Wednesday, December 29, 2010

Ai tengok bola pon marah??

Semalam second leg final AFF Suzuki edisi 2010. Start pukul 8 malam sampai 10 lebeyh malam.

Ok itu best. Malaysia da bawak bekal 3 biji pegi sane, memang kita da pegang da piala tu sebelah. Aku expect Malaysia mungkin akan men bertahan banyak, sebab terang2 Indonesia kene score 4 untuk menang, mungkin lebeyh kalau Safee sumbat lagi. Kan? Mesti fight.

Dan semalam aku keje shift malam. Bermula 3 petang sampai 12 pagi. T_T

Aku tak pikir panjang, dah la boring dok umah, tengok bola memanglah satu-satunya hiburan aku bagi aku yang memang kaki bola ni. Lantas aku mencari helah cantek untuk menonton perlawanan bersejarah Malaysia ni. Tanduk dah tumbuh da~~!!

Malam yang ditunggu menjelang. Menjelang pukul 8 pm aku pon cabot, dan mintak technician kilang untuk punch punch-card aku pukul 830 pm. Tu je kot trick cincai aku leh pikir, ye a aku tak pandai sangat pon. Jahat2 pon baek jugak. Maka aku pon bergegas ke mamak atau McD di Andalas untuk memenuhi nafsu bola aku. Pergh ayat.

Mamak kompem penuh. Da sampai 8 lebeyh, memang a. Sampai ade orang tengok atas bumbung kete Kancil. Aiyoo. Budak2 a tapi. Kalau bapak budak hancur ranah dah Kancil tu. McD di sebelah a jadi pilihan. Tapi McD pon cam haram gak. Kat luar, kat tangga, kat tempat amek sos, semua penuh. Aku pegi beratur cepat2, ye a, lagi cepat dapat makanan, lagi cepat bleh duduk. Satu set McChicken large siap, dan mate aku trus melilar cari port. Pusing2 sambil usha awek dalam McD~~

Akhirnya aku dapat port, cantek. Betol2 depan HD tv kat McD tu. Haha. Dan terus tengok bola. Pergh. Macam kat stadium gak sket2, miss sket gegar satu McD. Time penalti lagi a, bila Khairul Fahmi tu save je penalti tu pergh,,,,,, da macam pasar malam trus McD. Tapi smue tak kesah, layan punya pasal. Sampai pakcik sorang tu sanggup dok tepi aku semata2 nak tengok bola. Anak bini layan McD kat atas. Kejam2.

"demi bola pak cik eh?"
"mestilah!!"

Tu dia. Da kawin anak empat perut boroi pon bola tetap nomo satu. Syabas pacik!

Syabas2 jugak. Lepas Safee score satu baru aku menggelabah nak balik. Pecut 100km/h dalam kawasan Andalas tu, pergh. Marah btol Myvi tu bila aku potong zig-zag depan die. Eleh dengki tu, nak buat takleh awek ade sebelah.

Dan bila aku masuk kilang memang aku nampak Altis Corolla milik manager kilang aku. erk. Aku memang dah lewat 10 minit ni. Die kalau aku lewat seminit pon bising. Aku off motor, tolak slow2 tepi kontena. Dan masuk buat muke selambe je. Ttibe je die memang tengah ade mood nak lepak kat depan tu.

"Ariff!!"
"yezza.. (cemane eh..).."
"where've you been? saya suda masuk 15 minit you tada pegi mana?"
"saya ada luar maa.. check contenna first before saya check meter air outside.."
"no water supply?"
"sometimes -- its unstable, sometimes ada, sometimes tercekik."
"oh ok. continue work"
"yezza."

Yeah!


p/s : dan aku terlepas untuk tengok Malaysia menang dengan agregat 4-2. pasti sengit di pengakhiran tu. atoiiii. Syabas Malaysia, kita bukan lagi jaguh kampung.

Tuesday, December 28, 2010

Janganlah Kecoh Sangat -- Laser je pon

Bagi aku laser tu tak penting sangat. Skadar gangguan biasa time tengok bola -- lebih kurang macam bakar mercun lah. Bukannya laser tu boleh bunuh orang pon.

owh. aku tengah sembang pasal isu laser kat AFF Suzuku Final ni.

Memang memalukan. Sepatutnya fan Malaysia tak patut buat camtu. Aku taw, fan Indon yang stat dulu. Bukan keeper Malaysia saje yang kene laser kat Bung Karno tu, keeper Filipina pon kene. Da sah2 memang ADE fan Indon yang buat dajal, buat ape nak tiru balik perangai dajal die? Kita balaslah cara terhormat. Kita kena kita tak bising. Dia kena sampai nak protes2 lagi, memang saje nak tunjuk bodohlah. Harap fan Malaysia tak tunjuk jugak kite bodoh e?

Dan aku taktawlah media Indon ke ataupun Persatuan Bola Indon ke ataupun Kerajaan Indon tu sendiri yang sebar fitnah FAM kene denda 40 Juta dan digantung 4 tahun daripada penglibatan dalam arena bola sepak. Memang kene fitnah ni. Kalau kita kene 40 juta, diorang patut kene 80 juta lah, sebab 2x fan die laserkan keeper opponent (malaysia dan philipines). Dan tentunya 80 juta dolar USD a. 80 juta rupiah buat apa. Taik idunglah.

Ape2 pon benda ni tak lah rumit sangat. Tangkap pemain laser tu, bagi hukuman yang sewajarnya biar orang len pon tak berani nak buat lagi. Ini tak. Propaganda kaw-kaw. Nek nyampah aku bace paper mane2 pon pasal laser je. Bukak twitter pon pasal laser. Apa, rakyat Indonesia memang majoriti pengguna twitter ke hape? Intelek habes a.

Siap ugut nak bomkan stadium lagi. Tak sedar langsung ke berapa ratus ribu juta penduduk Indon cari makan kat Malaysia?



p/s : harap2 pelajar2 Malaysia yang study kat Indon tu sihat walafiat tanpe sebarang bencana, amin..

Sunday, December 26, 2010

Harimau Muda Yang Garang

Aku bukak blogspot hari ni. Usha2 sket ape blogger len blog pasal first leg of AFF Suzuku Final semalam. Memang banyak, dan ia memang dijangkakan. Kes laser yang membuatkan player2 Indon protes tak nak men kejap, kes Malaysia "bayar balik" hutang kekalahan besar 5-1 dalam perlawanan kumpulan, kes malaysiacheatlaser yang bawak aib kat Malaysia kerana isu laser2 hijau ni dikecohkan pulak dalam twitter. Banyak tol kes kan?

Tapi jangan silap. Aku bukan nak cerita pasal2 peristiwa yang tak penting sangat ni. Biar je blogger len story. Diorang ade gambar, diorang siap pegi tengok sendiri event tu kat Bukit Jalil. Aku? Stadium Astro je bai. Tak sehat sangat hehe.

Daripada aku berceloteh pasal isu2 kecoh smalam, bek aku huraikan sedikit sebanyak tentang prestasi Malaysia semalam. Takde sape pon blogging pasal ni, maka aku tanpa segan silu akan luahkan pendapat aku tentang macamana Harimau Malaya men. Ada kurang ada bagus, fan Malaysia jangan lak boikot aku, ni pendapat aku sorang je, bukan satu Klang pon. Dan aku pon ade sesekali tukar channel tengok siaran bola EPL, tengok kat Stadium Astro katekan. hehe.

Ok. Cemana skuad "adek" kita men smalam?

Jangan sebab depa "adek", kita bagi can. Tak boleh. Rajagopal pon da letak diorang yang men dalam final, maknanya Rajagopal yakin dengan diorang, even diorang still "adek". Minit2 awal perlawanan separuh masa pertama adalah bukti untuk fakta ni, di mana skuad Malaysia menunjukkan keghairahan diorang dalam mencari gol. Serangan2 bertali arus yang dilancarkan cukup untuk membuatkan aku agak terkejut bila mereka gagal menjaringkan sebarang gol permulaan. Dengan counter attack yang cukup laju, aku tengok Malaysia lebih fokus kepada permainnan counter dan bukak dari tepi, jarang diorang pakai ruang tengah kat padang sebelah Indonesia tu. Yup, memang cara ini cara terbaik Malaysia untuk perform. Tapi.. Haa. Ada tapi. Midfielder Malaysia pon ada silapnya. Bagi aku a, gelecek kuat sangat kot. Tak perlu sebut sape, korang sendiri da taw. Pusing lama sangat, kantoi, Indonesia counter, dan sampai aku pon gigit jari. Naseb bek tak masuk. Haha. Tapi first half tak nampak sangat gagah kita ni. Awal2 je, bile da nak abes first half banyak gak lubang dalam performance Malaysia. Tapi takpe. Syabas sebab berjaya kekang mereka 0-0. Bravo2.

Second half?

Kita punya kot. Cukup panas sebenonye. Terima kasih kepada botak Markus tu, bising tak tentu pasal pasal laser. si Muslim tu kene laser pon senyap je, asal ko nak rabak2 kat ref Jepun tu? Pastu asal fan Malaysia yang kompem2 kene tuduh? Dengarnya orang yang men laser tu kantoi kat situ jugak, tak tau sangatlah. Tapi yang ko pegi ajak2 player2 ko nak protes tu watpa? Kan da kena bubuh 3-0. Sedap kan? haha.

Second half kite cantek rakan-rakan skalian. Dengan Muslim yang aku perasan cukup kental defend die --asyik2 dia yang clear bola, sampaikan aku rase Indonesia takleh men high ball sebab wujudnye si Muslim ni. Syabas bro. Dengan Nor Shahrul yang aku tengok betol2 macam Messi@Rooney, skill2 yang ditunjukkan bukannya senang dan cara bermain dia yang tak-makan-sorang tu lah buat Malaysia leading 2-0 senang2 camtu je time second half. Dan goal ketiga memang superb. Cross cantek dari Mahali -- right back, bukan right wing -- dan clinical finishing dari Safee memang betol2 buat orang fikir Malaysia men cam EPL, kan?

3-0 beb. Thumping abes.



p/s : Macam gila plak aku sorak sorang2 kat umah. Tapi takpe. Btol2 satisfied. Alhamdulillah.

Thursday, December 23, 2010

Bliss In Ignorance

"kebahagian dalam kesedihan"

Erk.

This is not a heartbreak entry or anything similar to that. This is just an entry, re-telling a story which I myself experienced this morning. A simple story, but still it provided enough hint for me that gratefulness to God should be constantly, not when we in bad situation only.

Its been a week of raining. Everyday is raining, and I guessed every Malaysian had a problem with this. So do I. Since I go to work by motorcycle, obviously I'm aware of this problem more than you do. Yes I do. Got many praises from my boss since I came to work and went back home at least 30 minutes earlier/late because of rain. And technically, praises is just something useless when its served not with over-time allowance. Aiyokk.

The story? Oh yeah nearly forgot. Firstly, I had this small habit, of buying "nasi lemak ayam rendang" every I went home in the morning due to night shift work. Its phenomenal dude, with only RM2.50 you got something that can fully occupied your stomach for every meal, depending on person lah. But for me its totally worth it, and I can even buy you (1 person only) this every morning hahaha. Ok enuf wit food description. Since its been raining the whole week, the stall which sell this "nasi lemak ayam rendang" closed every time I decided to buy one. And for three days I slept with half-occupied stomach. Its not their fault, I knew the rain was so heavy it could ruin their business if they still wanna open their stall. Even I had to wear raincoat every time I wanna go to work or going back home, and I still have to take shower to avoid fever. Its such a pain in the ass. I hate taking shower early in the morning. Too cold, and its colder when its raining.

And this morning was different. Last night was unusual, the sky was clear, no black cloud and I can see the star shining. So I assumed theres no rain tonight, and FORTUNATELY I forgot to bring my raincoat. Yeay. And its raining, HEAVILY this morning. Ya Allah. This really not a good time for me to forget my raincoat. Since I've been waiting to go back for almost an hour, I decided to go through this rain. Man-way, brave enough. The longer I wait, the hurrier the manager will come and for sure I cannot go away just like that when he's around. Here I go, enduring the rain~

I merely cant see the road ahead due to heavy rain when my eyes suddenly caught something. Ow man. That special stall open today! At that point, I don't even care how heavy the rain is going to be, all I know is that I must buy my breakfast today from there. I made a sudden U-turn using my bike and speeding to that stall, despite the horn and the horn and the horn that I got for my sudden U-turn just now. Haha. And there it goes, one "nasi lemak ayam rendang" for my breakfast.

Yesterday I was thankful I brought my raincoat for the heavy rain.
Today, although I forgot my raincoat, caught up in heavy rain and got to take cold shower to avoid fever, I still thankful I was able to eat my favorite breakfast after waiting for almost a week. Alhamdulillah~~

Now thats what we call "bliss in ignorance". True?


p/s : Kelantan food is the best!

Tuesday, December 21, 2010

AWAK DIPECAT SERTA MERTA

First thing first, bukan aku yang dipecat. Tapi aku tak boleh nak senyum, yelah, apa reaksi orang len plak. Ni sbuah kisah yang berlaku tanggal 21 Disember 2010, dan aku kalau boleh mau taw ape reaksi korang berikutan hal ini. So pandai2 lah... ye.

Ni kesah rakan skerja aku yang kene pecat sejam sebelum habis shift-nye. Ya sejam. Pkul 9 lebeyh sedangkan shiftnye habes pukul 10. Kenape dipecat? Itu aku tak tengok live lah, sebabnya shift aku start pukul 10, dan mase aku datang smuanya dah setel. Tapi gamaknya kerana product kilang kami iaitu sabun yang dihasilkan dibawah kelolaan dia (dia seorang supervisor) semuanya reject, dan dia tak perasan. Terus terang aku cakap untuk sebab ini, he deserved a punishment. Kecuaian di waktu kerja memang aku cakap terus terang tak blapik adalah satu sebab veto kenapa bos boleh marah kau, kaw-kaw. Yela, kalau ko bos kan, mesti ko marah bile ko hired satu supervisor, yang berfungsi sebagai Quality Control (QC), tapi in the end, approximately 2400 sabun direject. Berapa banyak production time lost, berapa banyak time used to cover this error, and with urgent dateline, aku rase logik gak a ko dimaki hamun oleh bos kali ini. Pedas, tapi ko yang taruk cili banyak2 apsal..

Nonetheless, aku bukannya jahat nak huha-huha pasal fired case camni. Aku cuma terkejut, terkesima tengok tindakan susulan dari bos tu. Member aku ni memang nak berenti dah, katanya dapat offer sambung blaja peringkat Master. Berapa lama dulu dia ada a cakap ngan aku, dia nak berenti awal tapi manager kilang mintak dia stay until end of December, and he said yes. Manager kilang mintak stay, tapi bila bos masuk, ada problem, terus pecat. Cemane tuh? Dengan tagline power -- "you wanna quit right? ok go get your master now".......aku rase bengkak jugak kot hati member aku ni.

But still, I really think that the boss should finish this in a mannered way. Tak baek sebenanye pakai emosi time keje ni Encik Bos. Skang satu kilang taw yang bos ni suka2 je pecat orang time die marah, dan bagi member aku ni, bos ni memang teruk. Dan dua2nya anggapan negative. Dan kesannya menular kat orang len, macam aku. Sah2 workload aku increased lepas ni. Sah2 susah nak dapat cuti, dan sah2 aku nak blah cepat2 dari kilang ni. AMINN.

Teruk kan? Yup. Life is pathetic, its just a matter of time before you realized it.


p/s : Agak kaku untuk tepon member aku ni, apa patut aku cakap e?


Friday, December 17, 2010

adakah anda juga seorang lalang?

selamat berjumpa kembali encik blog. maafkan I btol2 sibuk sminggu dua ni. jangan majuk ee.. takpe2, nanti I update U. best kan? kan? ----- terase sengal jup.

Ok. ape aku nak sembang hari ni a? aa. pasal bola. dan originally idea ni aku dapat bile lepak kat satu kedai mamak.

Korang kenal kan Chelsea, atau Manchester United? Aku takleh marah orang len kalau diorang kutuk sape yang tak kenal dua team bola besar dari English Premier League (EPL) ni. Sebab aku pon nak kutuk gak. Even mak aku dan adik bongsu aku yang berumur 6 tahun tu pon tau. Esok, tanggal 19/12/10 Chelsea akan melayan kunjungan Manchester United ke Stamford Bridge, dan pastinya perlawanan ni penting untuk menentukan siapakah yang akan menduduki tangga teratas liga. Dan minggu ni banyak gak match2 yang syok; Arsenal vs Stoke -- ini macam best gak, sebab season lepas Ramsey patah kaki time match ni a, ntah sape a yang tackle aku lupe namenye. Dan juga Liverpool vs Fulham; Roy Hodgson jumpe balik team yang buat dia dipilih jadi coach baru Liverpool. haha aku update fixtures minggu ni, pandai2 a korg nak tengok mane satu.

tapi aku tak sampai pon lagi ke point untuk entry ni. aku big fan Man Utd. Yeah. Tapi aku bukan die-hard-fan punye fan. Aku tengok team len, aku sokong team len. Dan aku tak fuck fan team2 len. Kalau aku jumpe golongan2 camni sori a beb, ko cari musuh je kutuk2 team len. Lampard ngan Rooney pon leh men skali time untuk England. Lu pikir a sendri.

Ape yang aku nak sembang dalam entri ni; lalang. Ye. Lalang. Berubah menurut angin bertiup. Tak tetap pendirian. Ataupun takde pendirian. Cemane tuh? Dulu time aku blaja, student2 dari Nigeria or Botswana memang minat gle2 bola. Dan kebanyakannya ialah fan Chelsea dan Arsenal. Kenape ek? Nape takde pon fan diorang yang minat Liverpool @ Man Utd?

Aku rase kan, ni sebab mentaliti. Bila team2 besor banyak amek player dari negara diorang, at least sorg a, maka kebanyakan fan akan sokong team tersebut a. Ye a, bile Chelsea dah beli Drogba, kompem2 banyak fan Chelsea kat Ivory Coast. Market sangat2 memainkan peranan di sini. Dan bile ko da terpengaruh dengan persekitaran ko yang semuanya sokong 1 team, besar kemungkinan ko pon akan sokong team tu. Atau korang ade sebab2 len lagi? Of course team len pon ade player import, tapi kebanyakan new fan @ noob fan just look for the most popular team only. Make sense kan? Sendri mau tengok a, top list baju bola yang dibeli oleh para wanita di Malaysia sendiri semuanya team besar -- Man Utd, Chelsea, Real Madrid, Bayern, Barca. Ni bukan fan sangat semue ni. Market je lebih.

Anyway, ni bukan post nak kutuk sape2, cume a simple post from me expressing what I just saw. Korang nak sokong mane2 team takdehal, tapi jangan a sampai kondem team len. Team korang sokong pon bukan kebal selame2 nye.



p/s : kalau player malaysia da dpt masuk EPL, aku rase senarionya pon same je kot. Haha.

Thursday, December 9, 2010

Koc Wanita

Sebagai permulaan, aku tergerak nak review beberapa perkara tentang koc wanita ni setelah aku bace post ni kat blog cero. Aiseyh, promote lak. Nway back to main point, koc wanita. Mungkin ada orang yang tak tahu apa itu koc wanita, kerana sesetengah daripada kita langsung tak tahu langsung menggunakan KTM @ LRT. Orang berkereta katakan.

OK aku tak kutuk sape2 k. Aku sendiri pon taw kewujudan koc wanita ni by accident. dalam stahun yang lepas kot. Time aku masih student, time di mana aku rasekan suratkhabar tu hanya dibaca di kedai makan waktu tengahari. Itu pon suratkhabar free. Agak jahil a, ye a, kalau student tu TV pon digunakan just untuk men PS atau Xbox. Adoiyaii.

By accident?

Yes. Pengguna2 KTM@LRT wajib tahu yang pukul 5 sampai 7 adalah waktu paling sesak di mana2 stesen skalipon, terutamanya di KL Sentral dan Midvalley. Memang......... umph. Nak beratur pon sakit, ramai sangat. Tangga tak nampak langsung, covered by people. Dan kapel2 pon memang pegang tangan rapat2, peluk2, konon nak jage a. Cilakak. Jaga Islam ko tu, bukan jaga awek ko.

Dan bile kenderaan tu sampai, memang suasana sebijik macam time abes exam. Silap step bleh jatuh. Time ni a kene jage anak kecik tu lek lok, takut sesat, terlepas train atau jatuh dari landasan. Disebabkan kesibukan itu, aku pon men bedal je a. Taram jangan tak taram. Masuk je. Kalau tak masuk memang kene tunggu lagi a. Delay bukan 10 minit, 20 minit, paling kurang 45 minit. Ko siap leh sampai rumah dulu kalau nek MOTO. Syabas KTM syabas beti.

Nak dijadikan cerita, aku berjaya masuk dengan selamat. Aku sendri pon tak ingat aku de cakap Alhamdulillah tak time tu. eheh. Bende pertama yang aku pasan bile masuk, koc ni penuh. Penuh dengan orang. Laki len bukan aku sorang. Bende kedua aku pasan, lelaki sangat sedikit dalam koc ini. Dan benda yang aku tak pasan, aku da masuk koc wanita. Terima kasih kepada makcik di sebelah aku yang bertanya -- "ai, wanita jugak ke?"

Next station trus aku keluar. Tu pun da kaw2 cover malu. heh. Tapi bukan aku sengaja. Aku dijadikan mangsa oleh keadaan. Tapi tu a. First and last experience entering koc wanita.

Kadang2 bangge jugak -- sebab aku ade experience ni. Korang ade? hahahahaha.


p/s : bapuk tu leh masuk koc wanita ke? tomboy? KTM station please be more specific.

Wednesday, December 8, 2010

5-minutes entry

Technically, it wouldn't be so hard to post something in your blog. And this is a 5-minutes entry, an entry which will cost only 5 minutes to write, commencing from 650PM to 655PM. Who says blogging is difficult? Its you who is difficult.

OK -- I have 4 minutes left. What should I post? What I wanna post? It could be anything, from nasi lemak ayam rendang which I had this morning, cheap and satisfying with only RM2.50 (yeah Kelantan's food is the cheapest and the most delicious!), or bad dream I been through in my nap just now. Or I can create an article regarding how rude Malaysian today while driving. Or snap a picture of my room today -- nahhh thats embarassing. Men just dont love to show their "jungle" to others, even to a man. Right?

So that's it. 5-minutes entry. Simple, yet its accomplished.


p/s : So who want to challenge me more? Come here bebeyh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails