Wednesday, January 27, 2010

Kuasa Facebook Bukan Mainan


Diharapkan segelintir (harap2lah) daripada sesiapa pun yang membaca artikel ini tahu mengenai kewujudan sebuah majalah muzik yang tak asing lagi bagi pemuzik2 Malaysia - ROTTW. Banyak perkembangan muzik tanah air, kritikan2 yang sedap dibaca (bukan hipokrit maksud aku) disalurkan melalui ROTTW. Dan bersembang mengenai ROTTW, ada satu segmen di dalamnya yang aku sangat fancy, dikenali sebagai segmen "Tumbok Rusok". Bunyinya agak pelik, mungkin menakutkan bagi sesetengah kaum pondan, tapi bagi aku ia satu segmen yang selalu mencoretkan senario yang jujur dalam industri muzik, tak kira dalam atau luar, kebanyakannya dalam. Dan isu pada bulan ni sangat2 menarik minat aku - the power of SPAMMING.


Aku tak beranggapan bahawa rakyat Malaysia hari ni terlalu bebal/bodoh. Golongan2 sengal seperti mereka yang menggayakan fesyen tudung beserta baju Baby-T dan seluar sendat sememangnya masih berpeleseran sehingga ke hari ini, tetapi aku rasa tak wujud golongan yang terlalu buta IT sehinggakan terma "spamming" tu masih mengelirukan bagi mereka. Dan aku juga tak tahu bape ramai yang kenal Simon Cowell, tapi kepade sesiapa yang tak mengenali mamat omputih nih, die ni sebenarnye salah satu pengkritik musik serta mastermind program realiti TV popular di UK (Britain Got Talent, X Factor dll). Tapi untuk kebenaran, sebenarnya ramai yang tak berapa menggemari Simon ni. Aku pun termasuk -HAHA. Sehinggakan ada yang sanggup membuat satu pakatan di Facebook untuk mengajak komuniti2 online untuk memuat turun lagu Race Against The Machine supaya tiada lagi lagu buatan Simon berkumandang ketika Krismas. Dan berjaya pulak tu!!!

Point aku sebenarnya belum bermula pun lagi. haha. Artikel ni sebenarnya lebih menjurus kepada penggunaan Facebook untuk meraih kuasa/undi bagi menyokong buah fikiran sesetengah komuniti. Bukan satu je contoh yang boleh aku berikan berkenaan fenomena ni, tapi banyak. Komuniti bencikan Fasha Sandha yang telah mencecah angka 40,000 ahli tidak pernah berkurang, bahkan bertambah2 dari hari ke hari. Memang pon. Aku pon menyampah. Komuniti G.E.M.U.K. - Gagasan Excited Man United Kalah pon ade!! Lagi satu contoh, kalau korang ada add artis2 malaysia ataupun mana2 personaliti tv, model k hape k, kalau korang perasan lah, semuanya pernah cuba meraih undi melalui Facebook. Program bersama slot2 TV seperti MHI @ Nona pon diajaknya tengok semata2 dia ade di situ. Memang betul cakap segelintir member aku, nak jadi artis sekarang bukannya susah. Ade rupa, ada pakej, ada duit, tahu bagaimana nak menggunakan hype2 di Internet untuk melebarkan sayap mereka, dah cukup! Kan?

Fikirlah sendiri, kenapa artis2 Malaysia sendiri pun tak segan silu mengutuk industri muzik tanah air mereka. Bukan semuanya betul, namun bukan semuanya tak berasas.




p/s : Bak kata pepatah dari kumpulan Mamu - "Facebook ada Farmville."

2 comments:

  1. betol, facebook ade farmville! tu yg penting!hehehe

    ReplyDelete
  2. hek eleh
    yang game ikan tu ag
    macam2 pening kepale
    mafia wars tu hari2 kot dpt invitation

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails