Friday, November 26, 2010

kaedah menyembuhkan demam secara tak langsung

klang dan shah alam asyik hujan je sejak dua tiga hari ni. demam aku yang sepatutnya boleh kebah dalam masa yang singkat dah pon berlarutan, bahana ditimpa hujan tak henti2. adoi. ujian dari-Nya datang betimpa2 : demam, sakit perut, kerja shift malam dan moto pancit... Tuhan saja yang tau peritnya aku. terpaksa berjaga 12 jam dalam keadaan camtu memang sangat2 mengujakan.

tapi alhamdulillah, aku da semakin sihat. lepas mintak cuti satu hari (tu pun puas call sana sini), akhirnya manager kilang aku pon bersetuju memberi aku shari cuti. yeah. boleh aku cover tido. rehat2 badan. makan ubat dan tido. dan akhirnya pagi ni demam aku da surut, walau panas2 sket tu ada lagi.

dan di sinilah fokus entri ini bermula.

dengan semangat nak makan yang baru timbul lepas 2 3 hari ni, aku pon bangun awal hari ni --- 730am da siap nak g makan. berangkatlah aku ke apollo (mamak berhampiran) untuk menjamah teh o suam dan beberapa pinggan roti bakar. alhamdulillah lagi, pagi ni tak hujan. kalau tak mesti aku sampai apollo dengan keadaan basah sket. dan alhamdulillah lagi dan lagi, aku berjaya melantak dua pinggan roti bakar, tanpa ada rasa loya nak muntah atau birit dan sebagainya. konklusinya, aku berangkat pulang dengan satu sendawa yang pendek.

malangnya, aku mungkin terlalu leka dengan kandungan perut aku sehinggakan aku tersilap masuk lorong. lorong ni forbidden sket. banyak betol anjing2 jogging kat sini. jogging saje takpe. ni pantang nampak orang mesti nak hambat. dan mangsa first mereka aku kot pagi. 6 ekor kejar. menarik2. walaupun aku nek moto dan boleh pecut, tapi mereka mengejar aku tatkala aku kat jalan bukit. memang best.

ada ketika aku rase diorang2 ni da dekat sangat da dengan aku. sampai terlintas da dalam kepala otak aku -- ni mesti kene samak lepas ni mane nak cari tanah kat klang ni. haha. time naek bukit memang diorang raja. turun bukit sori a beb, makan asap a dulu. heh. pagi2 da nak keja aku da. hampeh tol.

aku sampai di rumah dengan selamat. berpeluh2 aku kene kejar ngan anjing2 tak gune tu. membazir boreh aku. selepas melepaskan lelah sementara, aku sedar yang suhu badan aku da kembali normal. yeah. ni hasil berpeluh tadi a. mungkin Allah saje je bagi diorang kejar aku sebab nak bagi aku berpeluh, nak aku sembuh cepat? mungkin. tapi perasaan dikejar 6 ekor anjing di pagi hari memang tak best.

"we are hidden messenger, unpaid.. hahaha"


p/s : dan aku lapar balik. aish.

2 comments:

  1. miahahaha...dhd tu baek ke demam kne kejor ngn anjin?
    ak dmam ni, tulun2...

    ReplyDelete
  2. doh a. fully covered. actually smalam satu malam tido pakai sweater due lapis. dan incident tu br pagi tad jadi. hehe. trg kuat hujan gak ek?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails