Wednesday, December 29, 2010
Ai tengok bola pon marah??
Tuesday, December 28, 2010
Janganlah Kecoh Sangat -- Laser je pon
Sunday, December 26, 2010
Harimau Muda Yang Garang
Thursday, December 23, 2010
Bliss In Ignorance
Tuesday, December 21, 2010
AWAK DIPECAT SERTA MERTA
Friday, December 17, 2010
adakah anda juga seorang lalang?
Thursday, December 9, 2010
Koc Wanita
Wednesday, December 8, 2010
5-minutes entry
Tuesday, November 30, 2010
tanggung dan jawab
Friday, November 26, 2010
kaedah menyembuhkan demam secara tak langsung
Wednesday, November 17, 2010
filem "Facebook"???
Tuesday, November 16, 2010
selamat hari raya aidiladha (di perantauan).
untuk apa ko bekerja?
Sunday, November 14, 2010
dalam bayang sendiri
Tuesday, October 19, 2010
ARIF TAK KESAH.
Saturday, October 16, 2010
Into the New World.
She's the salt in my cooking.
Sunday, September 12, 2010
Yo Yo Yo Yo Lekkk Luuuu!!!
Skang kene balik ke bandar, kerja.
Dan kerja.
Kerja.
Dan kerja. Hoii!!
Sambutan hari raya memang terbaek.
Kete rosak on-the-way nak balik kampung.
Bocor minyak gear, alamatnye memang kene turunkan gearbox a.
sehari tak cukup.
dan kejadian berlaku pada petang 8 september 2010.
sehari sebelum raye -- memang takkan lekang dari ingatan.
dan aku rase taun ni tak semeriah mane, mungkin kete rosak tu, mungkin jugak cuti pendek.
Mungkin.
dan mungkin jugak aku yang lebeyh2. *haha*
Tapi ade yang menarik kali ini.
Walaupun cuma makan McD bersame2, tapi lepak bersama buah hati ngan kawan karib semeja cukup untuk mencoverkan semue episode sedeyh time raye ni. haha. thx -- muah muah.
euu.
Dan tolong a, jangan tayang cite same je tiap2 tahun.
Balik2 Spiderman, balik2 Zombie Kampung Pisang.
Aku tengok iklan sponsored by SHARP, tapi tayang cite "Susuk".
Aduh. Untung ada Astro.
p/s : Aduh. Berat turun kaw2.
Wednesday, September 8, 2010
Raya Taun ni Pelik?
Raya penuh kontroversi.
Cuti seminggu tapi raya dua hari je. *sedih* *haha*
Belum raye da macam2.
Sosilawati hilang - mintak2 jumpe balik insyaAllah~
Raya awal shari (katenye Kamis) -- ni taktik nak meniaga ni. sampai ade yang sanggup balik awal.
Traffic jam kaw2 -- 25 km kot kalau ko tengok berita TV3.
Iklan Hari Raya berkonsepkan Krismas dan Buddha pon ada!
Beraya awal shari pon ade! Yakin sangat. Untung ko. Masuk TV lagi.
Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri -- Maaf Zahir dan Batin -- 0-0 ek~~
Kalau da kerje wajib bagi duit raya k? alahai nasib.
p/s : Puasa sebulan, raya sebulan gak a. Kot.
Wednesday, August 4, 2010
Ramadhan Datang Lagi
Lame jugak tak menaip-naip ni. Nak dekat sebulan kot. Aish. Lame tu. Sedar2 nak puasa da. Sibuk sangat cari keje sampai tak sedar dah dekat Ramadhan. Bazaar2 pon aku tengok da stat penuh dah. Memang nak pose da. Haha. Nasib bek dah ganti. Selamat je aku nak pose balik penuh tahun ni. Xde muntah2 jus gaster da.
Taun ni aku bukan student ag. So aku yakin dan pasti balik kampung nanti belambak a yang akan Tanya aku ni da keje ke belum. Bukannya tak dapat offer, dapat. Offers lagi, bukan satu. Bukan nak hidung tinggi, cume skang ni rase rugi. Gile2 a punye rugi. Rugi tak amek lesen awal2. Negotiation untuk offer keje cume berjalan sekerat jalan, gara2 sebab lesen takde ni. Nyesal pon tak gune. Bukannya takmo amek lesen awal2, tapi tulah. Bukan rezeki namenye. Bengang!
Tapi Allah tu Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. Amin.. banyak sket pahala aku arini. Heh. Terlepas peluang kerje tu bukan bermakne aku ni da rugi gle2 jugak. Tertutup satu pintu tapi terbuka 3 lagi pintu, mane ntah aku dengar ayat ni. tapi maksudnye, aku takleh mengalah kat sini. Mungkin hari ni bukan hari aku, lebih kurang camtu kot. What goes around comes around, kan?
Ape yang lennya Ramadhan dan Syawal kali ni? Banyak.. kowt:
• Aku bukannya student lagi. Kene a cari kene kalau nak pakai baju raye baru. Malu a nak mintak ngan mak ayah ag.
• Raye tahun ni mungkin lebih sunyi, sebab nenek sebelah ayah aku meninggal. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin..
• Aku ni bukan remaja dah. Da besar da bak kata mak aku. Akhir remaja, mungkin. Tapi aku takleh a nak wat perangai rilek je. Anak sedare aku da sound kate nak mintak duit raya. Aku ni da cukup syarat ke??
Apa-apa pun, aku harap raye taun ni selamat la kehendaknye. Bencana alam menimpa2, kat Pakistan tu macam da kiamat da, kat China lg. Syukur Malaysia selamat lagi kategori bala macam tu. Harap2 aman la sampai ke tua. Taknak aku perang2 ni. Tak kuase I.
Di kesempatan ni, saya selaku pemilik tunggal blog ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat yang membaca artikel ini. Selamat!
p/s: Berat naik. Wajib.
Tuesday, July 20, 2010
Aku Menopause??
Jujurnya, kalau korang tanya aku ape yang aku buat, apa faedahnya aku melepak (menganggur, lebih tepat lagi) sepanjang tempoh sebulan aku di rumah, jawapannya aku da berjaya dalam sesuatu, dan aku sedar tentang sesuatu. Boleh ek gtu? Boleh bangg...
Berjaya dalam sesuatu? Ya aku berjaya menambahkan berat badan. Chet. Sure ade antara korang yang bace ni pikir camtuh. Aku takkan sebut "Blog aku, ikut suka aku a" -- kasar tu. Tapi tu a hakikatnya. Berat aku hampir 65kg da skang, da itu merupakan satu peningkatan besar beb. Sebab aku hanya dikenali sebagai seseorang yang mempunyai berat badan konsisten -- 55kg untuk sepanjang hidup aku sebagai seorang pelajar menengah. Ya. Makan nasi seperiuk pon time tu berat aku tetap maintain 55kg. Bengang gak a bile nak mandi, tengok dada nampak tulang je, kene hentak sekali tak bersepai aku?? Tapi alhamdulillah, 5 tahun ni ada gak peningkatan, walaupun tak mendadak. Ternyata formula makan-tido-makan-tido membuahkan hasil jugak akhirnya, walaupun lambat. Haha.
Sedar tentang sesuatu? Kegilaan tengok TV. Dari kecik sampai sekarang memang aku kaki TV. Katun, drama, filem, rancangan memasak, sukan, berita, sume aku tak miss. Tapi sebulan ni aku memang da takde selera nak tengok TV. Entah kenape. Semangat pon time World Cup je. Pastu hampeh. Adik aku je conquer, Spongebob, Avatar, Tom and Jerry. Semua channel katun a, senang kate. Dan tak lupa mak aku, dengan cerita Benci Bilang Cinta die tu. Setiap mase ade playback drama indon tu, bek pepagi bute mahupon time pukul 1 pagi.
positifnye : Baguslah -- nampak a aku makin dewasa dan matang.
negatifnye : Due2 tak bagi impak sangat sebenanye -- dan aku masih tak keje jugak.
p/s : Due2 pon mak aku tak proud with. Haha.
Thursday, July 15, 2010
Dah tak boleh dah.. Kan?
Hidup ni kena berdikari. Sumpah aku tak tipu, penting ni. Tak kisah a ko anak Bill Gates ke, Donald Trump ke, Donald Duck ke, yang pastinya, bila tiba masanya nanti, kita dah tak leh dah nak bergantung kepada mak bapak kita lagi, walau 1 peratus skali pun. Kita kena start cari duit sendiri, kena start cari keje, bergantung kepada kelulusan pendidikan kita. Bukan aku nak kata kalau ko SPM tu memang keje ko gaji rendah @ 'low standard', tapi maksud aku carilah keje yang sepadan dengan kelulusan kita. Asalkan halal, alhamdulillah cukup la tu. Kan?
Kenapa aku bukak topic keje ni? Senang je, aku da habis belajar, nak grad dah, so nak tak nak aku kene start cari keje a. Keje yang aku maksudkan tu keje betol a, bukannye praktikal, bukannye intern, bukannye latihan perindustrian, tapi keje yang ade EPF, SOCSO dan benda2 ngarut tuh (entah betol ke tak nih). Dan kelulusan aku pon bukannye tinggi sangat pon – harap2 dapat a tunaikan impian aku perlahan2. Keje pelan2, angkat kete satu, support family, kumpul duit nak kawin, sudahh. Aku bukannya paranormal, dan macam tu a lelaki. Kan?
Dan skang aku tengah amek lesen kete. Ramai junior senior aku tekejut bile dapat taw aku ni hanya ada lesen moto sahaja. Sampai kene ulang 2 3x statement pedas tu. Mak aii.. takde a teruk sangat amek lesen lambat. Tak salah pon, aku memang tak berkesempatan nak amek. Kes tak cukup duit, praktikal dan kes2 yang tak dapat dielakkan mmg mengkantoikan usaha murni aku ni. Dan telinga aku pon da remuk bernanah mendengar leteran ibunda aku menggesa anak sulungnya ini mencari kerja. Hari2 beb! Tapi leteran tu bukannye free beb. Ada maksud dan matlamatnya. Ada baek dan buruknya. Ha lu pikir a sendiri. Boleh pikir sendiri tu. Kan?
p/s : Da bengkak mata tido.
Sunday, July 11, 2010
B.O.L.A. – Buat Orang Lupa Allah
Selamat.. err.. entah. Aku pun tak tau nak kate ape. Heh. Ini mungkin sekali bahana lama tak blogging, pasti. Lame sangat dah aku tak blogging. Puncanya masih tak dapat dikenalpasti, tapi malas memang jadi faktor utama. Haha. Hidup aku sekarang pon bukannya sebagai seorang pelajar lagi. Ya. Aku sudah tamat belajar. Tunggu waktu grad saja om. Tidak ada sudah hidup sebagai seorang pemuzik, hidup sebagai seorang pemain futsal tegar. Pokoknya aku harus mencari matlamatnya, ya, aku patut mulakan usaha mencari untuk apakah aku hidup skang. Pendek kata, aku nak keje ape lepas ni? Ada cadangan?
Tenggelam timbul, turun naik, sebenarnye da banyak sangat benda yang jadi kat aku. Kalau nak cerita tu sah2 takleh buat dalam satu entry je. Naek bosan korang. Dari hal cari keje, hal kene tuduh mencuri, Piala Dunia 2010 ni lagi, macam2. Haha. Tapi aku rase baek aku bagi pendapat aku tentang Piala Dunia 2010 kat South Africa ni dulu. Sebab ade le sorang due kawan aku sound, blog ko tu dah besawang da, update a sket.. Prihatin tol. Mengalahkan aku. Apa2 pon, terima kasih genk. Takpe aku tak marahnye ko skodeng blog aku. Heh..
So, sape tgk final smalam? (AKU3X!!!)
Haha. Netherland VS Spain – Iniesta jadi hero lagi. Walaupun menang dengan kelebihan satu gol saje, namun kemenangan ni sebenarnya cukup untuk melakar satu sejarah penting dalam bola sepak Sepanyol kerana setelah bertahun dikecewakan, akhirnya mereka berjaya menempatkan satu bintang di logo negara mereka. Ya, satu bintang untuk satu kejuaraan Piala Dunia. Gempak beb! Dan ternyata di sini Belanda hanya mampu menjadi penggamat suasana Piala Dunia sahaja, hakikatnya termasuk tahun ni da 3x depa tak menang2 kat final Piala Dunia. Oranje lah sangat, Matador gak gempak!
Rating match?
Bese2 je, kate orang Ganu 'atah tong' – maksudnya boleh tahanlah. Sebab? Match semalam memang sengit, walaupon gol Iniesta tu hadir pada minit ke 116, tapi bagi aku match tu sengit, penuh dengan foul, yellow-card die macam unlimited – nak bagi bagi je, dan tak berhenti counter-attack. Pada hemat aku yang tak hensem ni, kad yang banyak dalam sesuatu match menandakan referee tu tak best sangat, tapi berdasarkan gaya permainan Belanda yang memang cibai semalam, memang aku bersetuju, walaupun bukan semua, dengan keputusan Howard Webb, pengadil botak penuh kontroversi dari England ni. (England mane weh?? HAHA) Belanda memang men kasar kaw-piaw semalam, de Jong tendang Alonso stail Eric Cantona pon leh dapat kad kuning je. Bukan tendang stail Eric Deco kat TV tuh, ni memang deserved sangat red card. Tapi akhirnya dapat yellow je, misteri dowh. van Bommel pon patut da lame da kuar padang, faul die sikit punye banyak, mau patah kaki Iniesta tu ditendangnya. Tapi untuk fan-fan Belanda, aku tak berat sebelah. Aku taw, Iniesta memang patut dapat kad merah sebab tolak balik van Bommel time ET. Yang kes Robben dengan penaltinye tuh, die memang tak patut dapat penalty, sebab die ade gak pijak Casillas time tuh. Tapi Belanda sepatutnye dapat a free-kick satu berdasarkan cara Puyol menggomol Robben sebelum tu. Da aku rase Heitinga memang masuk perangkan Iniesta, die tarik sket je Iniesta (kot), tapi kantoi plak. Walk away a jawabnye. Cill a guys, nak buat cemane, refereenya tak lain tak bukan Howard Webb. Memang Howard Webb. Aku memang cukup anti a die ni, kalau sape fan Man Utd taw a. Heh..
Tapi fan-fan Piala Dunia ni style. Macam2 perangai ada. Member aku frust Paraguay tak leh g final, katenye tak dapat tgk Paraguay No.1 Fan Larissa Riquelme stripped. Adoiyai, jangan risau genk, aku terbace die still nak strip jugak. So alert2 sket lah. Haha.
Spiderman berlambak2. Ke Invisible Man?
Macam2 ada. Takyah amek Torres, Lampard ngan Messi jadi icon. Ni paling ses-wai.
Tu dia Larissa… Die melalak, korang terbeliak! Kan?
Thursday, May 6, 2010
komik bukan sekadar hiburan.
highlight entri ni sebenarnye aku amek dari komik AAS tu lah. banyak iktibar dan pengajaran kite leh kutip dari siri komik ni. dan aku tak ingat dari part mane aku amek ni, cume aku taw nasihat yang disebarkan melalui komik ni sangat2 mendalam dan bergune sebenarnye. simple, tapi padat:
- semayang biar cukup
- makan biar kenyang
- keje biar siap
- tidur biar nyenyak
p/s : jangan bising kalau aku bangun lambat, kate tido mesti nyenyak.
Wednesday, May 5, 2010
Dunia owh dunia.
penuh dengan dugaan. macam2.
kawan makan kawan.
kawan jadi lawan.
darah sana sini.
lucah sana sini.
bunuh kanan kiri.
malaysia dah tak macam dulu.
dulu camne? dulu takde camni.
camni tu camne? sume paper cite same.
kalau tak politik, bunuh. buang bayi. nak wat camne. ni a senario zaman kini.
aku taw dan aku sedar. amal pahala aku takla besar. tapi aku nampak. dan aku taw korang pon nampak. Islam da tak macam Islam. pakai seksi cakap up-to-date. tgur seksi marah. cari point aku, nak balas balik.
"mane de seksi! ni trend kowt!"
ikut selebriti katenye. chait. selebriti a kunun. malaysia sana sini da terang jelas lagi besuluh. selebriti pakai seksi, kale rambut, togok air setan. trend a kunun.
aww jangan camtu. aku tak marah. tapi aku nampak. dan aku cume taksuke. eleh. aku suke ke tak ko leh buat jugak. kan? jangan mare~~
p/s: kalau budak2 foreigner tu bace Metro cemane a kan..
Monday, May 3, 2010
I am HOT --- always!
Don't blame me when I'm full, blame Mamaks for their "roti tulur".
Don't blame me for being lazy, blame my pillow and my blanket for their distraction.
Don't blame me for being so noisy, I am just boring.
Don't blame me when I keep updating my Facebook's status, I am just boring.
Don't blame me for writing this, again, I am just SO boring.
Snails look so yummy sometimes.
Sunday, April 25, 2010
Ya Allah!!!
YA ALLAH!!!
WHY I HAVE SO MANY GIRL FOLLOWERS??!!
AM I HOT??
AM I THAT ATTRACTIVE???
yup. I am being nonsense as soon as I woke up from sleep. haha.
p/s : poyo sial. hahaha
Dajal da sampai!!!!
rasenye suda lame shaye (ape gedik2 ni awww!) tak updaye belog shaye. maklumlah student final year. memang bz (gler). makan x tido tak. buat keje je. nak kate last minute xde lah sngt. tapi, nak tak nak memang salah shaye gak sedikit sebanyak. tak gune blame orang len, kutuk diri sendiri cukup. tepulanglah nak improve @ nak majuk. haha.
DAJJAL DA SAMPAI?? kalau nak cerite cukup banyak. so shaye pendekkanlah ye. nak cerite ape? sape nak dengar? entah. layankan je. zasss.
sape2 yang Islam mesti tau sape gerangan dajal ni. makhluk mata satu yang diriwayatkan dalam banyak hadis dan ayat al-Quran. makhluk sial yang akan menakluk dunia satu masa nanti, bila mana benar dan salah bukan lagi dipisahkan oleh dua definisi berbeza. nape shaye kate dajjal da sampai? aah. memang nak sampai da. dekat sngt da. ramalan da banyak. nak cerite sume memang belemak a. haha
senang cite, aku ade tengok satu video "The Arrival" kat Youtube, berkisar tentang benarnye kewujudan dajjal dan betapa hampirnya makhluk sial tu ngan kite. Insyaallah kl tenet aku laju, nanti aku post semue video yang aku tengok tu, moga2 amalnye dapat kat aku dan ilmunye jatuh ke korang --- amin.
Tapi untuk preview, shaye nak korg semue taw, yang kewujudan dajjal tu sebenarnye da ade di mane2. kat Malaysia pon ade. tak caye? korang yang hisap rokok --- cube tgk kat mane2 brand rokok, mesti ade satu logo, yang ade gambar due ekor singa mengaum kat satu takhta. alamak aku xde gambar a nak post, tapi korang mesti leh carinye. haa. tu simbol anti-Christ, yakni Dajjal. bukannye susa nak cari. sebab tu aku kate proofnye kat Malaysia pon ade. kan??
p/s : Hisap rokok Nusantara. Haha
Monday, March 29, 2010
Ya Saya Seorang Lelaki dan Saya Layan Korea
Aku laki. Haha. Memang laki tulen. Original dari-Nya.
Dan aku layan korea. Ye aku ulang. Aku layan korea. Haha. Jangan sempitkan pemikiran korang. Kalau korang pikir pompuan je layan korea, memang korang berpikiran sempit kalau korang kutuk laki layan korea. Ingt adnan sempit ke hape.
Korea banyak. Bukan stakat cintan-cintun-jiwang-miwang je. Bukan banyak laki2 ensem, laki2 jambu je. Pompuan hot pon blambak2. Tapi yang aku fokuskan dalam bidang korea ni adalah variety show nyer. Best. Siyes best, bg aku lah. Sebab aku suke tengok lawak2 ni. Recommendation aku untuk sape2 yang layan variety show yang lawak, tontonilah:
1. Family Outing
2. Star Golden Bell
3. Infinity Challenge
4. dan banyak lagi -- aku taklah layan banyak sangat, tapi tengok dak2 batch aku cam layan banyak gle je..
Lagu2 diowang pown layan. BIG BANG style dowh. Korea len sket, diorg memang banyak dancing dari nyanyi, tapi susah weh nak nyanyi sambil dancing. Siyes. Aku da try da hahaha.
Musik ni banyak dow. Tak salah layan sume, janji masuk sudah. Tapi takyah a sampai ko layan satu genre dan kutuk genre len. Terbuka a sket -- baru sempoi. Pergh ni baru betol blog musician hahahahaha.
p/s : aku still layan lagi series len -- big bang theory, how i met your mother dll.
Sunday, March 28, 2010
I am simple, but not single
Firstly, to be honest, I am a simple man. really. wake up, eat, class, football, what else should a student care about? I am not going to say --- GET OFF! THIS IS MY PAGE! --- as I myself are also annoyed with that phrase. the thing is, what you saw in my blog is the real me. simple doesn't meant that I am zero inside. I expressed my thoughts via my blog, about everything, but still I try to make it simple. people should knew that reading something online (articles in blogs for example) can be quit boring if it contains 5 paragraphs or more -- in my opinion, personally. Simple is enough, but try to make it worth your time to read it, and enjoyable.
Right?
p/s : Have to admit that I am not that hardworking. Sometimes its called "blur", not "lazy".
Sunday, March 21, 2010
DOWNTOWN CHERAS
lame tak pegi, banyak gak a perubahan. ketara, sebab dulu pegi laen, time 2nd year last kalau aku tak silap, time tu croc tak fofuler lagi. la ni pegi hari tu pergh. croc belambak2. dalam satu lane mesti ade booth croc. depan2 lagi, sebelah2 lagi. ape orang2 KL ni memang gle croc ke hape, smue booth macam penuh je. aduh. nek nyampah aku, nyesal pon de turun.
dan port steambot pon makin bertambah. laku aku tengok, jalan sket steambot, jalan sket steambot. penuh simpang dengan meje. pergh. sedap pon sedap. teliur gak tengok. kaye seyh diowang ni, satu cucuk singgit. kalau bajet dalam 100 cucuk habis, RM100 da. takkan 100 cucuk bai.. mesti lebih. tolak modal aku rase lepas gak 2 300 diowang tiap2 malam.
pegi a sane melawat, at least dapat layan steambot. ok a tuh.
p/s : sori tak snap pic. henset da lame ilang.
Wednesday, March 17, 2010
Nak Satu Lagi Boleh?
Suatu petang yang macam nak hujan, aku melawat TESCO. Beli sket makanan ntuk dimakan sambil menonton Family Outing episod 82 - Tiffany and Nicole!
Lepas tu aku tertengok a senario time nak bayar kat kaunter express :
"abang pegi beratur dl, mak nak amek barang sket"
"ok"
"eh asal adik beratur sini, sane de kosong"
"abang tu beratur jugak a, kosong tu sebab die bagi orang nak lalu"
"jom kite pegi situ"
"mak potong line!"
"ala buat tak taw"
Pastu mak die sengih. what the fish.
Mak die slambe-derk je beratur depan budak tu, mentang budak skola rendah.
Lepas tu aku tengok budak tu dok men2 ngan adek kecik, muke cam masam, kene marah ngan mak kot tad.
Aku bagi a coklat ECLIPSE MINTS - ala yang kotak besi tu.
Skali die datang ag, "nak satu lagi bang, boleh?"
"nah"
Die bagi adik die satu, die satu.
p/s : Naseb bek line aku beratur tu panjang. sempat tengok drama sebabak ni.
Saturday, March 13, 2010
Re-onion (nangis2 sket)
reunion leceh. lagi2 kalau kite jadi organizer @ tukang-poyo. nak kontek sane nak kontek sini. kesian kat organizer, gara2 keinginan suci die nak tengok classmates die dicop poyo. ha kalau part ni pompuan memang rajin. tak suruh pon takpe. kekeke
tapi. ade tapi.
reunion ni best. ko jumpe member lame, takkan tak best. stakat yang terserempak kat kedai pon da jerit hepi, ni kan pulak appointment yang korang set sendiri. jumpe member yang da berubah. dulu geng sikat rambut tepi, skang geng ikat tocang blakang. dulu geng rugby, skang layan wonder girls. dulu baik pijat semut pon tak mati, skang orang hidup pon leh masuk kubur terus lepas kene pijak ngan die. dasat betul kuasa masa ni kan.
reunion ni pon kekadang boring. ye aku taw jumpe member mane boring. tapi kate jumpe hepi, ni boring plak mane satu? takdelah. kalau xde orang arrange susah payah gak. takkan nak makan je 25/8. kang member penat2 diet pegi reunion da macam tak payah diet, makan banyak sangat. tapi kalau member jenis yang redah-men-tibai je nice jugak.
kemestian? tak sangat kot. tapi kalau leh wat a. siyes layan lepak ngan member lame. experience da banyak. jumpe genk yang balik dari Jepun, dari India, dari US, kompem macam2 cite bukak. pergh cam Astro lak. buat edisi HD gak. kompem tak layan.
p/s :
"weh gle ko tige taun tak jumpe tak ubah pon!"
"haha. ko je yang brubah"
"tang mane yang berubah?"
"tetibe je poyo nak buat reunion. dulu takpon"
"...... ye a."
Friday, March 12, 2010
Surat Khabar Malaysia Isi Entah Pape Entah
slamat berblog kembali. pergh lame siut. lame gak a. macam2 kejadian dan perkara melibatkan aku secara tak langsung dan langsung mahupun siaran langsung membantutkan aku yang sememangnya malas ini untuk meng"update" blog ini. tu dia. satu ayat 23 perkataans. hebat tapi sengal.
siyes malas nak update. ngan keje berlambak dan semakin belambak, aku nak bukak page ni walaupun da bookmark pon malas. aigoo. tapi sejak man united menang besar ke atas ac mizal eh ac milan bebaru ni, ntah cemane a ade satu semangat waja stainless steel cube menyirup ke dalam diri aku. sengal, update blog je pon. ni macam ngarut je.
bese a. macam tak bese ngarut kat blog. ececece xnak ngaku.
dan aku tak update blog sesaje. kalau ade isu tu rajin je tangan ni nak taip. bukan isuzu ataupun suzuki. isu. hot stuff. keadaan@senario. aah member aku kate senario cam nek balik je akhir2 ni, walaupun pada pandangan aku camtu gak mundurnye diorang. takde kene mngena pon ngan isu aku ni. haha. sebenarnye aku nak fokuskan pada surat khabar@ paper. berkenaan isu2 hangat @ front page story diorang.
siyes. makin lame aku bace makin bdoh jadinye. surat khabar menurut cikgu sekolah rendah aku yang aku da lupe name dan mukenye adalah salah satu medium ilmu, kirenye paper ni leh digunapakai untuk belajar lah. news strait times @ star adalah contoh dimane aku selalu membelinye untuk meningkatkan vocab aku disamping bermain sudoku. tapi kalau tengok hari ini punye paper semue berite ngarut. politik, politik dan politik. aku sendiri tak bagi adik aku bace utusan malaysia, pro-Umno sangat. dan jugak metro. ilmu hitam a, saka a, lembu masuk mesin basuh lah. bace paper omputeh kate poyo. bodoh. korang panggil suratkhabar "paper" gak kebanyakannye.
siyes bile malaysia nak maju kalau disajikan bende2 camni?
p/s : kiamat dowh. kiamat. haa baru ingt nk basuh kain plekat. baru nak bukak laci cari kopiah.
Monday, March 1, 2010
143??!!
Ade yang taw ade yang tak.
Bagi yang tak taw, 143 ni simbolik kepade phrase "I LOVE YOU", satu ungkapan romantik(lah sngt!) dalam pemikiran sesetengah insan bernama manusia yang tengah mabuk cinta. Bagi yang taw, HOI AKU TAK JIWANG. Bace dulu entri ni baru bising2. Kecoh tol a.
Kenape 143? Adakah kerana aku ni jiwang? Chait. Mane ade. Tapi aku kene admit yang aku selalu tinggalkan die time tengah mesej. Mesej2 je aku da lelap. Sori sangat2. Tapi die pon same! 2 kali 5! Memang kami padan sangat! Haha!
Yela aku jawab balik a ni.. 143 tu bagi maksudnye 1MALAYSIA, 4PAGI, 3B. Dalam maksudnye, dan aku terpikir nak buat entri ni time on the way nak balik ke rumah dari mamak tu lagi. Boring pon satu sebab ag. Haha.
Aku sungguh lapar, jujurnya. Tersedar jam 4 pagi time perut memang kosong cukup tak best. So aku kumpul a syiling RM4 untuk bergegas ke mamak yang berhampiran bagi mengenyangkan perut aku ni. YE SYILING. Duit besar sangatlah - RM50(pokai lah!)... Tu lah definisi 4 dalam '143' tu.
1MALAYSIA? Pebende? 1MALAYSIA ni satu konsep. Ye aku taw. Konsep semue bangsa dalam Malaysia ni bersatu padu. Aku taw jugak a sket2 walaupun aku tak tengok TV. Sebab pe aku bangkitkan isu ni? Sebab baru aku perasan bukan orang je boleh amalkan konsep ni. Tengok kedai mamak aku pegi tadi. Sampai2 memang takde orang. Kosong. Macam perut aku. So aku order a roti telur dan teh ais - walaupun tak cukup tapi aku sedar duit aku pon tak cukup. Waiternye Indon, bos dalam kedai dan kebanyakan pekerjenye bangla, tapi ownernye Melayu. Btol kawan2, owner UFO kat Pelangi nih Melayu. Btol2 1MALAYSIA.
Dan 3B tu stand for BELIA BENCI BAPUK. Yes I hate BAPUK. But I don't discriminate them. Da Allah nak letak camtu, kite bukan de kuasa pon nak halang. Tapi aku betol2 tak kuase nak layan karenah bapuk ni. Bulu dade penuh, tapi nak pakai lagging. Nak bawak beg besar2. Siap ade yang pakai kadigen ag. Terencat habes. Yang dalam cite aku ni, bapuk tu dok pandang je aku time aku tengah pelahap roti telur tu. Bapak tak senang duduk aku jadinye. Rase nak tuang je kari ayam tu dalam telinga kanan die, tuang dan tuang lagi sampai keluar kat telinge kiri. Tak cukup kari order lagi. Anne!
Cukup panjang a tu aku mepek. Perut pon da kenyang. Lalala~~
p/s : Tengok bapuk tu jilat aiskrim buat aku tak sedap ati lah.
Sunday, February 28, 2010
Senario aku di musim kemarau
Semakin hari semakin bahang.
Bile da bahang, maka kelenjar peluh smakin aktif.
Bile da smakin aktif, smakin basah baju saye.
Bile da smakin basah, smakin kuat basuh bajulah jawabnye.
Bile kuat basuh baju, kuat pakai air lah.
Bile kuat pakai air, bil naek a.
Bile bil da naek, kos per individu makin naek a.
Lepas tu sume buat muke.
Poket makin lame makin ringan.
Makan makin lame makin segan.
Megi je manjang.
Sume muke ketat nak tunggu duit scholar bulan depan masuk.
Aigoo.
Bile da masuk senyum.
Beli itu beli ini.
Keluar sane keluar sini.
Da takde duit baru nak lepak umah balik.
Bile lepak rumah panas a.
OH PANAS!
p/s : panas tu kire ok. kalau kene gempe bumi macam kat Chile ngan Haiti tu?
Friday, February 26, 2010
Semenyih Syurga Bangla
Selamat menyambut hari Maulidur Rasul. Bagi mereka yang lupe tu, berazamlah taun depan tak jadi cam taun ni lagi. Alhamdullillah da wish da..
Jumaat kalau cuti adalah hari yang agak malang a bagi aku yang berada di Semenyih. Surau@masjid di sini tak besar sangat, semayang Jumaat biasa pon da pack. Siap berebut ngan budak lagi. Kene pulak hari Jumaat cuti, macam semalam. Lagi a. Sambutan semayang Jumaat tu jadi cukup luar biasa. Dua tiga kali lagi ramai. Macam terpikir lak, diorang ni hari Jumaat keje rajin sangat ke sampai tak semayang Jumaat?? Benci pon de. Ramai sangat. Bukan satu masjid je. 3 masjid lak tu. Alah, ni bangla ramai ni.
Bapak2 yang bawak anak semayang Jumaat skali jage a btol2, da a ngacau time smayang, lepas tu time nak balik ramai2 tu boleh die biar je anak je jalan sesorang. Sedar2 da hilang baru nak tampal poster.
p/s : Yang ponteng pon ade kowt, sebab dalam kepala otak dah pikir da hari cuti kompem ramai orang.. Senang2 je rase api neraka kan? Hebat2.
Wednesday, February 24, 2010
Cermin dan Double-Sided Tape.
Macam cermin dan double-sided tape.
Kenape?
Kerana item2 di atas mampu membuatkan aku berzikir pada-Nya.
Kerana item2 tersebut membuatkan aku sedar aku insan tipikal yang tak mampu nak puaskan hati smue orang.
Kekadang kite berusaha untuk membuatkan keadaan jadi lebih baek, tapi hakikatnya untuk sesetengah orang sahaja.
Sangat2 susah sebenarnya untuk puaskan hati smue orang! Maybe the toughest challenge we will face for the rest of our life! Tu dia..
Kerana tu aku cakap aku ni umpama cermin, hanya ada satu side, tapi da cukup untuk layan satu@sesetengah pihak sahaja.
Aku bukannya macam double-sided tape, boleh pakai untuk due2 bahagian, ya walaupun due tapi anggaplah macam smue. Kate DOUBLE-sided tape.
Jadi lah marker permanent. Terus lekat di hati. Bukannya stappler, seems strong but temporary only.
p/s : Entry lepas semayang subuh ni buat aku rase cam tengah bagi kuliah subuh lak. Amin.
Aku tak bapuk lah!
Bodohnye korang kalau korang tak kenal Chef Wan. Chef tersohor kat Malaysia. Paling tersohor. So tak salah sangat kalau aku kate aku nak blajar memasak ngan die. Die power dowh. Bukan masalah laki ke pmpuan yang layak bab2 masak ni, masalahnya keinginan, kemampuan dan kesungguhan tu jauh lagi penting. Tu dia... Ayat mahal tu. Alah, aku berani bet a ade je anak dara yang langsung tak reti masak. Lagipon kalo korang tengok kat kedai makan, kebanyakan tukang masak adalah lelaki.
Ulang lagi? Lelaki.
Ulang lagi? Kebanyakannya lelaki.
So? Takyah malu kalau nak blaja masak. Malu pegi tanam kepala dalam tanah a. Biasanya
ostrich buat camtu a. Haha eh ostrich bahase Melayu ape e?? Burung kasawari??
Memasak ni best. Betol best. Bukannye aku nak cakap aku bapuk ke hape, tapi memasak tu satu kebolehan yang sangat2 menguntungkan kalau lelaki belajar. Da a kalau keje berat tu kite yang buat, keje masak pon kite bwat, pergh! Mantap dow. Haa pastu jadi suami mithali a ko. Jadi Mr. Mama a ko. Padan muke. Blaja lagi masak. Haha.
p/s : Rajin masak, malas basuh. Ni memang bukti aku laki sejati. Haha.
Tuesday, February 23, 2010
The throat sighs!
Your parents may be the savior this time.
Maybe they`ll give you some if you`re really rich.
Maybe they`ll lend you some, but don't forget the payback time or they`ll scold you.
Maybe they`ll scold you first, and give a little afterward.
Or..
Maybe they`ll not giving any!!! and Ask you to start saving! ----- well that`s my case.
They will not consider it anymore. Don't pretend to act cute or throw some nice promises, as they know you not a kid anymore. Yeah. Kids usually don't have blog, so I am either teenager@adult. I am teenager for some situation and an adult for another situation. Haha.
Maybe I'll try start saving. But not now!!
p/s : Just for this month! sigh~~
Monday, February 22, 2010
Puzzle Dow
Kasut futsal boleh mencerminkan personaliti orang, aku rase a.
Urgh.. Lapar a plak.
Baru ingt nak plan itu ini, bile cucuk duit aku terpaksa wat dono jelah.
Orianthi layan, tapi aku rase sesetengah solo die mngarut sangat @ show-off.
Sakit kepale bile ko tido lewat tapi bagi lewat jugak,walaupun ko da tido cukup 6 jam dari pukul 6 sampai 12 am.
Aigoo!!
Ni merepek nih.
p/s : Ade sape faham?
Saturday, February 20, 2010
Minum Air Masak Sampai Muntah
Pada mulanya, aku tercekik sket time makan nasik goreng tadi. Maklumlah bile aku da masak sedapnye aku sendiri pon leh tercekik, sedap punye pasal............. Ok lah aku tipu aku tak amek air pon tadi time makan. Dan akhirnye aku tercekik. Air dicari, namun bekas air masak aku cume mampu membekalkan secawan sahaja. Mai secawan, kate iklan di TV.
Ape aku ni air masak pon takde. Nak kate takleh beli maka masuk neraka a aku. Air RO seposen pon aku da tak larat minum. Ni kan plak kalo ko spend RM3.50. Bukan stakat dapat air RO sebanyak seliter setengah, malahan ko boleh dapat stok untuk minum sampai muntah, dan cuci pakai stok tu lagi. Duit lebih daripada ko beli air masak tu macam2 ko boleh shopping. Rokok, sebagai contoh. Haha. Siap leh futsal ag. Siap leh jamming ag. Sape ckp tak best minum air masak? Long-term effect tu ade kowt.
Duit lagi a. Lagi satu masalah kewangan. Aku sendiri pon susah nak saving. Nak kate kos sara hidup tinggi bukan aku dok kat JEpun pon. Kat Malaysia ag, cume name Semenyih tu kerap kali aku ucapkan dengan respon berkerut pada dahi pendengar. "semenyih?? katne tu?" owh sungguh malas nak bgtaw skali ag..
Ape aku melalut ni? Aku tercekik je pon.
p/s : Aku minum air masak e, bukan air paip-si merangkap air jernih berklorin dari paip tu. Sekian.
Thursday, February 18, 2010
Cam Pompuan Lak Rasenye.
Lebih kurang same a aku rase keadaan di atas bilamana aku nak amek result aku petang tad. Datang dengan muke slamber, chewing gum dalam mulut, nak mintak result. Tengok tutor aku ade berlari, tapi pas amek result, tak sabar nak lari dari bilik kecik berhawa dingin tu. Pergh! MEmang tak dijangka langsung. Jatuh bergolek2, bukan stakat jatuh ditimpa tangga, ni jatuh ditimpa tangga ngan orang2 skali. Aku rase cam toreh muke ni memang tak berdarah kowt time tengok result tu. Senyap seminit, dengan tutor aku pon memahami kejatuhan mendadak aku tu.
Lepas tu aku blah, ye a nak tunggu ape. Tunggu kat luar a tengok result member. Agak senang ati bile smuenye lebih kurang. Haha weh aku tak doakan korang jatuh, aku cume rase kurang sket tekanan bile semuenye camtu. Hisap rokok lagi, down to earth.
Balik umah pikir panjang. Muhasabah a kunun. Rejuvenasi a konon. Siap pikir modal nak letak dalam blog. haha. Perlu ke aku satu sesi muhasabah untuk menjadikan diri aku ni lebih baek dari sem lepas - untuk score lagi tinggi? Aku rase tak cukup. Aku kene ade satu sesi merenung perkara2 sengal yang aku buat dulu. Bukan ape, mane taw boleh diimprovekan menjadi satu sumber inspirasi - tapi duit terbang. Cucuk lagi. Pegi TESCO lagi.
Result da camtu kowt, ape boleh buat? Awek kate lupekan. Forget the past, temporarily. Mak kate nak buat cemane. Strive better for this new sem. Member kate jom lepak minum. Aku on!!
p/s : tido sepanjang hari untuk ilangkan stress, hasilnya = insomnia skang dan post ini.