog 2 minggu sekali.

walaubagaimanapun, bila rasa dan masa tu kena, maka tak salah untuk aku berbicara kat sini. sekadar mencuit sikit, berkongsi sikit, padanlah kan.

debaran bakal bapa? haaaa.

kenapa tetiba? takde la tetiba sangat. cuma sukacita dimaklumkan minggu ni merupakan minggu ke-20 kandungan bini tercinta. dan sewajarnya pemeriksaan penuh terhadap bayi ni boleh dilakukan la pada waktu camni - sempurna tak bayi itu, keadaan jantung, otak, pundi kencing, pertumbuhan dan segala bagailah. debaran bakal bapa tu sebenarnya diolah dari rasa gugup first-time aku ni, harap2 semua selamat, takde cacat celanya, insya Allah lancar check up tu hendaknye.

gambar sewaktu minggu ke-15 dulu.


err.

cuma aku pernah terfikir.

selalunya bila check up memang aku akan upload gambar scan, or update status kat FB, sebab aku dah terbiasa camtu. ikhlas aku cakap memang aku nak berkongsi kegembiraan kami suami isteri, dan ahli keluarga ada yang menanti perkembangan first baby aku ni. lagi2 mak bapak aku sendiri - cucu pertama katakan.

entah macam mana boleh terlintas yang kot2 apa yang aku post/update pasal baby aku tu ada guriskan hati sesetengah wanita yang tak mampu mengandung lagi? manalah tau, sebab jujur aku cakap, isteri mana tak nak zuriat sendiri kan. lebih2 lagi pada yang ada pengalaman gugur, perit tu tak payah cakap lah.

Di sini, kami suami isteri tabik pada mereka yang tak putus asa untuk berusaha dapatkan zuriat mereka dan insya Allah pasti ada hikmah di atas sesuatu ujian dari-Nya. doakanlah zuriat pertama kami selamat dilahirkan, sempurna dilahirkan dan selamat ibu dan anaknya, INSYA ALLAH.

till next time, assalamualaikum.

Monday, June 2, 2014

pengertian sempurna yang sempurna

assalamualaikum.

apa itu sempurna? secara ringkasnya, sempurna bagi aku bermaksud tiada cacat celanya, atau lengkap.

itu dari segi definisinyalah.

perkaitan dengan entri ni? untuk aku - padat. semenjak dua menjak memang aku banyak berfikir ke arah tu. sampaikan aku mungkin sedikit keliru tentang apa yang aku patut faham tentang sempurna.

maksudnya?

aku dah jadi seorang suami lima bulan lepas, dan sekarang usia kandungan isteri dua bulan lebih sudah. mungkin kalau nak dihuraikan dari segi penyatuan, insya Allah aku harap aku dah menyempurnakan hidup isteri aku, dan sebaliknya juga. Harapnya rezeki aku juga murah, sebab Allah dah beri aku satu anugerah yang bakal mencukupkan kriteria dalam pembinaan keluarga aku sendiri. besar sungguh erti sempuna di situ. mungkin nampak hampir sempurna, tapi hakikatnya semua baru nak start. jangan main2.

perubahan sikap? ada. aku fokuskan pada perubahan sikap aku sendiri, lagipun ni blog aku kan?

hidup lepas kahwin memang lain. aku tak lagi bujang, jadi aku kene usah buang tabiat2 bujang, kalau tak aku memang kerap berperang. kurangkan futsal, kurangkan lepak, kurangkan rokok, bnyakkan masa di rumah, duit tak boleh sesuka hati nak tabur, kurangkan marah, bnyakkan toleransi - banyak tu! lepas isteri confirm mengandung, lagilah. Semua kena double-dose. nasib baik tak hilang kelakian, kalau tak rosak anak kedua.

dan apa makna sempurna kalau hari2 kita gaduh laki-bini? aku cakap jujur ni, bukan emosi si isteri sahaja yang pantang diusik, ego suami pun harus disecure sebetulnya, barulah senang nak capai kesefahaman rumah tangga. umumnya memang kita perlu berjaga-jaga dengan emosi perempuan period atau wanita pregnant, tapi dalam kebanyakan cerita, si suami kerap@cepat melenting bila dicabar perempuan yang emosi tadi. penderaan fizikal mungkin jika berlarutan, maka pandai2lah suami belajar menjadi air, supaya mudah padamkan api kemarahan dalam rumah tangga.

bila isteri mengandung, secara rasminya suami bakal menjadi Mr. Mama dengan kontrak plus-minus sembilan bulan - kebanyakkannyalah. penderaan zahir dan batin (WOW!) secara berterusan boleh jadikan si suami gila - yes, buat aku jadi gila!!! Sudahlah waktu luar rumah kurang (penderaan emosi), kene tolong basuh baju, masak, lipat kain, beli barang dapur, vacuum rumah dan macam2 lagi (penderaaan fizikal). Tapi perlu diingatkan, si suami yang jadikan si isteri begitu. sendiri buat sendiri tanggung lah. barulah kita tahu perit jerih si isteri, baru sempurna experience yang kita collect  dari kehidupan berumahtangga, dan barulah keputusan yang kita buat lebih adil dan tepat.

sendiri buat sendiri tanggung lah, kan?

assalamualaikum.

Tuesday, May 20, 2014

Father fever

Jadi seorang yang bujang memang lain dengan jadi seorang suami. Dah 3 bulan lebih aku jadi laki orang, memang payah. Boleh kata semua lain - nak makan kene pikir bini boleh telan tak, free time memang sah2 dah kurang, smua benda memang kene buat keputusan betul2, sebab hidup bukan sorang2 lagi.

Alhamdulillah, sekarang bini dah mengandung dekat 7 minggu. Syukur aku dapat peluang secepat ni untuk rase macam mana jadi seorang bapak. Sakit memang sakit, tapi sesakit mana pun aku, seksa lagi bini aku nak tahan untuk 7 bulan lebih lagi tu. Bila tengok dan rase sendiri macammana sakitnya layan bini mengandung, macam tulah mak aku rase.

Terima kasih mok. Abang takkan sambut hari ibu sepenuhnya, sebab bagi abang hari untuk menghargai mok takkan cukup dalam sehari. Sepatutnya hari2 kita kenang jasa ibu, ye dok?

Gejala morning sickness memang buat si suami susah hati - buat aku pening! Serius aku pening nak bagi makan apa bila first time kena macam ni. Asyik muntah je, suami mana tak risau, lagi2 time first trimester ni, ibu2 kena amek banyak diet untuk diri dan bayi dalam kandungan.

Aku pulak yang banyak buat research tentang diet ngan jadual pemakanan isteri. Kompleks, tapi dah memang tanggungjawab suami. Memang aku da jadi MR. MAMA pun sekarang - tukang urut, tukang masak, tukang lipat baju, tukang tu tukang ni. Padan lah muka aku haha.

Sabar je la. Tak salah aku bersusah payah untuk semai hasilnya - sebuah keluarga. Insya Allah.

Thursday, March 20, 2014

macam mane malaysia nak maju?

Entri ini mungkin sedikit pedas, tapi biarlah. Macam mana Malaysia nak maju? Apahal tetiba je ni?

Dulu time masih belajar, Facebook ni memang macam satu rutin: wajib bukak hari2 walaupun sebenarnya tak salah kalau terlupa. Kalau nak dikenang, tujuan aku bukak akaun Facebook dulu hanya satu - nak cari balik kawan2 sekolah yang lama, dan platform Facebook ni time dulu nampak relevan dengan objektif aku tu. So yes, memang tercapai objektif tu, malahan aku kahwin pun sedikit sebanyak dibantu oleh platform Facebook ni jugak, so tahniah la sikit kat Mark Zuckerberg. a little credit from a little man.

Tapi sekarang lain. Objektif aku bukan Facebook dah berubah. bagi aku Facebook sekarang dah jadi pengganti bagi surat2 khabar tempatan dan juga siaran2 tv di negara kita. Kenapa? Oww aku pasti bukan aku seorang je yang berfikiran sebegini. Sebabnya simple, medium2 tersebut sekarang dah banyak dipengaruhi faktor politik, sehinggakan aku sendiri dah tak ingat bila aku tengok Buletin Utama di TV3 setiap hari bermula 8pm hingga 9pm. Jujur aku cakap, fitnah dilontarkan semudah ABC - langsung tak fikir bahana akibatnya, terutama pada golongan2 muda kita hari ini, termasuk aku jugak.

Facebook pun ada unsur politik? MEMANG. cumanya, Facebook ni free, tak perlu keluar duit untuk baca berita2 mengarut. Pointnya sama sahaja, kita sendiri wajib ada kepandaian untuk menilai baik buruk sesuatu berita. Itu sahaja. Baik surat khabar, siaran tv, Facebook, Twitter, Instagram atau apa sahaja, kalau kita pandai menilai dan menggunapakai sesuatu, takkan rugi hasilnya.

Macam mana malaysia nak maju?

Yup back to the point. bagi aku, status kita sebagai sebuah negara merdeka bukan sahaja harus dinilai dari sejarahnya, tetapi juga melalui perkembangan masa depannya. Dan tunjang utama kepada generasi masa depan kita tentulah terletak pada bahu generasi anak muda sekarang. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan?

Tapi macam mana kita nak yakin dengan mereka? Perbezaan dengan generasi terdahulu tampak luas. Anak2 kawan aku langsung tak tahu istilah konda kondi, galah panjang dan hanya tahu ke hulu ke hilir sambil bawak tab masing2, cari spot masing2 dan main game di tab tu, sebelah menyebelah.

Jaja nama Melayu - pakai tudung tapi seluar ketat sampai jelas bentuk punggung. ikutlah Yuna tu, memang pakai tudung nampak tekak tu cantik. Lagi best, non-Muslim pakai tudung pun nak dengki? Lepas tu masuk press conference cakap itu ini itu ini, last2 libatkan politik. Macam mana malaysia nak maju kalau nak elak pengaruh politik pun susah? Sampaikan isu MH370 hilang tu pun nak jaja politik lagi? kemon la, cari sampai dapat dulu, fikir sikit pasal anak bini ahli keluarga mangsa dalam MH370 tu. Tak perlu canang2 politik ni sampai tahap tu.

Satu fakta ringkas; blog2 hiburan sentiasa ada dalam top 10 blog2 di Malaysia. Memang aku langsung tak terkejut bila mana gambar2 budak2 remaja kita bersukaria di bawah pengaruh alkohol dan dadah tersebar. Walau bagaimanapun takziah aku ucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga di festival muzik bukit jalil baru2 ni.


wawasan 2020? Mungkin sekadar angka sahaja.

p/s : perlu diingat, ni hanya cetusan pendapat seorang rakyat, bukannya seorang kerabat. mindanya bukanlah hebat sangat, hajatnya cuma nak mengingat, takut2 berkarat. tak perlu debat lebat.







Monday, March 3, 2014

perihal lemak lelaki dan perkahwinan



alhamdulillah, dah sebulan lebih aku jadi laki orang. banyak benda yang berbeza, yang perlu diubah, yang perlu dikekalkan - semuanya untuk kesenangan masa depan. kalau mahukan perubahan tapi diri sendiri masih di takuk lama, itu bodoh namanya.

memetik ayat aku diatas, kaitkan dengan tajuk entri hari ni, ha bende tulah aku nak tulis sekarang. apa yang berbeza --> bentuk badan aku, yang perlu diubah --> bentuk badan aku yang terbaru, yang perlu dikekalkan --> bentuk badan lama aku. mari kita kupas sama2.

sebelum kahwin, bentuk badan aku normal, mungkin sedikit kurus - sedikit penampakan tulang rusuk dan saiz seluar (29-30) jadi bukti. selepas kahwin, aras perut aku lagi tinggi dari dada, tiada penampakan tulang rusuk dan aku mampu pakai seluar saiz 32. dan ini semua hanya SEBULAN selepas kahwin. menakjubkan bukan? kepala hotak.

kita boleh cari sendiri di internet kenapa mengapa dan bagaimana kita boleh jadi begitu selepas kahwin. secara ringkasnya, aku kecikkan skop pencarian punca kepada dua faktor utama ; saintifik dan gaya hidup.

saintifiknya :
  • cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalam badan lelaki, yang membawa kepada kenaikan saiz seluar si suami yakni fenomena buncit. 
  • pengeluaran air mani yang meningkat (aktiviti seks selepas kahwin) bermakna jumlah hormon testoteron berkurangan dalam badan. kadar metabolisme badan pon akan turun menurun maka lemak/kalori dalam badan lebih susah dibakar. buat stock extra je dalam badan.
  • lebihan hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan menyebabkan penghasilan2 otot juga berkurang. 
dan dari segi gaya hidupnya :
  • makan minum si suami terjaga bilamana ada kehadiran isteri. maka tabiat makan-kenyang-pastu-tido-riang pon diamalkanlah.
  • tak perlu gusar sudah pasal market diri sendiri.
  • dapat bini yang suka cuba resepi baru HARI2 dan tak berapa pandai bajet masak untuk si suami, asyik terlebih je. si suami pon senyum sampai ke telinga makan 3 pinggan je everytime.
  • waktu senggang berkurang -- sibuk dengan bini dan anak2. dulu sebelum bujang hari minggu je futsal bola padang ragbi siang dan malam. lepas kawin futsal sekali dalam 2 bulan. kesian perut.
simptom2 diatas memang berlaku kepada kebanyakan suami2 yang normal, maka fenomena buncit ni memang macam hampir pasti datangnya. dan yang pastinya aku dah terkena. confirmed, tak payah pegi jumpa doktor nak check buncit ke tidak.

benda ni menyusahkan?

oh tidak. jangan fikir macam tu. nampak bangang.

kalau kita kuat makan lepas kahwin, pastikan kita pon kuat bersukan juga lepas kahwin. perlu ingat, definisi bersukan bukan hanya pada outdoor activities sahaja. skipping pon boleh apa, buat 20 minit sehari pon ok. jogging lagi la, dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak2 disamping membakar lemak.

bab makan tu, mintaklah bini masak makanan berkhasiat - banyak sayur, kurang lemak, kurang minyak, minum air masak, macam2 lagi. kalau suami dah mintak takkanlah bini nak tolak, lagi2 yang dimintaknya benda bagus.

ok cantek sangat. apa aku buat sekarang just minum air masak je - jogging pon tidak, futsal pon kurang, makan nak menambah je. brilliant. takpa2 esok masih ada. haha


p/s : bila nak stop rokok ni..





Saturday, February 15, 2014

sekali dalam setiap 19 tahun

untungnya malaysia, kita ada banyak perayaan untuk disambut disini. hari raya puasa, raya haji, chinese new year, deepavali, thaipusam dan lagi2 lah.

apa yang untung? cuti banyak ma. kejap2 cuti. kene ingat, "untung" tu datang dalam pakej - kesesakan lalu lintas, eksiden bertingkat2, harga barang naik mencanak lepas tu tak turun2 sudah, buku hutang baru dek kerana nak angkut sofa baru langsir baru kereta baru rumah baru bini baru. manyak untung, lugi talak maaaa. manyak hepi.

lagi best, malaysian ni over - benda kita sambut kita sambut, benda orang luar sambut pon kita nak sambut. mood nak curi tulang je. maaf la, tapi bab2 menyambut ni melayu paling nampak over. sampaikan hari valentine tu pon nak sambut. yang melebihnya budak2 sekolah. geli aku tengok.

dan disebabkan chap goh meh tahun ni tarikhnya serentak dengan valentine day, naik minyak le semua. kaw2 depa balun. kek coklat bunga pon beli, tulis nama no phone kat limau pon buat. lepas tu tanya kenapa disambut chap goh meh kenapa disambut valentine's day sekor2 membisu @ belagak bangang. orang sambut depa sambutlah. abis kalau diorang kencing berlari korang racing sambil kencinglah?

kemon la kemon.

whats so special for this time is this double celebration only happen once every 19 years. which made them think aww this is a solid cause for celebration. please lah. please. so sweet-sixteen.

jujurnya, memang seronot tengok chinese sambut hari chap goh meh. pesta lampu beb. cantik malam tu dibuatnya dek tanglung2 bercahaya. im happy for them, frankly speaking. namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh melayu kita dalam bersama2 menyambut perayaan ini hanya kerana ia jatuh pada tarikh yang sama dengan hari valentine buat aku rasa sangsi.

walau bagaimanapun, chap goh meh rocks.











p/s : ho ho holiau! cantik!






Monday, February 10, 2014

Dari "bujang" ke "suami orang"

Selamat siang dan malam.

Lama sungguh tak menaip, hampir lupa juga yang aku pernah ada blog. Macam dulu, sekali mood dia datang empat@lima blog aku buat. Tapi kalau dah hilang selera, menaip pun berat je tangan..

well, whats new?

Daku dah kawin dah. Alhamdulillah selamat aku diijabkabulkan pada 30 Januari 2014, jam 9.55 malam. Pelik sikit, pukul 9 malam tu aku masih bujang trang-tang-tang, tup-tap lepas sejam aku dah jadi laki orang dah. Lepas sejam lagi, jadi apa pulak, bapak orang? Ish tu takdelah, melampau habis.

Tentang majlis perkahwinan, aku rase apa yang aku buat da cukup simple, cukup pada bajet dan berpandukan sunnah, bukannya bidaah. Aku buat majlis perkahwinan berdasarkan Islam, bukan Melayu. Tak perlu majlis besar2, tak perlu pelamin bagak macam geng2 keturunan raja kawin, tak perlu bersanding bertepung tawar berinai bagai - tak perlu. Sebab tu semua Melayu.

Perasan kan, kalau ada cuti apa2 - cuti raya ke, raya haji ke, deepavali ke, cuti sekolah ke, raya cina ke, tak kira apa2 musim perayaan sekalipun, pasti geng Melayu yang paling beriya. Bukan nak mengutuk, saje je nak bagitau. Kan?

Feeling lepas kawin?

Malam pertama? Memang la. Sape tak fikir benda tu. Tapi yang peliknya, pihak yang menegur kebanyakannya menekankan pengalaman malam pertama sahaja. Sikit2 je yang tgur mengingatkan aku tentang pertambahan tanggungjawab aku lepas 9.55 malam. Balik2 darah manis. Haish.

Tapi kawan, hikmah kawin ni besar. Ko boleh tengok siapa kawan2 ko yang sebenar-benarnya, ko boleh tengok persaudaraan antara kaum kerabat ko sebenarnya terjalin ke tidak, ko boleh perasan yang sebenarnya jiran2 ko nak menolong ke mengumpat, dan macam2. Maka terpulanglah pada kita sendiri untuk menafsirkan yang baik dan yang buruk. Sebab lepas2 ni kita bukan lagi si bujang @ si dara, tapi suami @ isteri orang.

Dan memang tak dinafikan, banyak hak2 kita sebelum kawin dulu akan dinafikan secara langsung. Contohnya futsal selepas pukul 10 malam memang jatuh hukum makruh@haram terus (bagi akulah), atau nak lepak dengan member2 tengah malam (especially dengan berlainan spesies), atau nak keluar shopping sampai RM400-500 one-shot. Banyak woo. Memang dem gile2. Isk.

Apapun, cuba pandang kehidupan selepas kahwin secara menyeluruh, dan insya Allah, kita akan nampak kenapa orang cakap kawin ni seronok. Bukan dari sesetengah aspek je, tapi secara menyeluruh.


p/s : Perlu ingat juga, kahwin bukan kekangan. Sendiri mau, sendiri tanggunglah. Kan?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails