Thursday, December 9, 2010

Koc Wanita

Sebagai permulaan, aku tergerak nak review beberapa perkara tentang koc wanita ni setelah aku bace post ni kat blog cero. Aiseyh, promote lak. Nway back to main point, koc wanita. Mungkin ada orang yang tak tahu apa itu koc wanita, kerana sesetengah daripada kita langsung tak tahu langsung menggunakan KTM @ LRT. Orang berkereta katakan.

OK aku tak kutuk sape2 k. Aku sendiri pon taw kewujudan koc wanita ni by accident. dalam stahun yang lepas kot. Time aku masih student, time di mana aku rasekan suratkhabar tu hanya dibaca di kedai makan waktu tengahari. Itu pon suratkhabar free. Agak jahil a, ye a, kalau student tu TV pon digunakan just untuk men PS atau Xbox. Adoiyaii.

By accident?

Yes. Pengguna2 KTM@LRT wajib tahu yang pukul 5 sampai 7 adalah waktu paling sesak di mana2 stesen skalipon, terutamanya di KL Sentral dan Midvalley. Memang......... umph. Nak beratur pon sakit, ramai sangat. Tangga tak nampak langsung, covered by people. Dan kapel2 pon memang pegang tangan rapat2, peluk2, konon nak jage a. Cilakak. Jaga Islam ko tu, bukan jaga awek ko.

Dan bile kenderaan tu sampai, memang suasana sebijik macam time abes exam. Silap step bleh jatuh. Time ni a kene jage anak kecik tu lek lok, takut sesat, terlepas train atau jatuh dari landasan. Disebabkan kesibukan itu, aku pon men bedal je a. Taram jangan tak taram. Masuk je. Kalau tak masuk memang kene tunggu lagi a. Delay bukan 10 minit, 20 minit, paling kurang 45 minit. Ko siap leh sampai rumah dulu kalau nek MOTO. Syabas KTM syabas beti.

Nak dijadikan cerita, aku berjaya masuk dengan selamat. Aku sendri pon tak ingat aku de cakap Alhamdulillah tak time tu. eheh. Bende pertama yang aku pasan bile masuk, koc ni penuh. Penuh dengan orang. Laki len bukan aku sorang. Bende kedua aku pasan, lelaki sangat sedikit dalam koc ini. Dan benda yang aku tak pasan, aku da masuk koc wanita. Terima kasih kepada makcik di sebelah aku yang bertanya -- "ai, wanita jugak ke?"

Next station trus aku keluar. Tu pun da kaw2 cover malu. heh. Tapi bukan aku sengaja. Aku dijadikan mangsa oleh keadaan. Tapi tu a. First and last experience entering koc wanita.

Kadang2 bangge jugak -- sebab aku ade experience ni. Korang ade? hahahahaha.


p/s : bapuk tu leh masuk koc wanita ke? tomboy? KTM station please be more specific.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails