Sunday, December 26, 2010

Harimau Muda Yang Garang

Aku bukak blogspot hari ni. Usha2 sket ape blogger len blog pasal first leg of AFF Suzuku Final semalam. Memang banyak, dan ia memang dijangkakan. Kes laser yang membuatkan player2 Indon protes tak nak men kejap, kes Malaysia "bayar balik" hutang kekalahan besar 5-1 dalam perlawanan kumpulan, kes malaysiacheatlaser yang bawak aib kat Malaysia kerana isu laser2 hijau ni dikecohkan pulak dalam twitter. Banyak tol kes kan?

Tapi jangan silap. Aku bukan nak cerita pasal2 peristiwa yang tak penting sangat ni. Biar je blogger len story. Diorang ade gambar, diorang siap pegi tengok sendiri event tu kat Bukit Jalil. Aku? Stadium Astro je bai. Tak sehat sangat hehe.

Daripada aku berceloteh pasal isu2 kecoh smalam, bek aku huraikan sedikit sebanyak tentang prestasi Malaysia semalam. Takde sape pon blogging pasal ni, maka aku tanpa segan silu akan luahkan pendapat aku tentang macamana Harimau Malaya men. Ada kurang ada bagus, fan Malaysia jangan lak boikot aku, ni pendapat aku sorang je, bukan satu Klang pon. Dan aku pon ade sesekali tukar channel tengok siaran bola EPL, tengok kat Stadium Astro katekan. hehe.

Ok. Cemana skuad "adek" kita men smalam?

Jangan sebab depa "adek", kita bagi can. Tak boleh. Rajagopal pon da letak diorang yang men dalam final, maknanya Rajagopal yakin dengan diorang, even diorang still "adek". Minit2 awal perlawanan separuh masa pertama adalah bukti untuk fakta ni, di mana skuad Malaysia menunjukkan keghairahan diorang dalam mencari gol. Serangan2 bertali arus yang dilancarkan cukup untuk membuatkan aku agak terkejut bila mereka gagal menjaringkan sebarang gol permulaan. Dengan counter attack yang cukup laju, aku tengok Malaysia lebih fokus kepada permainnan counter dan bukak dari tepi, jarang diorang pakai ruang tengah kat padang sebelah Indonesia tu. Yup, memang cara ini cara terbaik Malaysia untuk perform. Tapi.. Haa. Ada tapi. Midfielder Malaysia pon ada silapnya. Bagi aku a, gelecek kuat sangat kot. Tak perlu sebut sape, korang sendiri da taw. Pusing lama sangat, kantoi, Indonesia counter, dan sampai aku pon gigit jari. Naseb bek tak masuk. Haha. Tapi first half tak nampak sangat gagah kita ni. Awal2 je, bile da nak abes first half banyak gak lubang dalam performance Malaysia. Tapi takpe. Syabas sebab berjaya kekang mereka 0-0. Bravo2.

Second half?

Kita punya kot. Cukup panas sebenonye. Terima kasih kepada botak Markus tu, bising tak tentu pasal pasal laser. si Muslim tu kene laser pon senyap je, asal ko nak rabak2 kat ref Jepun tu? Pastu asal fan Malaysia yang kompem2 kene tuduh? Dengarnya orang yang men laser tu kantoi kat situ jugak, tak tau sangatlah. Tapi yang ko pegi ajak2 player2 ko nak protes tu watpa? Kan da kena bubuh 3-0. Sedap kan? haha.

Second half kite cantek rakan-rakan skalian. Dengan Muslim yang aku perasan cukup kental defend die --asyik2 dia yang clear bola, sampaikan aku rase Indonesia takleh men high ball sebab wujudnye si Muslim ni. Syabas bro. Dengan Nor Shahrul yang aku tengok betol2 macam Messi@Rooney, skill2 yang ditunjukkan bukannya senang dan cara bermain dia yang tak-makan-sorang tu lah buat Malaysia leading 2-0 senang2 camtu je time second half. Dan goal ketiga memang superb. Cross cantek dari Mahali -- right back, bukan right wing -- dan clinical finishing dari Safee memang betol2 buat orang fikir Malaysia men cam EPL, kan?

3-0 beb. Thumping abes.



p/s : Macam gila plak aku sorak sorang2 kat umah. Tapi takpe. Btol2 satisfied. Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Linkaja88 Permainan Judi Dragon Tiger Online – Permainan Kasino Jenis Dragon Tiger adalah salah satu dari banyaknya jenis permainan kasino yang sangat mudah untuk dimainkan. Bila anda pandai bermain permainan Baccarat maka Permainan Dragon Tiger ini tentunya lebih mudah untuk dipelajari dan dimainkan.

    Dalam permainan ini anda hanya menebak salah satu antara kedua kartu yang di bagikan pada sisi dragon atau tiger. Dan bila nilai kartu yang anda tebak jumlah kartunya mengalahkan yang tidak anda pilih maka taruhan anda menang.

    Permainan Dragon Tiger ini dimainkan menggunakan kartu remi yang dimana samalah seperti permainan baccarat. Dalam permainan Baccarat anda di beri pilihan Player dan Banker, di permainan ini anda diberi pilihan Dragon dan Tiger. Sebenarnya kedua permainan ini hampirlah sama, anda hanya perlu menebak hasil mana yang nilai/jumlahnya lebih tinggi diantara kedua pilihan yang ada.

    Permainan Judi Dragon Tiger Online
    https://www.linkaja88.net/permainan-judi-dragon-tiger-online/

    Tersedia Promo Spesial Dengan Bonus 100% - Dapat Anda Klaim Setiap hari !

    Jangan sungkan hubungi Kontak Cs kami yang online 24 Jam dibawah ini :

    » Nomor WhatsApp : +62812-2222-995
    » ID Telegram : @bolavitacc
    » ID Wechat : Bolavita
    » ID Line : cs_bolavita

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails