Tuesday, November 30, 2010

tanggung dan jawab

ingat lagi adik bongsu aku bertanya. perihal tanggungjawab. mungkin lawak, mungkin tak, tapi tak kering gusi jugak dibuatnya.

"bang."
abang.

"tanggungjawak tu mende"
tanggungjawab tu ape?

"ha? sebut molek gop"
ha? sebut btol2 a

"tanggungjawak!"
tanggungjawab!

"owh. gane nok sebut e.."
owh. cemane nak cakap ni e..

"tanggung tu mende?"
tanggung tu ape?

"macang.. kalu amir wat saloh amir a kene beda.."
macam.. sendiri buat sendiri tanggung a..

"owh.. doh betol a!"
owh.. betol a!

"betol mende?"
betol apebende?

"amir wat pape amir jawak. tapi abang maroh amir jawak.."
amir buat ape2 pon amir jawab. tapi abang marah amir menjawab..

"doh mu jawak pelek2 memang a!"
dah ko jawab yang pelik2 memang kene sound a!

"eleh. gitu maroh doh. macang puwang"
eleh. camtu marah dah. macam pompuan.


lepas tu maaf a. aksi kejam dari abang sendiri terhadap adik kandungnya.
kejam sangat, takut ade yang blacklist blog ni.

camni a jadi abang @ kakak; layan nyampah, tak layan bising.



p/s: naseb bek die tak tanye aku datang bulan ke hape. kalau tak..

Friday, November 26, 2010

kaedah menyembuhkan demam secara tak langsung

klang dan shah alam asyik hujan je sejak dua tiga hari ni. demam aku yang sepatutnya boleh kebah dalam masa yang singkat dah pon berlarutan, bahana ditimpa hujan tak henti2. adoi. ujian dari-Nya datang betimpa2 : demam, sakit perut, kerja shift malam dan moto pancit... Tuhan saja yang tau peritnya aku. terpaksa berjaga 12 jam dalam keadaan camtu memang sangat2 mengujakan.

tapi alhamdulillah, aku da semakin sihat. lepas mintak cuti satu hari (tu pun puas call sana sini), akhirnya manager kilang aku pon bersetuju memberi aku shari cuti. yeah. boleh aku cover tido. rehat2 badan. makan ubat dan tido. dan akhirnya pagi ni demam aku da surut, walau panas2 sket tu ada lagi.

dan di sinilah fokus entri ini bermula.

dengan semangat nak makan yang baru timbul lepas 2 3 hari ni, aku pon bangun awal hari ni --- 730am da siap nak g makan. berangkatlah aku ke apollo (mamak berhampiran) untuk menjamah teh o suam dan beberapa pinggan roti bakar. alhamdulillah lagi, pagi ni tak hujan. kalau tak mesti aku sampai apollo dengan keadaan basah sket. dan alhamdulillah lagi dan lagi, aku berjaya melantak dua pinggan roti bakar, tanpa ada rasa loya nak muntah atau birit dan sebagainya. konklusinya, aku berangkat pulang dengan satu sendawa yang pendek.

malangnya, aku mungkin terlalu leka dengan kandungan perut aku sehinggakan aku tersilap masuk lorong. lorong ni forbidden sket. banyak betol anjing2 jogging kat sini. jogging saje takpe. ni pantang nampak orang mesti nak hambat. dan mangsa first mereka aku kot pagi. 6 ekor kejar. menarik2. walaupun aku nek moto dan boleh pecut, tapi mereka mengejar aku tatkala aku kat jalan bukit. memang best.

ada ketika aku rase diorang2 ni da dekat sangat da dengan aku. sampai terlintas da dalam kepala otak aku -- ni mesti kene samak lepas ni mane nak cari tanah kat klang ni. haha. time naek bukit memang diorang raja. turun bukit sori a beb, makan asap a dulu. heh. pagi2 da nak keja aku da. hampeh tol.

aku sampai di rumah dengan selamat. berpeluh2 aku kene kejar ngan anjing2 tak gune tu. membazir boreh aku. selepas melepaskan lelah sementara, aku sedar yang suhu badan aku da kembali normal. yeah. ni hasil berpeluh tadi a. mungkin Allah saje je bagi diorang kejar aku sebab nak bagi aku berpeluh, nak aku sembuh cepat? mungkin. tapi perasaan dikejar 6 ekor anjing di pagi hari memang tak best.

"we are hidden messenger, unpaid.. hahaha"


p/s : dan aku lapar balik. aish.

Wednesday, November 17, 2010

filem "Facebook"???

terlintasnya aku untuk membuat entri ini adalah kerana beberapa sebab. yang pertamanya, aku da tengok da filem Facebook ni. aku da tunggu lame sbenanye, so kuar2 semalam trus aku download. dan keduanya, aku agak tak suke a kalau aku dok cakap benda yang aku sorang taw. tanye sorang tak taw cite. tanye due pon same. siap tanye aku balik bile nak kuar! dey. aku siap dah donlod boleh tanye camtu lagi.

aku rase bek korang taw a wujudnye cite ni. sebab Facebook skang bukan macam Yahoo Messenger, tapi lebih kepada Gmail. yes. ia satu keperluan, bukannya kehendak lagi. bukan stakat yang remaja, budak2 belasan taun ngan mak bapak pon ramai ade Facebook (dengan alasan nak pantau anak punye Facebook).



ok. name filem ni bukan "Facebook" -- tapi "Social Network". Citenye adalah berkisar tentang Facebook dan penubuhannya, dari mane idea nak buat Facebook ni timbul, dan cite ni banyak dok pusing tang masalah mahkamah tentang pemilikan Facebook ni. kirenya watak jahatnya nak saman sebab Mark Zuckerberg --- hero cite ni amek idea diorang. dan bla bla bla, pasal kes tu je a yang banyak.

rating aku? 7 out of 10. sebab? siyesly, cite ni banyak cakap. tapi aku tengok jugak movie yang kalau cakap2-banyak tu menarik. tapi takde a banyak cakap sangat. ade part gado, ade funny part, sex part pon ade. so overall ok a, untuk buat layan.

aku takleh cite banyak. spoil nanti.



p/s : filem Friendster? MySpace? mane?

Tuesday, November 16, 2010

Sorry dude.


come on guys, are u chicken or what?
LOL~

selamat hari raya aidiladha (di perantauan).

kepada mereka2 yang tak dapat pulang untuk menyambut hari raya haji aidiladha, jangan sedih2. anda tak berseorangan. ramai jugak yang senasib dengan anda. termasuk saya.

"alala cedihnye"

jangan sedeyh. tak elok raya2 ni sedeyh2. kita mungkin beraya berasingan, tapi tetap menyambutnya bersama. boleh je call, video call ke untuk hiburkan sedikit hati yang lara ni. takpa kan? chill.

kenangan raya tu banyak. aku taw. aku sendiri sambut, dan aku sangat2 bersyukur aku boleh sambut bersama2 famili aku. macamane rasanya anak2 yatim piatu nak sambut hari2 penting camni? insyaallah diorang mampu. diorang ada sokongan moral daripada penjaga2 mereka, dan jugak insan2 bernama sahabat. alhamdulillah.

mungkin ni satu ujian buat aku. dan semestinya satu pengalaman berharga bagi aku. aku ni lembab sket, memori tak cukup kuat. tapi yang aku taw, tak balik sambut raya haji time aku study ngan tak balik sambut raya haji time aku kerja adalah dua perkara yang sangat berbeza, sekurang2nya bagi aku.

sebab?

time studi aku boleh wat cuti hari2. hari2 kot. jadi bile cuti raya haji camtu bagi aku memang takde bezanya. tapi bila aku da stat keje, da stat kene bergantung kat diri sendiri, memang nak sangat cuti2 camni. penat weh keje!!!

dan bila nak rehat, semestinya kat rumah kan. lagi2 orang macam aku yang dok jauh. rindu tu datang tiba2, dan skali datang, pergh... laki pon tak tahan gak beb.

heh.

apa2 pon, dengan hati tulus ikhlas aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. moga2 hati kita ikhlas dengan setiap pengorbanan yang kita iyakan. amin.



p/s : camni kot rasenye beraya di oversea. heh.


untuk apa ko bekerja?

untuk pertama kalinya, aku men"update" blog aku ni dari ofis aku. kenapa nak update dari sini? boring. lagi mau tanya.

untuk apa ko bekerja? berputar2 soalan ni kat kepala aku. ok. flashback balik. dulu aku rase time form 5 kot aku baru stat pikir, aku nak jadi ape, aku nak keje camne, semua2 tu. lambat sket, biasa a baru matang. keh3. macam2 -- arkitek, doktor, jurutera. semua high-standard punya. nice.

tapi tu dulu bang. dulu. time kepala otak ni berfungsi sebelah sahaja.

skang len. skang aku sendri da taw cemane keje. susah cemane. payah cemane. baru aku taw susahnya nak dapat duit. baru aku sedar gaji pertama tu sangat2 istimewa. baru aku taw kene marah ngan bos depan staff2 dan downliner aku cemane.

gaji pertama ke, kedua ke, semua penting. aku tak kesah kalau korang keje gaji 10 kali ganda besarnya dari aku. aku tak kesah korang bawak kete beso dan aku bawak kris modenas TAQ 596 tu je. aku just nak taw -- untuk apa ko bekerja?

untuk kete beso?

untuk henset mahal?

DSLR?

untuk melancong?

.
.
.
.

aku just rase aku sangat kedekut. pekerja2 myammar aku bleh spare rm200 makan bulan2 kat malaysia, dan selebihnya (mostly rm500 ke atas) dipaskan kepada family mereka. dan pekerja2 bangla aku. dan pekerja2 sabah aku.

aku?

untuk apa aku bekerja?


p/s : ya allah tunjukkan aku jalan yang lurus.

Sunday, November 14, 2010

dalam bayang sendiri

sungguh lame aku tak update. kalau blog aku ade perasaan mesti die majuk. kalau blog aku ni satu kompani mesti sah-sah dah bankrap. hehe.

ape aku nak tulis? banyak. betol, banyak. dari dulu lagi banyak. hehe. tapi skang aku keje, kurang mase nak bukak blogsepot ni. sini mane leh nak update sket2. kurang biar a sedap aku membacenye. kalau orang len kate tak sedap takpe. kan?

nape tajuk blog aku camtu? macam novel sket kan. baru sedap bace. takde. ni semua pasal kerja. "dalam bayang sendiri" tu maksudnye dekat je ngan aku, cume aku yang tak perasan. first thing first, aku lulusan engineering. chemical engineering. ok semue expect aku akan jadi jurutera kimia, gaji 4-5k. masuk gaji first smue suroh open table. agak2 a wahai kengkawan. aku tak penah sampai standard ape yang korang pikir tu.

sungguhpun aku sepatutnya jadi engineer, tapi skang aku adalah seorang chemist. sungguhpun puratanya gaji seorang yang ade sijil engineer macam aku ni adalah tinggi, tapi gaji aku tak sampai 2k pon. takde tapis2. ni bukan marah, ni bukan makan dalam. ni realiti. aku nak korang tau keje bukannya senang nak cari, walaupun ko top student in da country skalipon. yang ade kabel tu senyap a. korang tak termasuk.

anyway, keje aku skang adalah chemist. logiknya keje ni memang hampir 70% duduknya di dalam makmal, buat test tu, buat test ni. btol logiknya. tapi kompani aku ni siul sket. aku ni chemist. tapi keje aku chemist/technician/ supervisor. masuk cek pon aku buat. terime kontena pon aku sain. uruskan production pon aku. sampaikan masak sabun (1o tonne per batch) pon aku kene buat, by hand. nah, pe jadahnye?

smue soh aku cari keje len. keje ni susah. gaji kurang. bukan engineer. bla bla bla. macam2 dow. orang biasa a. tapi aku rase takpe aku susah sket, awal2. skang smue jenis experience aku leh dapat, kalau aku sabar. jadi chemist, supervisor, technician, despatch boy, aku rase smue tu berbaloi. dan aku tak kate aku lari terus dari bidang jurutera. aku sendiri dah tengok plant design untuk kilang aku. kerja aku hampir 70% berkait dengan minyak kelapa sawit (oleochemical) di mana bidang ni cukup besar dalam kejuruteraan kimia di malaysia. see what i'm tryin to do?

"to catch a big fish, u need a big bait."
"and to get a big job, u need to sacrifice a lot."

lek a. aku tetap akan open table. aku tak lupe member2. cume aku lebih pentingkan famili. tak salah kan? aku tak kesah aku pakai moto kriss je. aku tak heran ade fresh grad len leh bawak bmw/mercedes. apa yang aku kesah, famili first.


p/s: malu bai. da a anak sulung. keh3


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails